Wednesday, 3 June 2015

Helena dan Baby Cotnya

Assalamualaikum...

Sejak dari 1st day Helena lahir aku dah ajar dia tidur asing. Aku berpantang dekat rumah mertua sebulan. Di rumah mertua aku beli playpen dari Lazada RM 150 je. Lepas tu tempah set tilam kekabu dari ig baby_umyra_pillow RM450 satu set ada tilam kekabu, bantal 4 segi 2, bantal karipap 1, bantal peluk 2, comforter dan nursing pillow. Tempah 3 bulan sebelum deliver baby.

:: inilah set tilam yang aku tempah kat ig baby_umyra_pillow ::
Tapi last-last nursing pillow tu tak pakai pun. Tilam pun jarang pakai so tinggal kat rumah mertua sampai hari ni. Bila balik sana je baru pakai. Rugi la jugak.. hewhewhew


:: anak aku tido x suka bantal::

Dirumah kitorang lak, aku beli baby cot dari Ikea dengan harga RM299 sekali mattress RM100. Boleh tahan la harga dia. Then aku beli bumper set tu takut dia terhantuk ke kayu cot tu. Bumper set beli kat Aeon Mid Valley harga RM70 lebih kurang. Kat rumah aku pulak banyak nyamuk so beli la kelambu tu. Order online jer kat website ape tah.. lupe.. sorry. Lebih kurang RM150 sekali ngan besi stand tu.

Punye la banyak bantal aku beli kat dia. Ada lebih kurang 5 bijik bantal. Bila letak je dia merengek marah suh buang. Bila biar je baring takde bantal elok jer lena. Adoyai anak... hahaha!

Tiap-tiap malam lepas susu aku tidurkan dia dalam baby cot ni. Dah lena, tutup kelambu tutup lampu. Laki kat luar tengok TV. Aku tidur dulu. Pagi esoknya tetibe bunyi suara baby jerit-jerit kat sebelah telinga mintak susu (Ahahaa.. anak aku jenis kurang sabar. Asal bangun tido jer takde merengek terus jerit jer kalo lapar). Magic! Tetiba je dah ade sebelah kat atas katil tido sekali kitorang. Hmmm... Abah dia ler ni. Abah masuk tido angkat dia join sekali kitorang tido atas katil.. hahahaha

Anak baru sorang boleh la... k bai!

Monday, 1 June 2015

Anniversary Getaway : Capri By Fraser, Kuala Lumpur

Assalamualaikum...

Alhamdulillah semalam genap setahun usia perkahwinan kami. Gaduh-gaduh, sepak-sepak, tampo-tampo, pastu dapat anak ehh dah setahun dah. Cepatnye masa berlalu kan... Kawen tahun lepas terus bunting pelamin so sambut bertiga la kite....

Kali ni bercuti tak pergi jauh dalam KL jer pun sebab baby baru nak masuk 3 bulan. 1st time bawak die bercuti. Hikhik... tu pun just 30 minit dari rumah. Kah kah kah...

Memula tak cadang pun nak stay kat Capri ni. Just search for the rooftop restaurant. Last last jumpe Capri hotel. Banyak comment tentang view kat rooftop die cantik boleh nampak 1 KL so the idea datang why not kita stay 1 malam kat hotel best kan kan kan. Lagipun ni kan 1st anniversary. Hihiks... aku pun booked la satu malam Studio Deluxe dapat la harga promo kat Agoda satu malam RM319++.

Hari Sabtu, lepas kemas rumah apa yang patut kitorang pun gerak la pergi Capri check in dan terus gi mandi pool. Check in pun dah petang sangat dapat la berendam kejap. Abahnya Helena siap gi cari pelampung untuk die. Haha.. so ni first swimming pool untuk Helena la. Comel gile die rilex je masuk dalam pool. Tak takut lansung!

::amboiii rilexnya dia!!!::
::tengok tu!! Macam budak besar dah!::

::swimming kat rooftop capri hotel. Nmpak view KL::


::view KL waktu malam::
Malamnya pulak lepas maghrib kami turun untuk dinner. Tapi Caprilicious dah tutup lah pulak. Kena la berjalan sikit ke bangunan sebelah ada banyak restoren. Lepas dinner terus naik ke rooftop di level 33. Lepak la 3 beranak di gazebo sambil-sambil tengok view KL waktu malam. Kat rooftop ni selain swimming pool, ada hot tub, games room, gym, sauna room dan bar.

