Friday, 8 November 2013

My Engagement : Post Mortem

Assalamualaikum...

Jom review balik majlis pertunangan aku yang lepas. Mana tahu kalau-kalau ada info yang menarik untuk korang. (Bajet orang lain baca post ni kunun -_-')

Baju Tunang

Baju yang aku pakai ketika tunang ni sebenarnya aku beli sebelum bulan puasa lagi. Niat asal nak pakai untuk raya lah. Punye lah ghairah bershopping tengok-tengok dah banyak baju yang aku beli dan ini yang paling mahal. Terasa sayang pulak nak pakai so aku simpan la buat pakai tunang. Beli online kat ThePopLook je brand 'emel by Melinda Looi' RM420.00. Haaa... tak sayang duit. Bile nak beli tak fikir. Dah beli tak pakai pulak end up jadi baju tunang. Heeee... well kain die aku alter sendiri sebab besar sangat. Jahit tangan wei!

Veil dan Shawl

Ni aku beli kain dan jahit sendiri. Cantik taks?! Cantik taks?! Colour tak sama sangat dengan baju sebab susahnya lahaiii nak cari kain warna mint yang betul-betul sama dengan baju. Haihhh... Semua barang aku beli kat Jalan TAR jer. Nak tutorial jahit Veil dan shawl? Nah click SINI. :))

Pelamin

Okey, asalnya aku malas nak buat pelamin sebab tak ade bajet untuk itu. Takde pun takpe salam sarung cincin dalam bilik aje tapi my sis cakap nanti susah nak kemas bilik tu nak keluarkan almari bagai sebab bilik sempit so die cadang buat mini pelamin simple pun takpe. My sis sponsor RM200. Hehehe.. lega sikit. Memula aku booking kawan aku Ain dan butik pengantin kakak die untuk buatkan tapi bile aku dah jumpe my sis in law pulak die cadangkan adik ipar die buatkan under budget yang aku nak. Bile dah tengok design-design kedua-duanya aku pilih adik ipar my SIL buatkan. Ni blog beliau shaqzspixca.blogspot.com.

Hantaran

::Hantaran dari pihak saya. wink wink::
 
::hantaran dari pihak encik tunang. weee::
Hantaran aku semua my SIL yang buatkan.  Aku just bagi barang dan theme yang aku nak. Zasss! Siap! Kahwin nanti pun nak kakak ipar buatkan!! :) . Antara barang-barang hantaran aku ialah kain baju melayu nikah, sampin, sejadah, cookies famous amos, cupcake, buah-buahan dan sirih junjung dibalas dengan kain baju kurung nikah, telekung, tepak sirih dan cincin, chocolate dan buah.

Catering
Bab tempahan catering memang aku dah serahkan bulat-bulat kat my mum. My mum tempah kat Larut Tin Taiping, dapat harga RM5.50 per pax. Nasi minyak, lauk ayam masak merah, daging masak hitam, dalca dan acar buah beserta air sirap. Memang tak percaya mula-mula harga RM5.50 per pax. Wow... Tapi Alhamdulillah murah. Then my mum tempah dekat bapa saudara aku buatkan laksa pulas. Sedap gilers!

Khemah
 Tempah kat kawan aku Aizuddin Air Kuning Taiping. Bagi sesiapa yang duduk area Taiping yang nak tempah khemah boleh call beliau 012-4366857. Pelbagai saiz ada. Harga boleh runding. Catering pun ada dia buatkan. (macam buat iklan pulak rasa)

Make-up Artist

My MUA ni memang aku dah aim lama dah sejak 2, 3 tahun ni. Memang nak sangat beliau mekapkan aku sebab hasilnya memang superb! Ohsemmmm! Cantik! 2, 3 tahun ni aku asyik temankan bff aku pergi mekap tunang la kawen la so memang dah simpan niat nak dia yang mekapkan. Hihi... Btw beliau jugak yang mekapkan Ana Dahlia semasa die kahwin dengan Chef Riz dulu tu. Cantik kan. Thank you Kak Azie from Sazlees Bridal Changkat Jering, Taiping!

Goodies

Paperbag dan TQ tag aku order dekat Sentuhan Dani'Trisyia. Pakej paperbag dan TQ tag ni RM1 jer tiap satu. Kuih bahulu, kuih peneram dan maruku mintak mak dan my sis yang orderkan then aku tempah tasbih murah kat Iris Raudhah Collections.

