Assalamualaikum...
Kami baru saja kembali dari bercuti di Lombok. Berada di sana dari 12 hingga 15 Oktober yang lepas. Sekejap sahaja dan rasa macam tak puas sebab tak dapat cover semua tempat-tempat menarik.
Hari pertama, bertolak dari rumah ke klia2 menggunakan uber. Ini merupakan kali pertama kami ke airport dari rumah baru kami di Teluk panglima Garang. Lebih kurang 45 ke 50 minit jugak la. Lunch di airport dan bertolak ke Lombok jam 3.35 petang.
Lebih kurang jam 6.45 petang kami tiba di Lombok International Airport. Suasana dah pun malam. Sempat jugak membeli 2 Simkad dengan internet 2g berharga 40,000 rupiah kat sana. Elok kami berjalan keluar ke pintu airport, fuhhh ramainya orang menunggu. Macam semut! ehehehe... berkerumun di sebalik palang besi. Ada yang pegang kadboard bertulis nama pelancong yang ditunggu, ada yang terjerit-jerit offer kereta sewa, ada yang berjual-jualan. Nasib baiklah kami dah booking awal-awal supir sebelum datang ke Lombok. Dicelah-celah orang ramai tu aku nampak supir kami pegang kertas bertulis 'HADZRIN & SHAHIDA' besar-besar. Terus lambai tangan dan dia pun datang tolong angkat beg masuk kereta.
Kemudian kami di bawa makan malam di Restoren Taliwang Irama 1 di Mataram. Kami order Set untuk dua orang dan air kelapa madu. Rasa boleh tahan la sedap. Habis lebih kurang 187k Rupiah.
Habis makan terus kami ke hotel kami di Puri Senggigi Hotel. Hanya tidur semalam disini.
Hari Kedua, bangun pagi-pagi dan breakfast dulu di hotel. Supir datang pickup lebih kurang jam 9 pagi. Hari ni kami akan ke Gili Trawangan pula.
Semasa dalam perjalanan ke Pelabuhan Bangsal untuk naik bot ke Gili, kami sempat singgah di satu banglo buruk tak siap di tepi cerun bukit dipanggil Villa Hantu. Tempat tu bukan la rumah hantu pun cuma bangunan tak siap yang jadi tumpuan untuk pelancong berenti ambil gambar. Pemandangan di atas Villa Hantu tu memang wow! Cantik!
Kemudian terus ke Pelabuhan Bangsal ambik bot ke Gili Trawangan. Satu bot pergi balik 800k Rupiah. Kalau pergi satu family ramai-ramai memang untung sebab boleh share. Kami ni pergi bertiga jer rasa cam mahal pulak. Bot tu pulak agak besar. Huhu.. eksklusif betul rasa. kikikiki
Lupa pulak, sebelum pergi ke Gili T tu ajak la supir singgah kat mana-mana minimart beli la roti ker mineral water ker sebab kat Gili tu semua harga mencekik darah punya. Fuhhh.. habis duit sesaja weh. Kat sana ramai mat salleh melepak semua barang di markup nya mahal-mahal.
Jetty Gili Trawangan
Sampai jer di Gili Trawangan, kami terus check in bilik di Tir Na Nog. Bilik memang tak ready lagi lah masa sampai tu so kami singgah minum-minum dulu di Kayu Cafe. Kemudian husband belanja massage kaki tepi pantai. Fuhh best! Kemudian dah habis massage perut lapar pulak singgah makan di Green Cafe pulak. Kat situ aku kene Teh O Limau ais sampai 20,000 rupiah (RM7+). Gile mencekik darah!
Kemudian lepas check in bilik sempat jugak la mandi laut kejap dua beranak ni. Mama lepak-lepak jer sambil ambil gambar. Internet laju beb kat pulau kecik ni. Pokemon pun banyak!
Kat Gili Trawangan kenderaan yang ada hanya lah cidomo (kereta kuda padi) dan basikal. Lepas mandi laut balik bilik salin dan terus sewa cidomo pergi ke Buaian di Ombak Sunset Resort.
Yang ini buaian yang popular tu! wajib ambil gambar kat sini!