Bile dah ngantuk baru balik ke bilik. Kalau ada baby kita boleh request baby cot dihantar ke bilik. Huhu.. tapi tak guna pun. Baby join tido sekali mama abah atas katil king size ni. Muat je 3 orang ha. Tengah malam lapar balik aku masak megi kari kat kitchen die. Lengkap semua ada. Dapur, periuk, cerek mangkuk.. semua lah.

::woke up to this::
Esoknya lepas breakfast kami pun checkout. Overall memang puas hati dengan hotel ni. Bilik sangat luas, bersih dan dapat tengok view KL puas puas. Sambil mandi swimming pool pun boleh tengok sunset dan KL. Ahahaha... dari situ pun boleh nampak office aku kat KL Sentral. Kahkahkah.

Lepas check out terus pergi ke Mitsui Outlet Park KLIA di Sepang. Ala-ala Johor Premium Outlet tu la. Baru je bukak 2 hari. Boleh tahan la nak shopping situ. Tapi banyak lagi butik yang belum bukak. Dapat pau laki kasut dua pasang hikhik.

Ok lah bai!

Friday, 29 May 2015

Honeymoon : Bali Island, Indonesia

Assalamualaikum...

Baru nak bercerita pasal honeymoon setahun yang lepas sempena anniversary kitorang Ahad ni.

Lepas selesai majlis menyambut menantu sebelah suami, 16 hb June kami berdua fly ke Bali. Merasa la first time naik Air Asia kat airport baru klia2 tu. Masa tu klia2 baru beberapa hari dibuka. Awal awal lagi dah keluar sebab nak berjalan jauh. Airport besar sangat. Hahaha...

16 June 2014
Flight kitorang bertolak jam 3.45 petang ke Denpasar Ngurah Rai Airport, Bali. Sampai kat sana lebih kurang jam 6.40 petang. Driver dari villa yang kami nak menginap tu dah siap tunggu dah dengan signboard besar nama husband aku. Huhuhu... disebabkan sampai pun dah nak malam, jalanraya agak macet. Dari airport nak ke Bali Island Villa & Spa di Seminyak ambil masa lebih kurang sejam la jugak. Sampai je di villa, check in, rehat-rehat siapkan diri baru keluar cari dinner.

Tapi yang menjadi masalahnya sekitar Seminyak susah sikit nak cari restoren halal. Kebanyakan restoren sekitar Seminyak menghidangkan arak dan babi golek... kuikuikui.. tak boleh belah. Puas berjalan cari restoren halal tapi tak jumpa. Memandangkan kat villa kitorang ada dapur siap periuk dan kuali semua kami pergi beli instant noodle je. Ada la kedai ala ala 7e kat situ. Beli Mee Sedaap perasa bakso balik villa masak and makan. Hahaha...

Nih suasana dalam villa kitorang.

:: katil super king gamaknya.. bapak besar!::
:: lakiku buat mende la dalam tab mandi tu ::

:: private pool kitorang pada waktu malam. Lps dinner terus berkubang dalam ni::

:: dapur.. tu ada dua botol arak. Sumpah aku x usik lansung!::

::living room mengadap pool::
:: waktu malam nmpak romantik skit::

:: pool waktu siang::
17 June 2015
Jam 8 pagi dah ada orang hantar breakfast. Hehehe... seronoknya. Bangun bangun dah ada breakfast.

:: laki belum bangun aku pergi terjun pool sorang-sorang ::

:: sedapnya nyam nyam::

::aku punya::

::dia punya::
Lepas siap breakfast bagai, kami berendam balik dalam pool sampai boring. Masak instant noodle lagi pastu makan lagi pastu terjun pool balik sampai boring. Dah tengahari kami pun keluar la merayap. Tumpang supir villa pergi lunch. Dia dropkan kami kat satu restoran padang di Seminyak tu. Boleh tahan la sedap makanan padang ni.

Hari kedua ni jalan kat area Seminyak aje. Pergi pantai tengok omputeh bogel. Pergi massage kaki. Jalan-jalan kat pasar die. Lepak kat Seminyak square. Tu je la. Tak beli apa pun sebab kat Seminyak kawasan hotel and villa yang mahal2 so barang situ pun mahal sikit. Restoren pun banyak tak halal. Banyak jual pig golek. Uwaaa.... kami pusing pusing naik teksi jer. Malamnya kami pusing-pusing lagi cari dinner kat area villa kami duduk. Cemuih la makan instant noodle jer.

