Monday, 4 November 2013

D.I.Y. Project: My Engagement Veil and Shawl

Assalamualaikum...

Tema majlis pertunangan aku adalah Mint + Pink. Baju tunang memang aku pakai baju raya yang aku tak sempat nak pakai jer. Beli online jer dari ThePoplook 'emel by Melinda Looi' sebelum puasa hari tu. Baju tu sangat simple tapi sweet dan untuk melengkapkan gaya gadis yang bertunang mesti la ada shawl dan veilnye kan. Aku cari kain dan jahit sendiri jer.

Sebelum beli kain aku banyak google baca blog-blog orang yang selalu buat DIY sendiri shawl dan veil diorang. Waaaa.. menarik giler lah! Tambah semangat aku nak buat sendiri. Siap salin nama kedai-kedai yang diorang beli dan dikatakan murah tu. 

Then pada satu petang Jumaat tu aku pun mulalah mencari dan meronda satu Jalan TAR seorang diri. Aku siap bawak kain perca dari kain baju tunang aku (aku alter sendiri kain baju tu sebab labuh sangat. Kerat jer bahagian atas lepas tu jahit balik getah). Dari satu kedai ke satu kedai. Butik tu lah butik ni lah.. Hmmm.. sedihnya.. susah sangat nak cari warna mint yang betul-betul sama dengan baju. Aku kalau boleh nak elakkan Jakel sebab faham-faham ajelah harga dia camna kan... last-last dah tak tahan tak jumpa-jumpa kain yang aku nak aku gagah jugakla ke Jakel tu. Dari ground floor ke tingkat 1 takde jugak disuruhnye aku ke tingkat 3 takde jugak last-last ade sorang brader handsome muka arab-arab celup tapi pandai cakap melayu bawak aku ke tingkat 4. Die siap carikan kat stor warna yang aku nak tu. Hmmm.. jumpa la jugak walaupun sipi-sipi nak sama. Chiffon georgette Bidang 60' satu meter RM18.90. Keh keh... aku nak beli 1.5 meter jer. Hmmm... beli kain yang mahal jugak sebab warna yang aku pilih susah nak cari.

Okey. First aku potong kain untuk veil bentuk berbentuk D macam dibawah ni.

::ini veil::
Lepas tu aku potong kain berbentuk halfmoon untuk shawl pulak. Aku ambik shawl halfmoon yang aku ada untuk jadikan ukuran. Senang jer. Kain chiffon 1.5 meter bidang 60' memang cukup-cukup jer untuk buat shawl dan veil dua helai ni. Kalau kain tu bidang 45' jer aku rasa kene beli 2 meter.
::ini halfmoon shawl::
Lepas tu pergi la jahit tepi shawl dan veil ni.

Then, aku cari kain lace putih dengan bunga timbul putih tapi malangnya tak jumpe yang berkenan so terpaksa la beli border lace putih untuk ditampal atas veil. Aku cuma nak ambil bunganya saja. 

So potong-potong bunga dan jahit la atas veil. Lepas tu tambahkan manik-manik sikit.

::kain yg dah dijahit tepi, border lace, manik::

::Susun-susun dulu nak cari idea dan nak amik mood::

::hampir siap::
::tambah manik-manik sikit::
 
::Close up::

So macam ni lah rupa veil aku...
::Test dulu::

Lepas tu kat halfmoon shawl aku just jahitkan manik sikit kat tepi-tepi dia dan kat bahagian kepala. 

::Manik-manik pada shawl halfmoon saye::
Tadaaa...


The Damage!
Kain Chiffon Georgette Mint colour 1.5m (Jakel)     RM28.35
Border lace 2.5m (Kedai Bunga Tomei Jln Tar)        RM45.55
Manik-manik Kedai Bunga Reben                            RM 5.00
Upah jahit tepi                                                    RM15.00
TOTAL                                                               RM93.90

So total kos shawl dan veil tunang aku cuma RM93.90. Boleh tahan kan?! Kalo beli yang dah siap mau cecah ratus-ratus. Baik buat sendiri. Sekarang aku dah pening fikir stail baju nikah, sanding dan bertandang... Peningnya la hai nak kawen!


 

13 comments:

Sofea said...

bagus, save budget

[CoRn_HeLiuS] said...

rajinnye. harap2 sy serajin awak nt. :)

Unknown said...

Buat sdri lagi jimat...saya bj kawen, shawl & veil buat sdri....mmg save bajet..;)

If free...jom tgk blog saya....

www.sihatnatural.bligspot.com

Unknown said...

boleh x kalau saya nak sewa or beli veil awak ni ? susah la crk kaler ni..

Cida said...

@noor hidayah wagidun boleh... email sy yer cida.nurul86@gmail.com

fasehazwa said...

salam kak. kalau utk veil je berapa meter akak guna?

fasehazwa said...

salam kak. kalau utk veil je berapa meter akak guna? lps tu shawl tu akak buat halfmoon ke?

Cida said...

@ fasehazwa sy beli chiffon bidang 60, 1.5 meter je. then sy potong dua so dpt dua helai shawl. sy potong shawl tu bentuk halfmoon dua2. 1 jdkn shwls satu lg jd veil. yg veil sy potong lg tepi singkatkan sikit.

Hudzaifah Mohd Phuat said...

cantiknya.. harap saya setabah awak nk buat veil tu...

shamyheart said...

hohoho, mahal kan kos untuk semua ni.

thetwentytwo22 said...

Lepas baca blog awak terus dapat idea nak wat veil sendiri..tq for sharing darling..

Lavender said...

Cantik nye .. Sy pun tgh pk nie design cmne nk buat .. Sbb tgn kayu .. 😂 Make up sis pun cantik . Bole sy tau sape ye yg make up kn ?

Cida said...

Buat design simple2 jer.. hihi.. mekap di Butik Sazlees Changkat Jering, Taiping Perak