Showing posts with label Anak. Show all posts
Showing posts with label Anak. Show all posts

Saturday, 23 December 2017

Pregnancy Journal II : Prenatal Check Up dan Pakej Bersalin di DEMC, Shah Alam

Assalamualaikum...

Aku dan suami dah hampir setahun pindah ke Telok Panglima Garang. Alhamdulillah rumah sendiri dan tak payah nak menyewa lagi. Oleh yang demikian aku kena lah survey hospital yang berdekatan dengan rumah baru kami ni. Kalau nak ke Al-Islam Specialist Hospital (tempat bersalin anak sulung) memang dah tersangat jauh lah. Karang terbersalin tengah-tengah jalan pulak. Hahaha...

Antara rumah kami dengan Shah Alam memang dah agak dekat la. Tak jauh pun. So aku buat survey hospital-hospital yang ada di Shah Alam dengan bertanyakan kat kawan-kawan yang duduk di sana. Ramai yang suggest DEMC. Husband aku pun berkenan dengan DEMC ni sebab Restoren Me'nate Steak House dengan Nasi Lemak Royale dekat gile sebelah bangunan jer dengan hospital. Hahaha apa yang penting bagi dia dapat makan sedap setiap kali teman aku pergi check up. T_T

Ok la bila dah husband pun suka, aku google pula info pasal pakar-pakar O&G yang ada di hospital tu. Banyak jugak blogger-blogger yang pernah bersalin disitu. Artis pun ramai youuuu! Banyak positive feedback. Masuk jer website DEMC boleh dapat banyak info yang lengkap. Nak set appoinment melalui website pun boleh. Bila aku dah decide nak doctor yang mana aku terus set appoinment. Bagi info sikit, pilih tarikh appoinment yang available dan submit. Mudah jer. Esoknya aku terus dapat call untuk confirmkan appoinment. Terbaiklah... 

Kalau nak tengok pakej bersalin DEMC boleh ke website diorg. Delivery Pakej DEMC.

-chieda

Friday, 22 December 2017

Pregnancy Journal II : Am I Pregnant?

Assalamualaikum...

Aku dan husband memang merancang untuk jarakkan anak sekurang-kurangnya 2 tahun lebih. Aku tak ambil pil perancang pun cuma kami husband & wife kena pandai-pandai la sendiri. Hehe... Masa awal awal dulu lepas habis pantang anak pertama, bulan pertama dan kedua memang aku makan pil. Tapi hasilnya berat naik mendadak. Trus stop ambil and decide merancang sendiri sampaila Helena dah masuk dua tahun lebih dan dah pandai berdikari makan sendiri semua baru terfikir nak bagi dia adik. Husband pula nak tarikh lahir anak-anak dalam bulan yang sama so aku pun mula la start menelek tarikh period dan subur. Hujung bulan May lepas masa bercuti di Korea aku period. Balik jer Malaysia dalam 2 minggu selepas tu kami cuba buat pertama kalinya...

Hasilnya lepas 2 minggu bila tiba tarikh aku sepatutnya period... 

Jeng Jeng Jeng



Result positif... banyak kali aku buat test semua positif. Lepastu beli test clear blue pulak sebab tak yakin sangat..


Alhamdulillah.. memang happy la. aku pun tak sangka sebenarnya rezeki secepat ini. Sebab aku saja-saja gatal tangan buat test pada hari yang sepatutnya period dan tak lewat pun lagi. keluar line terang jugak tu. 

Terus download apps pregnancy kat phone dan kira dari hari last period, due aku jatuh pada 5 March 2018. Maksudnya beza sehari jer dari birthday kakaknya Helena 4 March. Hehehe... tapi aku ni tak semestinya lahir tepat tarikh due. Helena dulu pun lahir 39 weeks. Kira okay lah tu..

Chieda

Thursday, 30 July 2015

Masuk Wad Angkara Bisul

Assalamualaikum...

Minggu pertama Ramadhan yang lepas 4 hari 3 malam berkampung kat wad hospital. Baby takde la sakit teruk cuma kelenjar di ketiak baby naik biji macam bisul. Hampir 3 minggu sebelum tu aku perasan ada biji kat ketiak dia cuma bila dibelek belek takde mata macam bisul. Baby pun rileks jer aktif dan tak menangis sakit lansung. Masa bawak dia pergi jab untuk umur 3 bulan 2 minggu lepas aku dah tunjuk kat PAED (pakar kanak-kanak) tu. Dia belek-belek picit-picit baby tak bagi tindak balas macam sakit pun so dia bagi antibiotik je la dan buat follow up lagi seminggu. Kebetulan seminggu lepas tu aku nak bawa baby datang untuk sunat pula.

Seminggu lepas appoinment 1st tu, kami datang untuk sunatkan baby pulak. Lepas sunat dengan bidan, bawak jumpa PAED untuk follow up kes bisul ni. Doc kata biji ni tak ada perubahan pun saiz still sama so dia suggest kat kitorang buat ultrasound untuk pastikan bukan nanah kat dalam tu. Kalau nanah memang merbahaya kat baby. Takut kuman merebak. So buat appoinment pulak hari Isnin untuk buat ultrasound.