Cari punya cari ada la restoren kat tepi jalan Seminyak tu. Belek-belek menu takde yang gune pork. Kebanyakannya veggie and seafood so yakinkan diri je la sebab lapar. Lepak lepak makan aku order set nasi dan tomyam tapi tomyam die rasa pelik ah. Husband aku lak order set ikan gurami goreng,

:: konon konon candle lite dinner la ni ::
18 June 2014
Hari ketiga di Bali. Baru la nak berjalan sekitar Bali. Memandangkan kitorang tak cari supir siap-siap masa kat Malaysia so pihak villa yang carikan jadi upahnya mahal la sikit. Sehari upahnya IDR450 ribu. Fuhh... kalau cari awal awal mungkin boleh dapat 350ribu rupiah kot. Tepat jam 9 pagi supir yang namanya Nyoman pun datang pick up kitorang. Hari ni sebelum keluar terus check out dari villa sebab lepas ni nak duduk kat Kuta pulak. So usung terus semua beg masuk kereta sewa.

Memula kami dibawa ke Tanah Lot Temple. Sekali masuk kene bayar IDR30,000. Masa ni air tengah surut so boleh la berjalan kat tengah tengah tu pergi ke kuil.



 Kemudian, kami dibawa ke Batu Bulan, Batuan, Tohpati... singgah singgah kejap jer tengok tengok dan beli lukisan. Habis berapa juta rupiah jugak kat sini beli lukisan. Hihi.. kengkonon peminat seni jugak la. Ecece..

Lepas tu kami ke Ubud, kat ubud ada tradisional market. Macam macam ada jual kat situ. Painting pun ada jugak. Aku beli lagi lukisan macam kat bawah ni. Untuk rumah baru nanti. Hewhewhew. Kat Ubud ni kami singgah makan lunch kat Restoren Padang. Tak amik plak gambar dia. Sedap giler!!


Lepas tu singgah minum kopi kat ..... krik krik krik... aku lupa kat mana tempat ni (lepas bersalin ni urat banyak putuih!). Sampai-sampai je, supir terus parking kat satu tepi semak ni aku cam pelik pelik je ni kat mana ni.. hahaha.. pastu ade la adik ni datang jemput dan bagi penerangan tentang cara pembuatan kopi. Dia bawak tunjuk pokok kopi la, pokok koko, cempedak, nangka... dalam hati aku... ekelee.. blakang umah aku pun ade.. kikikiki Lepas tu die tunjukkan cara cara pemprosesan kopi secara tradisional dan tunjuk sangkar beruang... ehhh bukan beruang! musang yang menghasilkan biji kopi luwak tu... ermm.. tengok die berak keluar biji kopi.. yekkk! (Sori la tak amik gambar. Aku malas!) Macam -macam jenis kopi dan teh ada kat sini dan diorang pun ada bagi tester untuk semua kopi dan teh Contohnya teh dari manggis, teh serai, teh tu teh ni.. semuanya laki aku balun. Cumanya kalo nak test kopi luwak je kene bayar sebab kopi tu mahal. IDR60,000 secawan untuk kppi luwak. Laki aku bayar beb! Aku tak minum pun sebab tak lalu ah terbayang tahi musang... yekk..




Bila dah puas pusing-pusing kami ke Jimbaran pulak untuk tengok sunset dan dinner. Tapi kami sampai agak lewat so tak sempat tengok sunset la sebab dah gelap sangat. Dapat tengok kapal terbang turun naik je la sebab bersebelahan dengan airport. Makan tepi laut berangin jer. Sejukk. Tak amik gambar sebab gelap jer tempat tu. Ikan bakar pun mahal. Baik aku makan ikan bakar Bellamy lagi sedap dan murah. Kuikuikui...

Lepas dinner kami check in ke J Boutique Hotel di Kuta. Kat Kuta senang sikit nak cari kedai makan halal. Kat sini masjid pun ada. Lepas check in kami keluar berjalan jalan sekitar hotel tapi tak menarik sangat la. Balik ke hotel salin baju terus naik ke bumbung mandi pool. Pool dia betul betul atas bumbung. Kami berdua je layan mandi semua orang dah tak ada. Tapi aku seram sikit la sebab ada patung batu besar kat atas bumbung tu bebetul mengadap pool. Macam nengok kitorang je. Haihhh.. kat Bali semua tempat ada patung. Seremmm...

