Friday, 8 November 2013

My Engagement : Post Mortem

Assalamualaikum...

Jom review balik majlis pertunangan aku yang lepas. Mana tahu kalau-kalau ada info yang menarik untuk korang. (Bajet orang lain baca post ni kunun -_-')

Baju Tunang

Baju yang aku pakai ketika tunang ni sebenarnya aku beli sebelum bulan puasa lagi. Niat asal nak pakai untuk raya lah. Punye lah ghairah bershopping tengok-tengok dah banyak baju yang aku beli dan ini yang paling mahal. Terasa sayang pulak nak pakai so aku simpan la buat pakai tunang. Beli online kat ThePopLook je brand 'emel by Melinda Looi' RM420.00. Haaa... tak sayang duit. Bile nak beli tak fikir. Dah beli tak pakai pulak end up jadi baju tunang. Heeee... well kain die aku alter sendiri sebab besar sangat. Jahit tangan wei!

Veil dan Shawl

Ni aku beli kain dan jahit sendiri. Cantik taks?! Cantik taks?! Colour tak sama sangat dengan baju sebab susahnya lahaiii nak cari kain warna mint yang betul-betul sama dengan baju. Haihhh... Semua barang aku beli kat Jalan TAR jer. Nak tutorial jahit Veil dan shawl? Nah click SINI. :))

Pelamin

Okey, asalnya aku malas nak buat pelamin sebab tak ade bajet untuk itu. Takde pun takpe salam sarung cincin dalam bilik aje tapi my sis cakap nanti susah nak kemas bilik tu nak keluarkan almari bagai sebab bilik sempit so die cadang buat mini pelamin simple pun takpe. My sis sponsor RM200. Hehehe.. lega sikit. Memula aku booking kawan aku Ain dan butik pengantin kakak die untuk buatkan tapi bile aku dah jumpe my sis in law pulak die cadangkan adik ipar die buatkan under budget yang aku nak. Bile dah tengok design-design kedua-duanya aku pilih adik ipar my SIL buatkan. Ni blog beliau shaqzspixca.blogspot.com.

Hantaran

::Hantaran dari pihak saya. wink wink::
 
::hantaran dari pihak encik tunang. weee::
Hantaran aku semua my SIL yang buatkan.  Aku just bagi barang dan theme yang aku nak. Zasss! Siap! Kahwin nanti pun nak kakak ipar buatkan!! :) . Antara barang-barang hantaran aku ialah kain baju melayu nikah, sampin, sejadah, cookies famous amos, cupcake, buah-buahan dan sirih junjung dibalas dengan kain baju kurung nikah, telekung, tepak sirih dan cincin, chocolate dan buah.

Catering
Bab tempahan catering memang aku dah serahkan bulat-bulat kat my mum. My mum tempah kat Larut Tin Taiping, dapat harga RM5.50 per pax. Nasi minyak, lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar buah beserta air sirap. Memang tak percaya mula-mula harga RM5.50 per pax. Wow... Tapi Alhamdulillah murah. Then my mum tempah dekat bapa saudara aku buatkan laksa pulas. Sedap gilers!

Khemah
 Tempah kat kawan aku Aizuddin Air Kuning Taiping. Bagi sesiapa yang duduk area Taiping yang nak tempah khemah boleh call beliau 012-4366857. Pelbagai saiz ada. Harga boleh runding. Catering pun ada dia buatkan. (macam buat iklan pulak rasa)

Make-up Artist

My MUA ni memang aku dah aim lama dah sejak 2, 3 tahun ni. Memang nak sangat beliau mekapkan aku sebab hasilnya memang superb! Ohsemmmm! Cantik! 2, 3 tahun ni aku asyik temankan bff aku pergi mekap tunang la kawen la so memang dah simpan niat nak dia yang mekapkan. Hihi... Btw beliau jugak yang mekapkan Ana Dahlia semasa die kahwin dengan Chef Riz dulu tu. Cantik kan. Thank you Kak Azie from Sazlees Bridal Changkat Jering, Taiping!

Goodies

Paperbag dan TQ tag aku order dekat Sentuhan Dani'Trisyia. Pakej paperbag dan TQ tag ni RM1 jer tiap satu. Kuih bahulu, kuih peneram dan maruku mintak mak dan my sis yang orderkan then aku tempah tasbih murah kat Iris Raudhah Collections.

Photographer
Kawan-kawanku, abang dan family. Kawen nanti baru amik yang profesional photographer. 

Overall, majlis berjalan seperti yang dirancang. A big Thanks to my beloved family and friends kerana banyak membantu menjayakan majlis seperti yang aku inginkan! Dan juga buat my lovely sweet fiancé thank you sebab suke layan kite mengomel, membebel dan macam-macam lagi la sejak dua bulan sebelum majlis lagi. Ahaii... baru majlis tunang. Kahwin nanti ucapan aku mesti lagi panjang. Oklah tata... Nanti sambung lagi yea.

p/s: Cida dah tunang... yeay!

 

4 comments:

Sofea said...

tahniah..moga berbahagia

Bitt (double IS) said...

cantiknya...congratulations

M said...

Murahnya katering awk..ada x nama kedai o no katering tu untuk dihubungi..tahniah atas pertunangan dan info diblog awak sgt membantu sy.

Cida said...

Dear M, maaf lama sikit nak mereply ni sbb busy memanjang kt office. eh.. ahah.. nnt sy tanya mak saya. Mak yg uruskan bab katering ni. haha