Photographer
Kawan-kawanku, abang dan family. Kawen nanti baru amik yang profesional photographer. 

Overall, majlis berjalan seperti yang dirancang. A big Thanks to my beloved family and friends kerana banyak membantu menjayakan majlis seperti yang aku inginkan! Dan juga buat my lovely sweet fiancé thank you sebab suke layan kite mengomel, membebel dan macam-macam lagi la sejak dua bulan sebelum majlis lagi. Ahaii... baru majlis tunang. Kahwin nanti ucapan aku mesti lagi panjang. Oklah tata... Nanti sambung lagi yea.

p/s: Cida dah tunang... yeay!

 

The Engagement of Shahida & Hadzrin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah majlis pertunangan aku telah selamat berlansung pada hari ahad yang lalu. Ehemm.. macam tak percaya jer dah jadi tunang orang. Hikhik!

Pertemuan pertama adalah pada 4 tahun yang lepas iaitu 30 November 2009, hari pertama aku memulakan latihan industri di syarikat aku bekerja sekarang (tetiba ayat jadi skema ni apesal?! Ish!). Aku practical 6 bulan jer lepas tu terus diserapkan jadi YES trainee lepas tu baru jadi permanent staff. Pejam celik-pejam celik dah 4 tahun aku dok tengok muka dia kat office ni! Haiyaa!! 

Tapi kenapa eh tak pernah suka lansung pada dia. Malah pernah timbul perasaan benci yang teramat pada sidia dulu atas beberapa sebab. Aku taknak tulis sebab apa... malas nak ungkit hal yang lepas kerana yang penting sekarang sayang sangat-sangat kat die. Hihi!

4 years as a colleagues, 6 months as a couple and now he is my fiance. Another 6 months to go before our wedding... yay!




Monday, 4 November 2013

D.I.Y. Project: My Engagement Veil and Shawl

Assalamualaikum...

Tema majlis pertunangan aku adalah Mint + Pink. Baju tunang memang aku pakai baju raya yang aku tak sempat nak pakai jer. Beli online jer dari ThePoplook 'emel by Melinda Looi' sebelum puasa hari tu. Baju tu sangat simple tapi sweet dan untuk melengkapkan gaya gadis yang bertunang mesti la ada shawl dan veilnye kan. Aku cari kain dan jahit sendiri jer.

Sebelum beli kain aku banyak google baca blog-blog orang yang selalu buat DIY sendiri shawl dan veil diorang. Waaaa.. menarik giler lah! Tambah semangat aku nak buat sendiri. Siap salin nama kedai-kedai yang diorang beli dan dikatakan murah tu. 

Then pada satu petang Jumaat tu aku pun mulalah mencari dan meronda satu Jalan TAR seorang diri. Aku siap bawak kain perca dari kain baju tunang aku (aku alter sendiri kain baju tu sebab labuh sangat. Kerat jer bahagian atas lepas tu jahit balik getah). Dari satu kedai ke satu kedai. Butik tu lah butik ni lah.. Hmmm.. sedihnya.. susah sangat nak cari warna mint yang betul-betul sama dengan baju. Aku kalau boleh nak elakkan Jakel sebab faham-faham ajelah harga dia camna kan... last-last dah tak tahan tak jumpa-jumpa kain yang aku nak aku gagah jugakla ke Jakel tu. Dari ground floor ke tingkat 1 takde jugak disuruhnye aku ke tingkat 3 takde jugak last-last ade sorang brader handsome muka arab-arab celup tapi pandai cakap melayu bawak aku ke tingkat 4. Die siap carikan kat stor warna yang aku nak tu. Hmmm.. jumpa la jugak walaupun sipi-sipi nak sama. Chiffon georgette Bidang 60' satu meter RM18.90. Keh keh... aku nak beli 1.5 meter jer. Hmmm... beli kain yang mahal jugak sebab warna yang aku pilih susah nak cari.

Okey. First aku potong kain untuk veil bentuk berbentuk D macam dibawah ni.

::ini veil::
Lepas tu aku potong kain berbentuk halfmoon untuk shawl pulak. Aku ambik shawl halfmoon yang aku ada untuk jadikan ukuran. Senang jer. Kain chiffon 1.5 meter bidang 60' memang cukup-cukup jer untuk buat shawl dan veil dua helai ni. Kalau kain tu bidang 45' jer aku rasa kene beli 2 meter.
::ini halfmoon shawl::
Lepas tu pergi la jahit tepi shawl dan veil ni.