19 June 2015
Hari ni supir lain pulak bawak kami berjalan. Namanya Wayan. Supir semalam si Nyoman pergi renew road tax so kawannya ganti. Huhuhu.. Kami cadang nak main water sport dan mandi laut pulak hari ni so supir bawak kami pergi ke Nusa Dua. Pergi satu pantai ni khas untuk water sport saja. Discuss2 tengok harga jetski ngan snorkelling semua perghhh.. mahainya.. baik balik main kat Perhentian ke Langkawi ke lagi berganda ganda murah. So kami pi mandi laut je la. Supir ni pun bawak la kitorang ke satu pantai. Tempat ni private sikit so tak ramai orang. Cantik giler pantai dia. Air jernih pastu cetek sikit. Mandi puas puas baru pergi jalan jalan. Si Wayan duduk je tepi pantai tolong jagakan beg kitorang. Hihi... takkan nak ajak mandi sekali kot!

Kami singgah lunch di satu Restoren Minang (aku lupa dah kat mana) masa on the way nak ke GWK. Kat restoren ni kami jumpa 2, 3 family dari Malaysia.. huhuhuhu.. lauk lauk kat situ pun banyak dan sama rasa macam kat Malaysia. Singgah solat sekali kat situ. Then terus pergi ke GWK atau Garuda Wisnu Kencana Culturan Park (sebutan orang kat sana GeWeKe). Kat sini boleh tengok Kecak and Barong dance. Bayar IDR80,000 sekali masuk.



Habis tengok persembahan kami ajak supir singgah singgah ke pantai pantai yang cantik sepanjang jalan nak ke Uluwatu Temple contohnya Dreamland dan Padang-padang beach. Ombak kat pantai Dreamland sangat cantik putih je tapi fuhhh sangat besar memang takleh mandi kat situ. Mat salleh banyak la sebab diorang suka surf kat situ.




Last sekali kami sampai ke Uluwatu Temple untuk tengok sunset sambil layan Kecak Fire dance. Kecak kecak kecak cak cak...

Kat sini banyak sangat monyet so kene hati hati. Handphone, camera, cap dan apa apa je benda yang diorang leh capai baik simpan elok elok sebab once monyet tu dapat curi jangan harap la nak dapat balik dalam keadaan elok. Hahahaha! Ada jadi depan kitorang monyet tu curik spek sorang pelawat ni pastu die baling kebawah dr atas pokok. Bersepai habis.

::scenery di Uluwatu Temple::



:: suh si Wayan amikkan ::

20 June 2015
Last day di Bali. Breakfast di hotel siap-siap pastu kami keluar shopping jap di Krisna. Macam-macam ada di Krisna ni. Baju batik, tshirt, barang barang craft, lukisan, keropok, keychain, fridge magnet dan lain lain lagi. Murah murah semua. Laki aku dah rambang mata semua dia nak borong. Hahaha.. bertuah betul dapat husband kaki shopping ni.

Balik hotel kemas kemas barang dan terus check out. Flight balik ke KL jam 5 petang... tata Bali. Next time jumpa lagi! Ntah bile nak pergi lagi ni balik balik terus lekat baby Helena Aishah. Ahaks! Made in Bali... kuikuikui!

Aihh.. rindunya nak pergi sana... k bai.

Thursday, 28 May 2015

Pre-Honeymoon : Grand Lexis, Port Dickson

Assalamualaikum...

Hai sempena nak sambut anniversary yang pertama beberapa hari lagi aku nak update story pasal honeymoon. Eheheh.. padahal dah berabuk duduk dalam draf hampir setahun dah! Phuii..

Majlis sebelah aku 1 Jun 2014, manakala sebelah husband 14 June 2014 so ada dua minggu gap. 7 Jun tu husband ajak jalan-jalan ke Port Dickson. Ala-ala pre honeymoon la sebelum ke Bali. Ecece...

Kitorang menginap di Grand Lexis, Port Dickson. Uweee.. tak pernah aku duduk kat hotel sebesar tu. Perghh.. sesekali je seumur hidup. Katil king size ada dua, ada pool besar dalam bilik, ada dapur, microwave sume siap... tapi duduk satu malam je. Tak puas!