::Abahnya main hayun-hayun:: |
::Helena tidooo:: |
::One for the album:: |
Lepastu kami balik pun naik Cidomo jugak. Total naik cidomo pergi balik 300k Rupiah. Fuu Fuu Fuu.. duit abis camtu jer. Mahai tapi bukan selalu nak datang sini. Balik ke area jetty ada tempat macam pasar malam. Orang berjual-jual makanan macam seafood, ikan bakar, kuih muih. Maka kami pun dinner la kat situ. Makan ikan bakar kat situ kemudian sebelum balik bilik sempat tapau martabak manis, kek pisang dan jagung bakar manis pedesss! Gittew!
Malamnya pulak ingat nak keluar merayau tepi laut tapi Helena pulak lena awai lepas shushu. Penat sangat mandi laut tadi siang. Mama pun join sekali lepas tu. So abahnya keluar melepak minum kopi sensorang. Huhuhu
Hari ketiga, balik ke Senggigi balik. Janji dengan supir tunggu kitorang dalam pukul 10 pagi.
::Ini dalam bot laju yang kami sewa. Beso! :: |
Sampai jer di Pelabuhan Bangsal supir kami dah menunggu. Hehe! Terus kami bertolak ke Air Terjun Sendang Gile & Tiu Kelep pulak. Perjalanan agak jauh dan mengambil masa dalam 2 jam. So sempat la tido kejap.
Sampai je di Kampung Seneru Bayan, kami di bawa ke office guide (ala lebih kurang cam bangsal jer). Kat sini ada taklimat untuk ke air terjun tu. Disini juga tempat untuk berkumpul orang-orang yang nak mendaki Gunung Rinjani.
Kami diberi guide sorang dengan bayaran 450k Rupiah. Guide ni siap bawak buah, air mineral dan biskut-biskut untuk makan masa kat waterfall nanti. Helena pun siap di dukung masa pergi dan balik. Kehkehkeh Seronok abah mama!
::Helena pasrah kene dukung dengan guide:: |
::monyet sepanjang perjalanan:: |
::Abah muke penat:: |
::di tepi lereng bukit:: |
Air terjun yang pertama, Air Terjun Sendang Gile
Air terjun yang kedua. Air Terjun Tiu Kelep. Kat sini baru kami berenti mandi. Fuhhh!! air dia sejuk nak mati! Macam mandi air ais!
Selesai mandi kami pun bergerak balik. Supir dah lama tunggu. Hehehe
Sebelum check in ke hotel kami untuk malam terakhir, sempat singgah di Bukit Malimbu tengok sunsett.
Cantiknyaaa...
Lepastu sempat makan bakso tepi jalan. Sedap Yakmat! Penjual bermotosikal jer.
Malam tu kami check in di Alam Mimpi Boutique Resort. Memang syok sebab ada swimming pool. Helena la mandi pool sampai taknak naik nangis-nangis meraung. Tapi haa takdak gambaq la malam. Mama maleh...
Hari Terakhir. Check out pagi-pagi lepas breakfast. Supir sempat bawak shopping di Bandar Mataram. Singgah di Koi Mas beli kerepek kerepek Lombok dan abahnya sempat beli susu kuda liar... eeeeee... bau dia aku tak tahan!
Kemudian ke Sasaki beli sorvenir macam fridge magnet, kain songket, tshirt dan macam-macam lagi semua ada kat situ.
Dan akhirnya balik la kami ke Malaysia.. rasa cam tak puas sebab tak sempat singgah kat tempat-tempat lain. Tapi tak pe la. Nama pun short vacation je memang sekejap je la cuti kali ni.
Total abis duit di Lombok 4 hari 3 malam.
1st day
Simcard XL 80,000
Dinner Taliwang Irama 187,000
Alfa Mart (roti, mineral water dll) 80,000
Sorvenir kopiah (beli depan restoren) 100,000
Adaptor 25,000
2nd day
Puri Senggigi Hotel (booking.com byr cash) 275,000
Beli spek di Villa Hantu 100,000
Boat to Gili T 800,000
Makan2 551,000
Massage kaki 2 org 190,000
Naik Cidomo 300,000
Gambar print di Buai 130,000
3rd day
waterfall guide 450,000
Bakso 20,000
Dinner 90,000
4rd day
Kerepek2 185,000
Susu Kuda Liar 45,000
Sasaki - Sorvenir 824,000
Bayar Supir 1,250,000
Bayar Tip pd pengangkat beg 10,000
Total abis duit lebih kurang 5,692,000 rupiah (RM1800++) utk kami sekeluarga.. Huhuhu oklah kan.
Ok la babai!