Showing posts with label Selesema. Show all posts
Showing posts with label Selesema. Show all posts

Wednesday, 21 January 2015

Pregnancy Journey : Selesema dan Batuk

Assalamualaikum...


Ehemm... semalam birthday aku yang ke 29 tahun... iye.. dah 29 tahun dah. Tahun ni last berada dalam lingkungan umur 20-an. Hikhik!
Semalam jugak aku terlantar seharian kat rumah kerana tak sihat. Selesema plus sakit kepala dan batuk sikit. Pagi-pagi bersiap macam nak ke office last-last lepas husband parking nak pergi naik komuter, elok je kaki aku melencong ke klinik. Hihi.. dapat la MC sehari. Rasa tak sihat sangat. Allah! Dugaan kecil. Dulu selalu jugak selesema tapi tak seberat yang aku rasa ketika tengah mengandung ni. Kepala jadi berat. Badan pun of course lah berat jugak. Hehe... dalam dok terbaring sebab sakit kepala tu, baby aktif pulak la bergerak gerak kat dalam perut goyang-goyang buntut, tendang tendang... aiyoo.. memang takde mood lah pulak nak layan baby. Cian budak kecik ni. Tepuk tepuk perut sambil cakap " baby, mama cakit ni, duduk diam-diam jap ye... " lepas tu elok jer die diam.

Dari apa yang aku baca dalam blog, ibu ibu hamil tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Tapi aku makan je ubat selsema sebab dah tak tahan sangat cuma paracetamol untuk demam dan sakit kepala jer aku tak makan. Antara cara semulajadi yang aku baca ialah :-

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Air yang banyak boleh mengelakkan dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selsema.
2. Makan makanan seimbang yang ada sayur dan buah. Pilih sayur yang kaya dengan vitamin c.
3. Banyakkan berehat
4. Bersenam
5. Makan madu

Aku sekarang dah mengandung 33 minggu. Lebih kurang 8 bulan dah. Tak lama lagi dah. Last check up Sabtu lepas 17 January, doc kata kepala baby dah engage. Dah ada kt bawah dah. Pandai dia cari pintu nak keluar. Hehehehe... so yang timbul-timbul kt perut aku tu buntut dia la agaknya. Suka betul dia tonggek-tonggek ye! Hihihi aku sekarang kerap betul berulang ke toilet nak buang air. Kadang-kadang rasa ngilu kat ari-ari sebab kepala baby dah menghimpit pundi kencing. Allah... penat tau berulang alik ke toilet. Tapi takpe, kejap je ni. Baby pun macam tak sabar nak jumpa mama ngan abah dia kot.

Barang-barang baby semua dah aku siapkan. Beg ke hospital pun dah siap. Letak semua barang siap-siap kt tepi so nanti bila aku start sakit husband dah tau kat mana nak ambil. Cuma set bersalin, bengkung dan tungku jer tak cari lagi ni. Tukang urut pun aku tak booking lagi. Takpe ada lagi berapa minggu ni.

Next checkup sepatutnya lagi 2 minggu. Bila dah masuk 8 bulan ni checkup akan jadi lebih kerap kerana doc nak monitor baby. Bila bila masa je dari sekarang kita boleh bersalin. Tapi next weekend aku nak balik kampung. Last balik la time tu. So jadinya checkup 8 Feb pulak. Huhu...

Itu saja la cerita minggu ni. Daaa...

Friday, 11 February 2011

Petua Merawat Selesema... haaashummm!!

Haihhh.. hidung ni still lagi tersumbat dari semalam... amat tidak selesa... aku datang office hari ni pun dengan semangat yang kurang. Nasib baikla kerja tak banyak sangat hari ni... tapi kejap lagi taktau la kot tiba-tiba dapat task baru.. uhuukk...

Haihh.. Cida ni kata nak kongsi petua! Ok2! Petua-petua yang aku dapat ni sebenarnye aku godek-godek dari internet jer.. hehehe.. cuma aku buat macam kompilasi la kat sini sebab ada macam-macam petua yang aku jumpa. Ok... sape-sape yang tengah selesema tu jom tengok dan cuba!

Petua Merawat Selesema:
1. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selesema tak melarat adalah banyakkan minum air suam dan kurangkan makanan yang berminyak.

2. Ambil beberapa batang sirih, hancurkan batang sirih tadi sehingga mengeluarkan lendir. Lepas itu sapukan lendir tu kat hidung. Ia bertindak melegakan selesema dan hidung yang tersumbat.

3. Ambil kunyit hidup. Asah kunyit pada belakang pasu. Kemudian sapu hasil asahan pada batang hidung. (haa.. yang ni sesuai untuk bayi ok! Anda bayi ker?)

4. Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa ke bahagian kerongkong dan batang hidung. Ia baik untuk mengatasi batuk dan selsema.

5. Tadah air contohnya macam ambil wuduk, masukkan air tersebut dalam hidung dan biarkan dalam 3 ke 5 saat. Kemudian hembus keluar air tersebut. Ulang sebanyak 3 kali dan dilakukan selepas bangun tidur.

6. Buah limau nipis diperah dalam air teh (tanpa gula atau susu) yang panas atau suam lalu diminum terus.

7. Minum air rebusan daun kaduk.

8. Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. (bawang putih jer?? Err…)

9. Satu sudu makan madu lebah dicampur dengan ¼ sudu teh serbuk kayu manis dan amalkan dua kali sehari sehingga sembuh.

Hurmmm... nak try yang mana satu ek? Kalau yang guna daun sirih dan daun kaduk tu memang tak dapat la kot. Mana nak cari kat KL ni.. huhuhu.. Tesco ada jual ker? tak tau la.. aku jarang pergi.. hukhuk... Ermm.. yang bawang putih tu ok kot... tapi erkk.. nak telan sebijik bawang putih... aku fikir dulu lah... :p

Sumber Petua:

Thursday, 10 February 2011

Flu... I Hate You! Hurmm...

Selesema yang merimaskan...

Hari ni kene selesema. Rasa rimas sangat bila hidung dan mata berair. Ni mesti kes orang bersin dekat aku semalam dalam komuter. Hmm sejak dulu lagi antibodi aku tak berapa kuat. Senang sangat terjangkit dengan orang sekeliling. Tak boleh nak elak. Hari-hari pergi dan balik kerja naik komuter. Terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai.

Kepala dah mula berat ni. Tak sabar-sabar rasa nak balik. Dah rimas sangat-sangat dengan hidung yang berhingus jer dari pagi tadi. Haihhhh... Takde mood dah nak buat kerja... Tengok workstation ni pun dah meluat. Nak balik rumah golek-golek sambil sedut Vicks Inhaler... wuwuwuwuwuwu..

Malam ni sure tak boleh tidur dengan hidung yang tersumbat ni... :( Owh Vick Inhaler... :(