Aku jakun sikit ah.. bayangkan ko check in pastu naik lif, masuk bilik tetibe waaa ada pool. Huahuahua.. bese le orang kampung... nak mandi bogel pun takde orang nampak. Kahkahkah!

 Tepek gambar skit ah.

:: katil guna satu jer.. satu lagi buat sidai tuala. Kuikuikui::
 
::pool dalam bilik::

:: view dekat beranda bilik. Bilik-bilik kat atas air tu pun ada private pool jugak::
:: boleh terjun dari atas katil u olls!::


::kaki den::
Banyak habiskan masa kat bilik jer sebab bilik dah best. Bile lapar baru la keluar pegi cari makan. Balik bilik terjun pool balik. Kehkehkeh.. sampai pukul 3 pagi pun terjun pool lagi main air sejuk sejuk. Giler!

Husband beli voucher Grand Lexis ni kat group on. Kadang-kadang je diorang buat promo so dapat la harga murah sikit. So next time kalo nak merasa duduk hotel bercuti kat hotel mahal tapi harga yang kita mampu bayar. Usha-usha la kat group on okeh!

Bye!

Life lepas ada anak...

Assalamualaikum...

Hai lama tak update lepas ada baby ni. Memang kalut sikit hidup aku sekarang. Hihihi... nak buat apa pun kadang kadang semua tak sempat. Kekadang skip makan, skip mandi.. kekekeke.. Dah hampir 3 minggu lebih aku dah start kerja. Yela swasta cuti 2 bulan je. Sedihnya anak aku 2 bulan dah kena hantar ke pengasuh. Nak buat macamana. Mama dan abah kena kerja cari duit.

Bercakap mengenai pengasuh. Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik dan jaga baby elok elok. Jiran tingkat bawah rumah kitorang je. Upah untuk baby sebulan RM300. Kira murah lah tu kan. Pagi-pagi pukul 8 dah hantar dia. Aku tukar diaper dan susukan siap-siap sampai kenyang. Hantar dia tak mandi huhu.. bushuk masham. Petang bila balik kerja dah wangi dah. Mandi bersih siap pakai baju tidur dah. Mood pun baik. Kadang-kadang time ambik dia tidur tapi kebelakangan ni dah jarang tidur. Asyik nak bersembang dah kata pengasuh dia. Hehe.. mood dia pun baik je asyik senyum je.

Anak aku Helena Aishah memang rupanya copy paste muka abahnya. Sebijik! Kulit pun ikut abah... tak cerah sangat macam aku pastu kulit sensitif dan kuat berpeluh macam husband aku. Hahaha! Rambut pulak lepas cukur masa usia dia 2 minggu sampai sekarang tak lebat lebat. Ibu mertua ada cerita yang husband aku masa baby memang rambut takdak. Memang anak abah la ni kan. Masa first time pergi rumah pengasuh, husband tak ikut. Dia boleh tanya " ni muka ikut abah dia ye?" Haaaa.. nampak sangat takdak lansung ikut muka aku. Hahahaha!

:: belanja sikit gambar Helena ::

Masa aku preggy perut aku memang besar so before aku scan jantina aku bajet baby boy tapi lepas scan doc kata girl. Yeayyy!! Petang tu jugak terus gi shopping baju babygirl pinky pinky!

Seronok weh ada anak. Rasa macam dah lengkap hidup walaupun tak cukup tidur. Tak sempat makan. Tak sempat mandi. Tengah-tengah berak baby nangis nak susu. Tambah tambah bila suami tak balik lagi semua aku kene handle sorang-sorang. Lepas balik kerja kene tidurkan dia dulu baru dapat pergi masak dinner. Kalo tak dia menjerit panggil. Hahahaha!

Ok lah bye!



Tuesday, 17 March 2015

Pengalaman Bersalinkan Baby Sulung

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri sulung aku pada 4 March 2015 yang lepas pada jam 10.52 mlm di Al-islam Specialist Hospital Kampung Baru, KL. Baby seberat 3.59kg selamat dilahirkan secara normal.. fuhhh!

Aku tak ada turun sebarang tanda nak bersalin pun contohnya macam keluar darah, air ketuban or contraction tu. Cuma rasa nak terberak je sejak dua tiga hari sebelum tu. Rasa nak berak tapi bila pergi ke toilet duduk berjam-jam tak keluar apa-apa pun. Pada hari Selasa, 3 March aku still pergi ke office lagi tapi dalam hati dah terdetik dah mungkin ni last day kerja. Ada kakak kat office pun dah tegur 'ko ni macam dah tunggu masa je ni anytime baby nak keluar dah ni'... huhuhuhu

Pada pagi 4 March tu aku ada appoinment untuk 39 weeks check up. Masa appoinment tu doc seluk untuk tengok bukaan. Rupa-rupanya dah terbuka 3 ke 4cm dah so terus kene tahan di wad bersalin. Huhu.. nasib baiklah barang-barang semua dah ready dalam kereta.

Aku start masuk wad bersalin lebih kurang jam 11 pagi. Nurse pasang CTG untuk monitor jantung baby dan contraction. Dua tiga kali nurse dan doc datang untuk check bukaan. Aku dan husband berkampung lah kejap kat wad bersalin tu sementara nak masuk labour room. Lepas jer berbaring kat katil wad aku dah mula start rasa contraction dia. Makin lama makin kuat. Dalam jam 5 petang nurse datang masukkan ubat berak. Fuuu.. tak sampai seminit aku dah gelabah turun katil cari toilet. Elok pulak la toilet kat wad tu orang tengah guna. Ciss! Keluar dari wad cari toilet lain. Lega.....

Selesai jer membuang, aku disuruh terus masuk ke labour room. Fuhh... macam tak percaya jer aku dah nak bersalin. Dup dap dup dap.. first experience ni. Bilik bersalin ni memang ada satu katil je so aku sorang je la kat dalam tu. Lega sikit sebab aku tak payah nak dengar orang sebelah jerit-jerit sakit. Biar aku sorang je jerit.. hehehe.. takde la stress sangat masa sakit nanti kan! First time aku berbaring di katil bersalin.. fuhuhuhu... rasa semacam je. Dalam hati asik dok cakap "betul ke aku dah nak bersalin ni? Betul ke ni? " Tak lama selepas aku masuk, husband aku pun masuk sekali temankan aku.

Tak lama lepas tu bidan datang check bukaan. Still 4cm tapi sakit contraction semakin kuat dan kerap. Tak lama lepas tu air ketuban aku dipecahkan. Aku dengar macam 'tap' bunyi dia pastu rasa air suam-suam keluar habis basah dah kat bawah tu. Huhuhu... lepastu saluran kencing dimasukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Uwaaa.. tak selesanya! Dah la sakit contraction ni. Then mesin CTG dipasangkan balik untuk monitor baby dan contraction. Aku disuruh mengiring ke kanan dan ke kiri setiap 10 minit. Uih... terseksa rasa dengan perut besar... dengan wayar berselirat... dengan sakit contraction yang semakin berganda-ganda tu nak kena pusing pusing mengiring. Bidan yang monitor aku tu cakap ni untuk mengelakkan baby kat dalam perut tertidur so bacaan kat CTG elok sikit.

Masa aku di wad bersalin sebelum tu ada nurse datang offer aku untuk ambil epidural. Katanya selalu pesakit bersalin sulung diorang akan tawarkan epidural sebab takut si ibu tak tahan. Aku sebelum tu dah berbincang dengan husband aku tak nak ambil epidural sebab nak rasa 'nikmat' sakit bersalin tu. Hahahah! Lagi satu aku ada terbaca effect akibat epidural tu menyebabkan ibu mengalami sakit kepala berpanjangan, sakit belakang dan lain lain lagi lah. Entah betul ke tidak aku tak sure lah kan sebab baca pengalaman orang yang dah pernah ambil. Aku decide ambil ubat tahan sakit yang paling murah jer. Lebih kurang RM30+ tak ingat nama ubat tu apa. Kalau epidural lebih kurang RM800+. Haa harga berganda-ganda berbeza so effectnya pun berbeza lah. Sakitnye ya Allah! Fuhhhhhhhhhhh nikmat!

Aku dan husband menunggu di labour room lebih kurang 5 jam sebelum bukaan betul-betul terbuka sepenuhnya. Sakit contraction masa tu tuhan saja yang tahu. Mujur husband ada temankan aku. Tiap-tiap kali sakit tu datang aku peluk pinggang husband yang mok mok tu. Ehhe... bidan ajar aku cara penafasan masa sakit tu datang. Tarik nafas ikut hidung dan hembus sekaligus guna mulut. Elok masuk jam 10 malam Dr Norlida yang nak sambut baby aku pun masuk dalam labour room dan bersiap nak sambut baby.

Aku ni dah la first time nak bersalin, memang jakun dah tak tahu apa-apa lansung. Nak meneran pun tak reti. Hahahaha! Masa mengandung dulu kelas antenatal tak pernah terfikir pun nak pergi. Bertuah betul! Bidan dan doc dok suruh aku teran macam nak teran berak sembelit. Aiyo.. aku jarang berak sembelit. Boleh lupa camne nak teran berak. Kihkihkih... Kaki aku dua-dua diletakkan di besi tepi katil. Tangan aku pulak menarik semacam tali kt besi tu tiap-tiap nak meneran. Perghhh.. sakit gile. Banyak kali cubaan meneran gagal. Aku dah semacam putus asa sebab tenaga dah banyak guna. Dah semakin lemah. Husband kat sebelah tak putus asa suruh 'teran teran keluarkan anak aku cepat!' Huhuhu...

Hampir nak masuk setengah jam aku meneran tapi tak keluar-keluar juga Doc, bidan,nurse dan husband aku dok pujuk-pujuk bagi semangat untuk teran. Doc suruh husband basahkan muka aku sebab aku dah kepenatan teramat sangat macam dah hilang semangat. Husband aku pergi curah air kat muka aku sampai lencun. Hampeh.. doc suruh renjis jer! Husband dah bising-bising suruh teran cepat! adoiyai! Tak sabar dah nak tengok anak dia keluar. Lepas tu aku pun semangat la balik sebab tak tahan dah sakit. Rasa macam nak keluarkan baby cepat-cepat. Setiap kali contraction datang aku teran kuat-kuat. Lepas beberapa kali cubaan, keluar la kepala baby... menjerit semua orang termasuk husband aku. Meriah betul labour room malam tu! Push push teran lagi! Teran lagi! Husband aku dah macam bagi sorakan kat pasukan bola pulak dah! Aku teran lagi sekali sekuat tenaga, then rasa macam meluncur jer baby keluar... Alhamdulillah lega rasa semua kesakitan hilang. Baby aku diambil untuk dibersihkan di luar labour room, husband aku pun hilang sekali pergi tengok baby dia. Hahaha! Kemudian dengar bunyi tangisan kuat. Happynya rasa hati. Sementara aku di dalam labour room lagi doc keluarkan uri dan menjahit luka perineum. Aku tak tahulah berapa jarum kena sebab masa tu dah letih sangat-sangat. Jadi khayal jer.

Lebih kurang pukul 12.45 malam aku disorong masuk ke wad bersalin. Kemudian husband aku mintakkan nurse hantar baby. Barulah aku dapat tatap buat pertama kali wajah puteri aku ni. Hihi... geram betul tengok baby sendiri. Aku pun tak expect baby aku 3.59kg. Semangat betul baby aku. Alhamdulillah syukur...

Thursday, 26 February 2015

Pregnancy Journey : 38 Weeks... Sakit Oi Kene Seluk! ahaaaa

Assalamualaikum...

Aku sekarang dah 38 minggu. Segala persiapan nak sambut orang baru semua dah lengkap dah. Lega rasa.... yang tinggal cuma stroller dan beberapa barang yang aku rasa tak penting sangat. Selasa lepas pergi checkup baby macam biasa. Cuma kali ni first time la kene seluk dengan doc sebab dah 38 minggu kan. Memula doc scan baby, hihi.. berat baby dah cecah 3.38kg... huiii besar kata husband aku. Dia pulak yang risau katanya nanti bersalin anak dia keluar besar. Then nurse tarik langsir, doc cakap nak seluk nak tengok bukaan. Aku pasrah je la memula sebab first time dan tak pernah kena seluk lagi.. hahahaha

Doc suruh tanggalkan panties, aku nak bangun la nak bukak tapi nurse tahan sambil cakap "takpe baring je saya buatkan.." ahaaaa.. segan mek! Nurse tolong tanggalkan panties.. (seblum ni husband yang buatkan.... ehhhhhh! Ihik malu saya!) Then doc cakap jangan stress stress relax jer... kalau relax tak sakit... then dia seluk.. ohoiii sampai kedalam aku rasa.. sakit oii.. aku angkat punggung. Doc lembut je cakap jangan angkat punggung relax-relax... maaf yer ni memang tak selesa sikit. Huhu.. memang ngilu aku rasa sepanjang hari tu... huwaaaa... sakit!! (Laki seniri buat tak sakit pulak... ehhh itu lainnnn!! 😜)

Doc cakap belum ada bukaan, so appoinment next week 4 March pula. Ape-ape pun aku selesa buat check up di Al islam Specialist Kpg Baru ni. Memang dah niat nak bersalin kat sini pun kan... Gynae kat sini pun perempuan je so rasa senang hati la sikit nak bagi seluk ker terkangkang ker... huahuahua... Semua orang kat sini baik-baik jer so tiap-tiap kali datang checkup rasa seronok dan excited!

Aku dapat MC sehari manakala husband kene bekejar balik ke office. Memandangkan aku masih belum nak bersalin, esoknye masuk office balik. Buat kerja pun light-light jer sebab kebanyakan kerja dah pass kat trainee yang akan gantikan aku selama maternity leave 2 bulan nanti. Kalau ambil cuti awal dan duduk saja-saja kat rumah pun bosan jugak. Kalaulah tiba-tiba sakit nak bersalin jenuh kena tunggu husband balik rumah. If datang office dah sah-sah laki aku kat depan mata... hihi (kami laki bini kerja satu company department lain lain).

Petang-petang camni kerja dah settle so google je la cari resepi berpantang... kuikuikui.. ok lah bye!

Pregnancy Journey : Sakit Gigi Ketika Hamil

Assalamualaikum...

Last few weeks (agak-agak tengah preggy dalam 36-37 weeks gitu) aku menanggung azab sakit gigi geraham sebelah kiri. Atas bawah pulak tu. Huwaaaa... sakit dekat bekas tampalan. Bila dibelek belek dekat cermin elok jer ditampal lubang tu takde pun lubang baru. Tapi sakitnya ya Allah!! Berdenyut-denyut sampai menangis nak menahan. Aku pun macam biasa sambil menahan sakit google info pasal sakit gigi ketika hamil ni, hmmm.. tak boleh nak buat apa selain tahan jer sakit ni sampai bersalin. Dari info yang aku jumpa kalau pergi jumpa dentist pun sia-sia jer lah kot.

Menurut pakar pergigian, bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kerana janin sedang berkembang. Justeru sebarang rawatan membabitkan suntikan terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan x. (Aku copy paste jer dari blog orang).

Husband aku dok risau tengok aku nangis-nangis sebab sakit gigi ni. Dia ajak pergi klinik aku berdegil taknak.. kehkehkeh sebab percaya sangat dekat mr google yang doc tak dapat buat apa-apa sebab tengah preggy. Aku stress sangat sampai baby tengah aktif bergerak gerak dalam perut pun aku marah-marah suruh duduk diam... amende la mama nih kan baby! Kuikuikui...

Untuk mengurangkan rasa sakit, husband aku bancuhkan air garam dan letak bunga cengkih then suruh aku kumur. Dia siap beli koyok sekotak untuk aku tampal kat pipi. Kurang le kejap sakitnya lepas tu sakit balik. Koyok tu pulak aku pakai sampai kulit pipi aku merengsa sebab gam koyok tu kuat sangat. Adoiii!! Lebih kurang seminggu jugakla aku menahan sakit gigi... punya la degil sampai taknak pergi klinik. Haihhh...

Then masa pergi checkup baby tepat 37 weeks, aku ngadu kat obgyn aku yang gigi sakit sangat... hahaha! Dia bebel la bila aku cakap aku tak pergi jumpa dentist pun. Hahahaha! Dia siap cerita yang dia pun pernah sakit gigi masa preggy dulu siap suruh doc gigi cabut dan cakap "jangan risau tak ada efek kat baby pun sebenarnya saya sendiri pun gynae.. takpe cabut je!". Husband aku yang ada sekali masa tu trus bebel kat aku depan-depan gynea... " haaa tulah saya dah nak bawak gi klinik dia tak nak... bla bla bla..." hambik ko!

So aku decide la esoknye nak gi dentist tapi last-last bila tiba hari esok.. hilang pulak sakit gigi. Tinggal sengal-sengal je.. hahahaha!

Alkisahnye, jangan buat andaian sendiri. Jangan percaya sangat kat google tu. Sepatutnya awal-awal lagi pergi jer jumpa dentist walaupun tengah preggy. Mungkin kalo dentist taknak cabut, dia boleh bagi ubat kumur or antibiotik yang dos rendah sesuai untuk ibu mengandung.

😆 padan muka aku...