Then, aku cari kain lace putih dengan bunga timbul putih tapi malangnya tak jumpe yang berkenan so terpaksa la beli border lace putih untuk ditampal atas veil. Aku cuma nak ambil bunganya saja. 

So potong-potong bunga dan jahit la atas veil. Lepas tu tambahkan manik-manik sikit.

::kain yg dah dijahit tepi, border lace, manik::

::Susun-susun dulu nak cari idea dan nak amik mood::

::hampir siap::
::tambah manik-manik sikit::
 
::Close up::

So macam ni lah rupa veil aku...
::Test dulu::

Lepas tu kat halfmoon shawl aku just jahitkan manik sikit kat tepi-tepi dia dan kat bahagian kepala. 

::Manik-manik pada shawl halfmoon saye::
Tadaaa...


The Damage!
Kain Chiffon Georgette Mint colour 1.5m (Jakel)     RM28.35
Border lace 2.5m (Kedai Bunga Tomei Jln Tar)        RM45.55
Manik-manik Kedai Bunga Reben                            RM 5.00
Upah jahit tepi                                                    RM15.00
TOTAL                                                               RM93.90

So total kos shawl dan veil tunang aku cuma RM93.90. Boleh tahan kan?! Kalo beli yang dah siap mau cecah ratus-ratus. Baik buat sendiri. Sekarang aku dah pening fikir stail baju nikah, sanding dan bertandang... Peningnya la hai nak kawen!


 

E-day Preparation List :))

*This is a sticky post. Sila scroll untuk entry terbaru. :)*

---MERISIK DAY---
1. Tarikh : 12 October 2013
2. Cincin merisik : Dah beli sekali dengan cincin tunang. TOMEI TOMEI :)
3. Makan-makan for both family only. Berkenalan sesama ahli keluarga. 

---THE ENGAGEMENT---

EVENT DETAILS
1. Date : 3 November 2013
2. Venue : My home sweet home, Changkat Jering, Taiping
3. Time : 12 Noon
4. Guest Count : 100
5. Guest List : Family members, jiran terdekat, bff
6. Color Theme : Mint & Pink

1 - 2 BULAN SEBELUM
1. Beli Cincin Tunang : Done! Yeay! loving it! TOMEI sgt ngeeeeee...
2. Beli Barang Hantaran  
From her to him
    - Sirih junjung
    - Sampin dan brooch songkok :RM500 kt Jakel.. pergh.. mahal eh sampin.
    - Kain baju melayu for majlis nikah
    - Sejadah
    - Cupcake dah order. :))
    - Famous Amos
    - Buah-buahan 
From him to her
    - Tepak sirih & bekas cincin
    - Telekung
    - Kain baju kurung
    - Choc
    - Cake
3. Tempah Mini Pelamin : Dah tempah! :))
4. Book Make Up Artist : Dah book Sazlees Bridal, Changkat Jering, Taiping
5. Invitations : Family members my mum jemputkan. Friends jemput sendiri.
6. Baju Tunang : Beli online jer Emel by Melinda Looi - baju raya tak jadi so pakai tunang saja. Jimat dah kat situ.
7. Shawl dan Veil : Jahit sendiri. Cari kain dan barang-barang semua kat Jalan TAR jer.
8. Hantaran
    - Pihak perempuan : My Sis in law buatkan. Theme Pink
    - Pihak lelaki : Theme Mint
9. Tempah Katering : My mum dah tempah. 120pax x RM5.50 + 2 org assistant RM60 (mak sponsor sikit)
10. Tempah Khemah + kerusi + meja : Dah book kat my friend Din.
11. Book Photographer : Abang dan kawan-kawan aku. Jimat!

2 MINGGU SEBELUM
1. Facial : Malas nak buat. Busy.. scrub jer kat rumah.
2. Beli Barang-barang Goodies
    - Tasbih: Order kat Iris Raudhah Collection. Dah dapat dah!!
    - Maruku : Kakak tempahkan 10 bungkus.
    - Kuih Bahulu : Mak tempahkan. Dah bagi duit.
    - Paper bag & TQ tag: Dah tempah. Deposit RM50.
3. Cari wakil sebelah pihak perempuan / pembaca doa : Jiran
4. Tempah cupcake hantaran : Dah bayar deposit. Balance bayar time nak ambil nanti.

2 - 3 HARI SEBELUM
1. Beli Contact Lens : Grey!
2. Kemas / Hias rumah
3. Manicure Pedicure : Memang tak sempat! Cuma elakkan makan masak lemak sebab nanti kuku jadi kuning! ahahahhaha

Almost done. Esok dah nak balik kampung. Weeeeeee!

**update on 31 October 2013**

P/S: Credit to blog Alya Syaqiera. :)

 

Friday, 1 November 2013

Seoul, South Korea Day 2 : Hongdae - Hongdae Free Market, Hello Kitty Cafe & Trick Eye Museum

Assalamualaikum...

Hai jom kita sambung cerita Seoul. Haa.. sebelum tu nak bagitau yang kat Seoul ni banyak betul tangga. Eskalator dan lif kadang-kadang jer ada. Selalunya tangga aje lah yang ade. Dan hampir kesemua orang Korea menggunakan tangga. Nak tahu sapa yang guna eskelator dan lif tu?? Orang-orang tua yang uzur jer maka kami pelancong dari Malaysia yang sebenarnya sangat tak suka guna tangga pun berasa malu lalu paksa diri guna tangga jugak.. wakakakka!

Day 2 : Saturday, 18/05/2013 (Hongdae - Free Market, Hello Kitty Cafe & Trick Eye Museum)
Hari kedua kami bercadang nak pergi ke area Hongdae. Hongdae terletak di daerah Mapo-gu berdekatan dengan Hongik University dan dikenali ramai sebagai sebuah tempat yang mengumpulkan peminat-peminat seni seperti urban street arts, band-band music indie korea dan gerai-gerai menjual hasil kraftangan. 

Tujuan utama kitorang nak pergi ke Hongdae Free Market yang dibuka setiap hari Sabtu dari pukul 1.00 petang sampai 6.00 petang. Lepas tu kengkononnye nak ke bangunan YG Entertainment yang menempatkan artis-artis kpop contohnye macam Bigbang dengan PSY ( dua ni jer yang aku kenal). 

Aku tak pasti kenapa Hongdae Free Market dinamakan sebagai 'free' market. Tapi barang-barang tak free pun still kene bayar. Hahaha...


::Public phone diorang touch screen hokehh!::
::mencari jalan::

::Ni pintu gerbang Hongik University::
Memandangkan kitorang sampai terlebih awal dan Hongdae Free Market pun tak start lagi, kitorang pergi ke Trick Eye Museum dulu. Trick Eye Museum ni terletak di dalam Santorini Gallery. Agak susah la nak mencarinya sebab Museum ni terletak di dalam bangunan di tingkat bawah tanah. Hambek ko! Tapi jumpa jugak! hehe Seronok bergambar kat dalam tu.




Aku malas nak upload gambar banyak-banyak nanti berat jer. Jom gi lepak kat Hello Kitty Cafe pulak jom!
::Senang jer nak cari Cafe ni. Ko tengok jer bende warna pink bentuk cenggini kat tepi jalan. hahahah::

::Mari masuk dalam::

::Bile order dah siap bende hitam tu bergegar-gegar. Klaka dan jakun aku tengok::

::pic vain mesti ada::

::Tandas pun kiut!!::


::rasa cam tak sanggup nak gigit cake ni.::
Dah rilex-rilex kat Hello Kitty Cafe puas-puas. Kitorang bergerak la ke Hongdae Free Market. Peniaga pun dah mula buka gerai. So aku tutup phone camera dan mulakan shopping. Heeee..



::Sumpah aku tak beli. Sebab tak ada saiz aku!::
Shopping sikit jer kat sini. Lepas balik semula ke Namdaemun sebab tak jumpa tempat makan. Susah betul nak cari tempat makan halal. Alahai! Sebelum sampai ke Guesthouse, sempat lagi menyambar dua tiga barang! Ahaks!

::Tengah beli kasut. mamat korea yang ni gatai gile nak suruh orang cium. apegile!::
Ok lah. Update yang ringkas kali ni sebab aku nak kejar train. Nanti aku update lagi yer.. Bye! assalamualaikum! nak balik kampung jap lagi. Ada misi penting.