Thursday, 8 January 2015

The Wedding : Videographer & Photographer

Assalamualaikum...

Haha.. ok jom sambung review kenduri... padahal dah dekat 8 bulan kawen. Hahahaha!! Maafla... asyik busy jew... aku nak abiskan review sebelum baby kluar.

The Videographer
Videographer untuk majlis aku selama 2 hari (nikah dan sanding) aku ambil dengan Encik Hayei Adib di Taiping. Ada kawan sekolah yang rekemen. So far memang aku puas hati sangat. Video clear dan cantik. Lepas tu lagu-lagu favourite aku pun boleh request masukkan dalam video. Suara husband masa akad nikah pun dengar kuat. Gambar terang. Dua minggu lepas majlis dah siap dah video nya. Aku ambil package untuk 2 event (nikah dan sanding) RM800 sahaja. Duration video 8-15 minit ( tapi video aku dapat 20 minit lebih.. hehe).

Sesiapa area Taiping and duduk belah utara yang berminat nak cari videographer yang bagus boleh try contact En Hayei 017-5545401 or masuk jer fb pages Wedding Videography . Aku nak try letak video kat blog ni tapi tak reti pulak nk convert file. Hikhik! Kalau korang nak tengok sample pergi tengok kat fb pages dia yer.

The Photographer
Haa.. yang bab photographer ni yang aku nak marah sangat-sangat ni!! :(( . Marah dekat si tuan punya Thissign Production. Memang taknak recommend lansung lah dekat korang semua.

Booking diorang ni masa pergi survey kat Wedding Expo di SACC Mall Shah Alam. Belek-belek gambar kat booth dan tengok-tengok harga macam okay. Untuk tiga event (nikah, sanding, bertandang) cuma RM2600 + 124 (kos ke Taiping). So rasa macam okay lah kan dapat harga tu untuk kedua-dua belah pihak. Haa itulah silapnya! Patutnya hire je lain-lain photographer agar tak jadi kes macam ni. Yelah kita nak hire Amalina Tuna macam tak mampu jer. Sobs sobs..

Masa wedding day kedua-dua belah (Taiping dan Kelana Jaya) semua okay aje. Photographer datang on time dan tunggu sampai majlis selesai. Tapi Thissign ni hantar orang lain untuk setiap event. Majlis nikah photographer lain, sanding lak photographer lain. Bila tanya baru la tahu, thissign pas-pas job wedding ni dekat kawan-kawan diorang. Okaylah... bab tu kita tak kisah la asalkan buat kerja betul-betul dan amik gambar kite cantik-cantik.

Tapi yang buat kite naik angin sangat-sangat ni lepas habis wedding kene tunggu sampai berbulan-bulan nak dapat tengok hasilnya. Ya Allah!! Aku ni dah la bunting pelamin, daripada perut kempis sampai dah membuncit 5 bulan baru dapat tengok! Puas dah husband aku whatsapp ownernye si Shakif tu. Kadang-kadang reply, kadang-kadang buat derk je. Bayangkan dari tarikh majlis nikah aku 31 Mei, sanding 1 Jun dan bertandang pulak 14 Jun membawak sampai ke 3 November baru nak siap?!! Giler lembab! Banyak sangat ambik job ker sampai gitu lama sekali nak siapkan?!

Dah lambat siap satu hal, pemilihan gambar pun tak cantik, hmmpp... bila tengok balik soft copy yang diorang bagi ada banyak lagi gambar-gambar yang aku rasa lagi menarik daripada yang di print dalam album. Sia-sia jer photographer shoot gambar cantik-cantik tapi yang mengeditnya cam haram pilih tak lawa lansung.

Lepas tu nama aku pun boleh silap?!!!! Ape bende ni weiiii?!!!


Who the hell is Sheida?!! Ko main belasah jer nama aku kan!! Aku tak pernah guna ejaan macam ni untuk nama aku. Nama panggilan pun bukan. Kalau dah album kawen dah sah-sah aku nak guna nama penuh. Dekat kad kahwin terang-terang dah tulis "Hadzrin & Shahida" Husband aku dah siap bagi kad kahwin awal-awal lagi tu pun tak boleh tengok ka?!! Nak whatsapp laki aku tanya bila-bila masa pun boleh. Berbulan-bulan tunggu dapat hasil cincai macam ni?! Sedih! Tu gambar cover depan album tu takde pun hantar dalam email tanya ok ke tak buh gambar ni. Aku tengok 1st time. Buruk. Malas nak komen banyak. Aku diam jer sebab aku dah naik hangin. Silapnya masa 1st tengok tu aku terus ambik and bayar balance sebab aku dah tak tahu nak cakap apa. Rasa sedih sangat. Bila dah balik rumah aku terus mengamuk baling2 album ni rasa cam nak buang.

Then, husband aku whatsapp si Shakiff ni balik minta print lain. Tu pun 24 Nov baru dapat gi hantar balik kat kedai diorang. Asyik busy je memanjang. Lepas hantar balik kengkononnye nak print balik tu sampai sekarang senyap terus tak dapat-dapat lagi album kawen aku. Dari bulan November membawak ke January 2015 tak dapat-dapat lagi. Katenye dulu kerja-kerja print album ni amik masa seminggu jer. Haram la...

Shakif, agak-agak ko nak tunggu aku beranak dulu kot baru ko nak print?!

Aku kalau fikir bab album kawen ni memang aku naik hangin sangat-sangat. Menyesal la hire Thissign. Bagai menunggu bulan jatuh keriba. Sekarang ni aku fikir nak pergi print sendiri jer kat kedai printing kawan aku. Hmmm.. sedih sangat rasa. Buat kerja lembab, cincai, tak reti jaga hubungan dengan customer. Biar orang tertunggu-tunggu sampai ke sudah. Asalnya aku malas nak post kat blog tapi bila dah whatsapp pun susah sangat nak reply, tunggu lama tak siap-siap aku bising jugak la kat blog ni. Takde sapa nak baca pun tak pa la. Haihhh... apala buat orang macam ni. Duit kau nak, hasil kerja ntah pape.

:(

1 comment:

Unknown said...

cantik sesi photograph kedua mempelai....