On Monday datang la lagi buat ultrasound (banyak kali datang hospital naik cemuih aku.. hahaha). Hasilnya, dalam biji tu nampak kosong jer. Bulat jer kosong. Doc bagi kesimpulan mungkin ada air jer kat dalam tu. Tak merbahayakan baby dan dia akan hilang slow-slow but if biji tu membesar datang terus jumpa Paed. Ok lega la sikit rasa. Aku bajet tak payah dah la datang lagi ke hospital. Phew, tengok bil ultrasound saja dah RM200++ .  Result dia tak ada apa-apa.


Hari Rabu, lepas ambil baby dari rumah pengasuh aku perasan kat ketiak baju dia kuning-kuning. Takkan muntah susu sampai kuning macam tu. Balik rumah terus aku tukarkan baju dia dan belek-belek ketiak. Hmm.. biji tu dah pecah dan keluar nanah. Warna pun dah bertukar merah macam dah kena jangkitan. So kami decide esoknya amik emergency leave halfday bawak baby pergi hospital. Baby pun macam merengek sikit malam tu. Sakit agaknya.

Esoknya hari Khamis pergi hospital balik. Aku bajet kejap je la datang untuk check, amik ubat dan balik. Kami datang melenggang je bawak susu dah bancuh siap sebotol je letak dalam handbeg. Diapers, baju spare, susu fm yang selalu aku usung dalam beg baby tu sengaja tinggal. Hahaha! Lepas Paed check ketiak baby, memang baby kene admitted lah sebab nanah dah keluar. Nak kene buat minor operation untuk cuci nanah tu. Sementara nak tunggu nak masuk wad tu aku macam dah nak melompat dah. Baby pulak berak! dalam hati dok doa jangan la dia lapar mintak susu pulak. Susu spare tadi dah abis dah dia minum dalam kete ondaway datang hospital. Aku pulak gatai pergi pakai dress labuh sebab nak cepat pagi tadi main capai je baju yang tak payah iron. Camano nak bagi nenen. Hahaha.

Lepas masuk wad dan katil terus suh laki balik amik baju and susu baby. Baju dan barang-barang keperluan aku pasrah je la laki amik yang mana. Siap bagi list suh dia amik itu ini takut tertinggal. Rumah kitorang dengan Al Islam Specialist ni boleh tahan gak jauhnye.

Sementara nak tunggu abahnye datang bawak barang keperluan, mintak kat nurse dulu pampers satu sebab baby dah berak. Huhu.. lepas tu letak-lepak atas katil jer berdua. Sempat la dua kali baby menjerit mintak susu. So apalagi, tarik tirai rapat-rapat. Naik atas katil selak kain tutup kaki ngan selimut sumbat nenen. Petang sikit abahnye datang bawak macam-macam beg. Malas nak komen banyak pasrah je la apa yang laki bawak. Pakai je la. Hahahahahaah!


Baby dijadualkan masuk wad bedah kul 10 pagi hari Jumaat. So start jam 4 pagi dah kene puasa. Hmmm baby pun kene puasa. Cian dia... pukul 3.50 pagi aku terjaga so buat susu cepat-cepat dan paksa baby minum kenyang-kenyang. Mata pejam mulut nyonyot susu sampai habis sebotol. Then diorang hantar makanan sahur kat aku.

Jam 7.15 pagi baby dah sedar dari tidur. Agaknya sebab rasa kenyang lagi dia diam jer... Bangun tidur terus senyum-senyum kat aku. Hehe.. nak masuk je jam 7.30 pagi dia dah mula ehek ehek mintak susu.. Alamak!! Anak aku ni kalau lapar dia meraung kuat hooooo... dan yes lepas tu dia start meraung kau! dekat 3 jam aku pujuk dia tak jalan.. jenuh peluk, dukung, tepuk tepuk sampai rasa cam nak meraung sekali. Kesian dengan baby. Kecik-kecik dah kena puasa pulak. Sampai dia cakar muka sendiri sebab lapar sangat. sob sob sob..


Jam 10.30 pagi baru nurse panggil nak bawa ke operation room. Kejap jer pun dalam setengah jam dah siap. Jam 11.15 nurse pnaggil suh amik anak. Dari jauh dah dengar dia meraung. Aikk.. ingat dia tidur lagi sebab kene bius. Dah sedar dah budak ni. Nangis sebab lapar. Aiyooo...

Naik jer ke wad aku terus buat susu penuh satu botol. Selalu bagi 4oz kali ni aku buat 6oz. Tak sempat dah nak selak-selak baju. Tak tahan tengok dia nangis bagi botol lagi cepat. Terus dia minum laju-laju. Alahai anakku! Sambil nangis sambil minum. Habis satu botol tu! Lepas tu diam jap then nangis balik. Trauma kot kene puasa tambah-tambah pulak sakit kat ketiak. Cian dia. Then tepuk-tepuk terus tidur.


