Friday, 30 October 2015

Short trip to Cameron Highlands, Pahang

Assalamualaikum...

Akhirnya sampai jugak kaki aku ke Cameron Highlands time Helena dah pun berusia 8 bulan. Aku mengidam nak datang Cameron petik-petik strawberry sejak Helena duduk dalam perut lagi tau! Hehe seronoknya!

Tidur satu malam jer kat Country Lodge Resort, Brinchang. Sekejap pun jadi la.. puas dapat makan strawberry!

1st day, naik ke Cameron ikut Tapah singgah di Boh Tea Estate, Habu. Pekena teh tarik dan scone pastu hangkut helena panjat naik ladang teh kat belakang tea Estate tu. Hahaha... sanggup tu! 

Lepak situ sampai la cafe tu tutup. then baru la bertolak ke Brinchang. Malam lepas maghrib kitorang ke pasar malam dan dinner steamboat.


::Happy jer dia!::
Hari kedua, pagi-pagi sebelum mandi terus pergi ke Big Red Strawberry Farm. Dekat jer ngan hotel. Dapat petik strawberry! weehooooo!

::dapnya dia makan strawberry!::




::my baby!::

Pastu balik mandi dan check out. Pusing-pusing satu Cameron.


Naik Tea Boh Centre Sungai Palas jap lepak-lepak makan scone dan minum teh tarik.



Pastu ke Lavender Garden. Baru bukak ni. Cantik tempat dia banyak bunga.

Time balik macam biasa la singgah beli sayur dan roses dan pulang dengan hati yang tenang. Eh...

ok bai!

Friday, 2 October 2015

Fraser's Hill

Assalamualaikum...

Saja nak post gambar throwback sebulan sebelum Helena keluar. Mak buyung teringin sangat nak pergi jenjalan ke tempat sejuk. Nak pergi Cameron jauh dari KL so abahnye bawak ke Fraser's Hill. Dekat saja kalau ada emergency terus turun jer.. hehehe... ada la rasa sejuk sikit-sikit. Jadi la...

Aku tak berapa suka sangat la Fraser's Hill. Tak banyak aktiviti boleh buat. Tambah-tambah tengah sarat mengandung. Nak hiking ape pun tak boleh. Nak gi petik strawberry.. kebun strawberry dia pun macam tak siap. Ahahaha... Nak pergi mandi sungai, jalan sekerat jumpa tanah runtuh tak boleh nak jalan dah. Hmmm... Menikmati suasana sejuk je la kot...





::mak buyung 37 weeks. Besaq tak ai?::
Ok bai!.