Wednesday, 12 November 2014

The Wedding : My Wedding Dress

Assalamualaikum...

Hari ni nak cerita pasal wedding dress aku untuk ketiga-tiga majlis (akad nikah, sanding di Taiping, menyambut menantu di Kelana Jaya).

Baju Nikah

Persalinan untuk akad nikah bertemakan warna kuning. Kain lace 2 meter, satin 4 meter, chiffon 4 meter (nak buat kain kembang punye pasal). Untuk kain lace & satin aku beli yang dah siap potong pakej dengan kain baju melayu kat Butik First Impression (depan Sogo). Harga memang sangat murah berbanding dengan gedung kain yang lain. Tapi kat situ tak banyak choice la. Aku pilih kain lace yang corak simple jer sebab manik nak jahit sendiri so tak kisah sangat kain simple dan murah. Pakai pun sekali jer kan. Kain chiffon lak aku beli di Jakel sebab time tu ada discount. Lepas tu tempah baju pun dekat Butik First Impression tu jugak. Butik tu tingkat bawah adalah textile, tingkat atas untuk sewa dan tempah baju dan aksesori pengantin. 

Sebelum aku decide nak tempah design yang aku nak tu, aku jumpa dulu dengan Aunty Carmen tailor kat butik tu mintak pendapat dia. Aunty Carmen siap lukis dan bagi anggaran berapa meter kain nak kena beli dan jenis kain yang sesuai. Lepas beli kain semua, aku guna buat hantaran tunang dulu, dah masuk dua tiga bulan lepas bertunang baru gi hantar tempah kat Aunty Carmen. Baju aku dan baju melayu suami dua-dua tempah kat situ.
::Masa tengah fitting kat butik::

Aunty Carmen jahit sebijik macam design yang aku nak.. suke betul!! hihi... baju kurung moden dengan kain kembang tepi macam duyung. Lepas dah siap baju baru lah aku start jahit halfmoon shawl dan veil. Aku guna kain chiffon yang sama material dan warna dengan kain kembang aku. Aku beli lebih dan simpan cukup-cukup untuk buat shawl dan veil dan yang selebihnya bagi kat Aunty Carmen buat kain. Untuk shawl dan veil, kain chiffon bidang 60', 2 meter dah cukup dah. Kalau nak veil lagi labuh beli la 2.5 meter.

Ni lepas baju dah ambil dari butik. Aku baru acu acu kan bunga rose tu nak cari idea sebelum jahit.

 Ni close up kt bahagian tengah tengah baju. Baru jahit sikit.

Nilah hasil bila dah siap jahit dengan manik semua.

Yang sebelah kiri ni veil nikah baru nak jahit. Sebelah kanan veil sanding.

Bila dah siap jahit semua rasa puas hati sangat. Kreatif gak tangan aku... hihihi.. puas hati dapat jahit manik kat baju kahwin sendiri ada sentimental value. Modal pun murah murah jer. Aku tak guna manik mahal pun. Material yang digunakan semua di bawah budget. 





Baju Sanding di Perak

Material untuk baju sanding sebelah Perak, aku dan suami beli di Pasar Baru, Bandung. Pergi Bandung semata-mata nak beli kain je tak sempat pun nak jalan-jalan. Fuhh.. dekat Pasar baru tu rambang mata nak beli kain. Semua cantik-cantik... geramnya... Aku siap beli kain untuk untuk baju family sekali kat situ. Harga pun lebih murah berbanding kat Malaysia.

Aku awal-awal lagi teringin nak pakai dress putih kembang macam princess. Yer la bukan selalu nak jadik princess. Hikhik! Tapi bila fikir kalau warna putih jer nampak cam dull pulak so aku fikir nak tambah sikit warna purple sebab aku suka purple. So lepas fikir design pergi consult Aunty Carmen kat Butik First Impression dulu tanya dia material apa yang sesuai dan berapa meter dia nak. Untuk baju gaun aku kain French lace putih bermanik dalam 2 meter, prada silk 6 meter, chiffon putih 7 meter, chiffon purple 2 meter dan kain net untuk veil 2 meter. Untuk baju suami pulak kain bridal satin 4 meter. Kain songket purple untuk tengkolok dan sampin aku beli online jer kat HannahBridal, dalam dua meter jer diperlukan. Dah balik Malaysia terus hantar kat Aunty Carmen.

::French lace::

Baju-baju kahwin aku memang siap ontime seperti yang dijanjikan. Jahitan pun sangat kemas. Sebab tu aku suka sangat nak tempah kat Aunty Carmen. Puas hati. Seperti baju nikah, baju sanding pun aku jahit sendiri manik-manik berwarna dan bunga rose 3d kat baju. Aku cuma mintak Aunty Carmen jahitkan bunga rose 3d kat aku dalam 20 kuntum. Free of charge je dia buat. hikhik!


::Tengah cari ilham sebelum menjahit::

::The detail ::
Bunga 3d rose pink tu aku jahit sendiri sebab tu nampak cacat sikit berbanding yang purple. Aku jahit manik suka hati jer. Bersilang silang.





Untul veil aku buat labuh sampai pelipat betis. Aku potong bulat, lepas tu pergi jahit tepi. Lebihan corak bunga dari French lace aku gunting dan tampal dekat veil. Untuk halfmoon shawl purple pun sama. tampal french lace kat kepala.


Baju Sanding di Kelana Jaya

Untuk majlis menyambut menantu sebelah Kelana Jaya, kami sewa baju butik jer pakej sekali pelamin. Kali ni suami nak pakai songket. Cuma tudung halfmoon purple tu je aku jahit sendiri sebab kat butik cuma ada tudung sarung yang awning keras tu. Aku tak berkenan tudung sarung camtu.


::Tudung jahit sendiri::


Suami suka sangat baju ni sebab first time try baju tu dia boleh pergi menari ala-ala iklan Fahrin Ahmad tu kat dalam butik pengantin!! Ali ali ali ali cafe kuat!! adoyaiiii

Hehe... itu la saje cerita pasal baju-baju kahwin aku... next time kalau ada masa aku post DIY cara-cara jahit shawl dan veil sanding ni pulak yea..
 

2 comments:

suhazahar said...

Hi nk tnya.. brapa yg upah jahit baju tunang tu dgn aunty carmen? Tq

Cida said...

baju tunang?? baju tunang saya beli. xde dlm post yg ni. kalau baju nikah tu dlm rm480.