Monday, 12 March 2012

Ayam Goreng Berempah

Salam

Semalam teringin bebenar tekak ni nak makan ayam goreng berempah. So ape lagi aku google je la resepi dari internet ni lepas tu pergi kedai beli ramuan rempah ratus semua. Senang je nak buat. Main campak-campak jer bahan-bahan die dan perap dengan ayam tu. Hehe...

Memang aku belajar masak dari internet je. I mean copy resepi dan cuba kat rumah. Almaklumla aku dari umur 18 dah tak duduk dengan parents. Balik bila cuti jer. Masa zaman sekolah dulu mana sempat nak khatam semua ilmu memasak dari mak. Mak sempat ajar yang basic-basic jer yang lain pandai-pandai la sendiri. Hasilnya... Pandai gak aku masak! Kehkehkeh.. dijamin sedap! (okey tibe-tibe dah terpuji diri sendiri) Ok sudah la.. Jom tengok ayam berempah aku. Siap aku bagi resepi lagi ni. Aku ambik resepi kat blog Resepi Raidah tapi aku dah ubah sikit-sikit ikut suke aku. Hahaha.. aku letak rempah yang mana ada jer.

Resepi Ayam Goreng Berempah
Bahan-Bahan A: Ditumbuk atau dikisar kering
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
1 inci halia
5 batang serai [aku gune 4 jer sebab buka peti ais jumpe 4 jer.. heh!]
1 sudu besar ketumbar (sangai/ goreng tanpa minyak) [aku guna serbuk yg dah siap jual dalam peket kecik tu jer so tak payah penat-penat nak menggoreng dan menumbuk]

Bahan-Bahan B
1 ekor ayam yang dipotong kecil-kecil [kalo xde ayam ko nak goreng mende?! ahaks!]
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih [aku tambahkan sendiri ikut suke hati dalam resepi asal xde letak]
1 sudu teh serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
2 tangkai daun kari [kalo rase nak bubuh banyak suke ati ko la sebab bau die wangi.. aku suke]
Garam secukup rasa.

Cara-cara
1. Campurkan semua bahan-bahan A & B tu. Gaul sebati dan kemudian gaul dengan ayam.
2. Perap lebih kurang semalaman or kalau nak cepat dalam sejam camtu dah boleh goreng.
3. Kalo taknak cepat hangit or rempah cepat hitam, goreng dalam api yang sederhana tau. Jangan guna api yang besar.

Tadaaa.. Ini gambar ayam yang telah diperap semalaman oleh aku. Semalam sebelum tido aku perap ayam ni pastu taruk dalam peti ais. Tadi balik keje terus goreng. Dapppnyeerrrr.... Rempah die dah rata. Bau harum makin naik. Hmmmmmm... i like!


Ini hasil gorengan... selamat mencube...




P/S: Siapa kata orang bujang malas masak? Aku pun bujang lagi per.

2 comments:

logorithm said...

Wah... untung bakal suami Cik Chieda. ;-)

Ila@Bella@Nabila said...

Sedapnyer. Saya pon belajar masak dari google. Yeah!!