Sunday, 29 April 2012

Universal Studios Singapore : Pierre Andre

Salam!

Sambung dari entry USS pertama.

Ok dah kenyang perut kitorang gerak pergi ke Jurassic Park pulak. Main game yang dalam air tu. Kat sini kene pakai poncho sebab memang confirm baju akan basah punye lah! hihi.. seronok..




::ngaaappp::
 Lepas tu tengok Waterworld show pulak kat sini. Best wohh.. 




Banyak jugak game yang kitorang main. Habis satu USS ni pusing dua tiga kali. Penat tapi seronok. Bday boy pun seronok jer! hihihi Bertuah tau dapat gf cam kite! Hahahahah! adoiyaiii (puji diri sendiri la pulak)





 Dannnnnn masa tengah jalan-jalan tu dengan tak disangka-sangka kitorang terserempak dengan Pierre Andre tengah berjalan sorang-sorang. Weeeeee... ambik gambar!!!


::saye minat abam Pierre ahaks ahaks::
Pierre Andre sporting and gentleman taw! Ade makcik potong line aku masa nak amik gambar dengan dia, dia pulak yang say sorry kat aku. Ahaks! After bergambar die pulak yang cakap terima kasih.. aikkk. patutnye aku yang cakap. hihihi.. Tenkiu Pierre! Saya Suka awaklahhh!!! ehhh bf aku kat depan.. lupe pulak!

Cukuplah aku cerite pasal USS yer. Sikit jer gambar tepek kat sini. Tepek banyak-banyak karang orang meluat pulak! hahahah.. Ahaaa... next entry aku cerita pulak jumlah kos yang aku keluarkan untuk trip kali ni.

tata..
 Update (17 July 2013): Atas sebab-sebab tertentu few pics telah aku remove untuk menjaga hati sendiri dan pihak tertentu. :)

Friday, 27 April 2012

Universal Studios Singapore 2012 : Happy Birthday!

Salam!

Last weekends aku ke Universal Studios Singapore lagi. Masa first time pergi dulu dengan kakak satu family so semua urusan tix USS, hotel dan transport semua kakak aku yang uruskan dan aku bayar jer kat dia. Trip kali ni semua aku buat sendiri. So boleh agak-agak la bajet berapa duit yang dah habis.


Aku beli tiket USS tu kat Wisma Genting, Jalan Raja Chulan. Bangunan die betul-betul kat sebelah monorail Jalan Raja Chulan. Senang jer nak cari. Aku beli harga weekends RM175 saja. Boleh dapat diskaun dalam RM5 je la berbanding beli online RM180. Siap dapat tiket original die terus.

Then book Tune Hotel Danga Bay. Aku book lambat so dapat harga mahal. Kalau book awal boleh dapat RM45 aje satu malam. Sehari sebelum bertolak ke JB aku call siap-siap kaunter bas Odyssey tu untuk book tiket bus ke USS pulak. Kene call sebab takut tiket trip yang kite nak habis pulak. Aku pilih trip pukul 7.00 pagi dan bertolak balik semula ke Danga Bay jam 7.30 malam.

Hari yang dinanti.. 21 April 2012..

Bersiap-siap dan turun bawah tengok bas dah tersedia kat tepi hotel tu. Masa bertolak hujan mulai lebat. Ahaa.. diingatkan kalau sesape nak pergi USS lepas ni beli poncho (baju hujan pakai buang RM2.90 kat Guardian/Watson) siap-siap. Sebabnya... kemungkinan hujan kat Singapore dan kalau tak hujan pun ada game dan waterworld show yang pasti akan membuatkan baju anda basah. Huhuhu...


Oleh sebab kitorang bertolak awal so sampai pun awal lah jugak. USS bukak pukul 10 pagi so merayap je la kat area luar USS tu.

Mula-mula kitorang tuju Transformers Ride dulu! hihihihi... masa aku datang dulu bende ni takde lagi. First time naik ni menjerit-jerit kitorang. Best giler... second time naik dah rasa biasa dah tapi tetap best jugak!






Then we all lunch dekat Oasis berhampiran dengan area Eqypt dengan patung firaun besar tu. Kat situ jer ada nasi dan jugak halal. Kat food court area jurassic park non halal.



Kat sini ada set-set nasi Biryani aje. Harga setiap set lebih kurang $12 - $30.

::dimana saya? hihi::


Tak habis round lagi ni. Kita sambung next entry yahh.. ngantuk lah pulak.. ngeeee

Update (17 July 2013): Atas sebab-sebab tertentu few pics telah aku remove untuk menjaga hati sendiri dan pihak tertentu. :)


Thursday, 19 April 2012

Bawaku Pergi...

Salam...

  • Passport aku : Check!
  • Passport en bf : Check!
  • Duit tukar kat Money Changer : Check! $200 pun jadi ahh..
  • Tiket bas ke seberang : Check!
  • Hotel : Check!
  • Tiket ke.. errr.. : Check!
  • Top up TnG nak bayar tol : Check! (drive sendiri ke sempadan derrr... )
  • Duit makan: Check!
Aku nak kawen lari.. sob sob sob... babai...

hak hak hak haktuihhhhh...

Friday, 6 April 2012

Cameron Highland Semakin Panas!

Salam..

Aku masih terkial-kial lagi dengan template blogger yang baru. Lemss betulla... Mata kero nak mencari button mana nak click. Aku nak pegi draft tak jumpa-jumpa pulak button draft. Sakit hati betul! Last-last tak post apa-apa pun! Malas sebab dah sakit ati!

Oh.. baidewei just nak cerita yang baru-baru ni aku join Sports Club office aku bercuti ke Cameron Highland. Lama dah tak pergi Cameron. Aku awal-awal bajet memang tak sejuk dah la tempat ni. Dah naik atas huhhh.. confirm cuaca memang panas. Dah tak sejuk macam dulu. Panas terik wei! Kitorang stay at Brinchang jer and maybe area pekan tu memang panas kot? Tak tahulah...

Well first day kitorang semua sampai 3 jam lewat dari schedule yang ditetapkan. Semua plan dah bertukar. Beberapa tempat tak jadi pergi. Huhhh.. 

Aku tak snap apa-apa pics pun. Just share pic aku yang kawan aku snap. Layan...


1st day cuma sempat pergi ke Ladang Strawberry Kea Farm jer.


2nd day ke MARDI dan ladang teh. 









Aku malas nak menaip cerita kat sana panjang-panjang sebab aku tak puas bercuti kat Cameron. K bai!


p/s: Next week nak pergi Singapore lagi! yeay!