Tuesday, 21 February 2012

A Week in Beijing Part 2

Sambungan dari A Week in Beijing Part 1

Hai, selamat hari Selasa! Nak sambung cerita percutian aku ke China. Hehehe

Masih lagi dihari kedua. Lepas kitorang ke Forbidden City kami dibawa pergi lunch ke sebuah restoren muslim dan kemudian solat dimasjid yang berdekatan. Haaa.. bab nak makan kat China tak susah sebab penduduk ramai penduduk China terutamanya di Beijing beragama Islam so terdapat banyak restoren halal dan masjid-masjid tau.

::kekacang yang dijual oleh orang Kazakhstan::
 Selepas solat, kitorang ke Kilang sutera China. kat sini diorang tunjukkan cara-cara pembuatan sutera dari ulat sutera tu la.


::abaikan muke aku yang sememeh tu::

::tengah diberi penerangan tentang ulat sutera::
::gini la rupa sutera yang bel;um diproses::

Itu je yang dapat disnap. kat dalam diorang tak bagi tangkap gambar atas alasan hakcipta amende ntah.

Malamnya pulak kami dibawak tengok akrobatik show.



Lepas habis tengok show, dibawak pergi dinner dan balik ke hotel.

Hari Ketiga, 6 February 2012
Berjalan ke Kilang Batu Jade, Kristal, Bermain ski dan melawat Great Wall.

Ok.. sebenarnye frust jugak la aku sebab aku ingat sempat la rasa musim sejuk kat China ni dan sempat merasa snow rupe-rupenye pegi pun dah hujung-hujung musim sejuk. Snow illekk.. cuma tasik dan sungai-sungai jer yang masih beju. Suhu lak sejuk nak mampus. Tempat yang masih ada snow ni cuma kat tempat bermain ski. Aku tak main pun la.. tengok jer dari luar. Tak minat. :p

::Patung askar terracota diperbuat dari batu jed::

::jakun sket dengan kenderaan orang china. heh::

::kat kilang kristal. Konon-konon tengah pilih kristal la.::

::Ni kat tempat ski tapi aku tak main pun.::
 Kat area luar tempat ski tu cantek so snap picture lagi syok! weee

::Kami nak terobang balik Mesia!::
::Pokok takdak daun::


Kemudian pergi lunch dan solat. Terus menuju ke Great Wall of China. Salah satu keajaiban di dunia.





Tak tahan cuaca kat sini. Korang nampak jer cahaya matahari memancar cam panas. Sebenaqnya ketaq lutut wei. Sejuk mencengkam ke tulang itam wa cakap lu!

Lepak kat Great wall kejap jer terus naik bas balik ke bandar.


Dinner malam ni ada kuih pelik. Dalam tu ada pulut hitam dan apetah lagi. Cam pelik jer... Masa ni dah rindu makanan Malaysia.. huuuuu...





End of day 3. Bersambung ke Part 3 lah pulak yek. Nak balik dah ni. Dah 5.30 ptg. hehehe

tata...

2 comments:

ku-cit said...

bestnya dpt bercuti2 ni....

Cida said...

hehe.. best2.. tambah2 kalo dpt bershopping. hihihi