Wednesday, 11 July 2012

My Best Friend's Wedding : Noin

Salam,

Pada 30 June yang lepas berlansunglah majlis pernikahan bff aku Noin. Wahhh.. dah dua orang dah member baik aku kawen. Turn aku? tak tahulah biler.. hukhukhuk.. So aku hari Jumaat tu 29 hb dah chow dah dari KL gerak balik ke kampung. Seronok tengok orang kawen ni tau. Hihihi.. Semoga Ain dan hasben Hilmi kekal bahagia hingga ke Jannah!

Ni nak cerita pasal bas pulak. Almaklumlah aku ni takde lesen so kereta pun takde la kan. Balik Taiping naik bas ekspress je la kan. Sebelum balik untuk kenduri ni dah dua kali dah aku balik kampung naik bas rosak Transnasional. Berturut-turut. So kali ni balik aku tukar beli tiket Konsortium pulak dengan harapan bas tak rosak dan aku sampai on time. Elok-elok dah sampai Ipoh bas berenti tengah-tengah highway.. iskkkk rosakkkk lagi!!! 3 kali berturut-turut dah asal balk kampung jer bas rosak. Sakitnyer hati! Memang confirm la nak kena mandi bunga bawah jambatan. Hantu perosak ape tah la yang melekat kat aku ni. Nak dikaitkan dengan hal rosak-rosak ni lagi, bf aku punye kereta, motor, hp semua rosak dalam masa yang sama.. adussssss! tension. habis duit!

Huh! Then bus tu memang dah tak boleh jalan dah aku tumpang bas ekspress lain yang lalu kat situ. Cik pengantin pick up aku kat r&r Bukit Gantang. Kitorang terus pergi buat inai.

 Ini inai aku, simple jer.

Ini inai cik pengantin. Padat sikit.


 Masa tengah bersiap-siap dengan pengantin.

 Malamnya masa tengah menunggu rombongan pengantin lelaki.

 Bang bang! Kenapa ko kawen dulu dari aku! chewahhh!!


 Dah halal!



 Tumpang la kejap pelamin orang... hehehe..

Jodohku yang tak sampai-sampai lagi. Uhuuuuuuu....


Selamat Pengantin Baru my BFF! Lebiuuuuuuu <3

No comments: