Sempena birthday aku yang ke 31 bulan January lepas. Kami pergi bercuti ke Krabi, Thailand. First time pergi ke Thailand ni. Asyik-asyik fly ke Indonesia jer berkali-kali. Thailand yang dekat ni tak jejak pun lagi.
20 Jan 2017, Hari Pertama
Kami bertolak dari klia2 ke Krabi jam 1.30 petang dan sampai sekitar jam 1.55 petang waktu Krabi (lewat sejam). Kemudian di airport cari kaunter shuttle bus ke pantai Ao Nang seperti dalam gambar di bawah. Tambang seorang dewasa 150 Bath.
Helena sempat menyusu dalam bas sementara nak tunggu bas penuh. Hehehehe... hampir 20 minit jugakla nak tunggu penuh satu bas. Baru dia jalan.
Lebih kurang sejam baru lah sampai ke hotel kami di The Dream Garden Hotel. Kalau amik teksi mungkin ambil masa dalam 40 minit jer tapi shuttle bus yang kami naik ni henti-henti hantar penumpang ke hotel diorang sebelum sampai ke hotel kami tu yang lambat tu.
Takde pulak snap gambar depan hotel. Ala hotel murah kecik jer. Asalkan selesa kami 3 beranak. Seberang jalan hotel kami ada McDonalds ni.
Lepas dinner kami berjalan-jalan sambil survey harga tour ejen untuk ke Phi Phi Island tour, Emerald Pool, dan Elephant trekking. Banyak aje tour ejen kat tepi-tepi jalan ni. Pilih jer yang mana nak. Bila dah puas hati bertanya kami pilih satu pakej ke Emerald Pool, Hot Spring & Elephant Trekking 900 Bath sekepala termasuk halal lunch. Manakala Phi Phi Island tour kami pilih yang dioffer kat hotel kami sendiri 1200 Bath sekepala.
::Sempat tapau Coconut Milk shake dan pancake:: |
Kemudian kami akhiri malam kami bertiga dengan massage kaki. Kikikiki.. Helena yang dua tahun tu pun kakak kakak cantik tukang urut tu urut-urut manja usik usik dia. Kikiki dia layan jer.. Syok la sikecik tu.
21 Jan 2017, Hari Kedua
Breakfast roti siap-siap kat hotel. Jam 8.30 pagi ada orang datang ketuk bilik kata van pick up untuk tour ke Emerald Pool dah sampai.
First stop. Emerald Pool. Lepas diberi taklimat sikit kami pun bergerak ke Emerald Pool Lebih kurang 20 minit gak la berjalan masuk.. Perghh Mek Nana kenit ni buat perangai clingy dia. Takmau berjalan nak mama sorang jer yang dukung. Kat abah dia takmau. Pheww.. gitu la kalo berjalan dengan anak kecik.
::pintu masuk ke Emerald Pool & Blue Pool:: |
Air kolam tu biru weii! Kolam Sra Kaew nama dia.
"Ma... maaa.. tu tajah!" Tajah batu berani la ko... tunggu jap lagi kita jumpa tajah real..
Abah sorang jer yang terjun mandi dalam Emerald pool ni. Mama ngan Nana tunggu jer kat tebing. Tak bawak baju mandi. Dalam gak airnye.
::abah dan nana:: |
Kami diberi masa lebih kurang sejam lebih jer so mandi kejap jer terus bergerak ke pintu masuk tempat diberi taklimat tadi. Kali ni time balik kami ikut jalan hutan. Cantik gak pokok-pokok buluh kat tepi jalan tu. Takde la hutan sangat pun.
Lunch memang dah termasuk dalam pakej. Helena siap dapat kids cutlery sendiri. Huhuhu... Sedap jugalah. Ada tomyam, green curry chicken, sayur campur dan buah tembikai.
Helena pulak dapat lauk telur goreng mata kerbau.
Next stop, Hot Spring. Bagi aku kat sini takde la menarik sangat. Dia macam anak sungai yang mengalir mata air panas. Aku rendam kaki jer. Tengok dalam gambar tu... pengunjung penuh dok berkurumun berendam situ. Rendam sat ja terus aku lepak ket kerusi.
Kemudian, jeng jeng jeng.. nanakkk.. tatotttt.. nanakkk tatottttt maaa tatotttttttt.. huwaaaaa...
sepanjang panjang naik gajah tu dia jerit-jerit nyorok muka bawah ketiak abah dia. Kihkihkih ape la anak. Tadi beria nak naik tajahhh..
Selesai satu round elephant trekking, ada show anak gajah pula tapi aku tak snap. Busy tukar diapers Helena yang dah penuh. Settle semuanya kami dihantar pulang kembali ke hotel masing-masing.
Petangnya pula dalam pukul 6, kami ke Krabi Town menaiki van tour. Satu kepala 200Bath. Booking siap-siap van ni malam sebelumnya dekat kaunter tour tepi jalan jer. Pick up jam 6 petang dan masa diberi untuk shopping di pasar malam terkenal di Krabi ni sampai jam 9 jer. Krabi Night Market ni buka hari Jumaat, sabtu dan Ahad sahaja. Kat sini boleh la beli sorvenir macam keychain, fridge magnet dan lain-lain lagi. Aku sempat beli nenas madu 3 ketul. Sedapnyeeee weiii manis! Then makan seafood fresh cicah sos thai. Phewww...
::Gambar ihsan google tapi aku nak tunjuk gini le rupe nenas yang sedap tu!:: |
Phi-Phi Island Tour. Van pickup jam 8.30 pagi depan hotel. Pakej sekali dengan lunch. Dalam bot kami cuma kami bertiga dan satu couple jer melayu. Yang lain semuanya omputeh seksi... Layan gambar aje lah ye...
23 Jan 2017. Balik Sudah...
Gitu le short vacay kami. Tak puas sebenarnya. Ada je lagi yang kami tak sempat pergi. InshaAllah next time repeat lagi.
::Bye Krabi... Hello KL:: |