Hari Sabtu lepak-lepak je kat wad tak buat apa-apa. Tak dapat balik lagi sebab doc nak bagi nanah tu betul-betul kering. Petang tu baby duduk dengan abah dia kat wad, aku turun ke bazar Ramadhan kat seberang jalan. Meriah sungguh bazar kat Kampung Baru ni. Macam-macam ada. Seronoknya!

Hari ahad petang lepas doc check baru lah dapat balik.


Seronok tido kat hospital. Hahahaahaha! 
Terima kasih Doc & Nurse di Hospital Pakar Al-Islam Kpg Baru atas layanan yang mesra dan baik kami berdua.

-chieda

Wednesday, 3 June 2015

Helena dan Baby Cotnya

Assalamualaikum...

Sejak dari 1st day Helena lahir aku dah ajar dia tidur asing. Aku berpantang dekat rumah mertua sebulan. Di rumah mertua aku beli playpen dari Lazada RM 150 je. Lepas tu tempah set tilam kekabu dari ig baby_umyra_pillow RM450 satu set ada tilam kekabu, bantal 4 segi 2, bantal karipap 1, bantal peluk 2, comforter dan nursing pillow. Tempah 3 bulan sebelum deliver baby.

:: inilah set tilam yang aku tempah kat ig baby_umyra_pillow ::
Tapi last-last nursing pillow tu tak pakai pun. Tilam pun jarang pakai so tinggal kat rumah mertua sampai hari ni. Bila balik sana je baru pakai. Rugi la jugak.. hewhewhew


:: anak aku tido x suka bantal::

Dirumah kitorang lak, aku beli baby cot dari Ikea dengan harga RM299 sekali mattress RM100. Boleh tahan la harga dia. Then aku beli bumper set tu takut dia terhantuk ke kayu cot tu. Bumper set beli kat Aeon Mid Valley harga RM70 lebih kurang. Kat rumah aku pulak banyak nyamuk so beli la kelambu tu. Order online jer kat website ape tah.. lupe.. sorry. Lebih kurang RM150 sekali ngan besi stand tu.

Punye la banyak bantal aku beli kat dia. Ada lebih kurang 5 bijik bantal. Bila letak je dia merengek marah suh buang. Bila biar je baring takde bantal elok jer lena. Adoyai anak... hahaha!

Tiap-tiap malam lepas susu aku tidurkan dia dalam baby cot ni. Dah lena, tutup kelambu tutup lampu. Laki kat luar tengok TV. Aku tidur dulu. Pagi esoknya tetibe bunyi suara baby jerit-jerit kat sebelah telinga mintak susu (Ahahaa.. anak aku jenis kurang sabar. Asal bangun tido jer takde merengek terus jerit jer kalo lapar). Magic! Tetiba je dah ade sebelah kat atas katil tido sekali kitorang. Hmmm... Abah dia ler ni. Abah masuk tido angkat dia join sekali kitorang tido atas katil.. hahahaha

Anak baru sorang boleh la... k bai!

Thursday, 28 May 2015

Life lepas ada anak...

Assalamualaikum...

Hai lama tak update lepas ada baby ni. Memang kalut sikit hidup aku sekarang. Hihihi... nak buat apa pun kadang kadang semua tak sempat. Kekadang skip makan, skip mandi.. kekekeke.. Dah hampir 3 minggu lebih aku dah start kerja. Yela swasta cuti 2 bulan je. Sedihnya anak aku 2 bulan dah kena hantar ke pengasuh. Nak buat macamana. Mama dan abah kena kerja cari duit.

Bercakap mengenai pengasuh. Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik dan jaga baby elok elok. Jiran tingkat bawah rumah kitorang je. Upah untuk baby sebulan RM300. Kira murah lah tu kan. Pagi-pagi pukul 8 dah hantar dia. Aku tukar diaper dan susukan siap-siap sampai kenyang. Hantar dia tak mandi huhu.. bushuk masham. Petang bila balik kerja dah wangi dah. Mandi bersih siap pakai baju tidur dah. Mood pun baik. Kadang-kadang time ambik dia tidur tapi kebelakangan ni dah jarang tidur. Asyik nak bersembang dah kata pengasuh dia. Hehe.. mood dia pun baik je asyik senyum je.

Anak aku Helena Aishah memang rupanya copy paste muka abahnya. Sebijik! Kulit pun ikut abah... tak cerah sangat macam aku pastu kulit sensitif dan kuat berpeluh macam husband aku. Hahaha! Rambut pulak lepas cukur masa usia dia 2 minggu sampai sekarang tak lebat lebat. Ibu mertua ada cerita yang husband aku masa baby memang rambut takdak. Memang anak abah la ni kan. Masa first time pergi rumah pengasuh, husband tak ikut. Dia boleh tanya " ni muka ikut abah dia ye?" Haaaa.. nampak sangat takdak lansung ikut muka aku. Hahahaha!

:: belanja sikit gambar Helena ::

Masa aku preggy perut aku memang besar so before aku scan jantina aku bajet baby boy tapi lepas scan doc kata girl. Yeayyy!! Petang tu jugak terus gi shopping baju babygirl pinky pinky!

Seronok weh ada anak. Rasa macam dah lengkap hidup walaupun tak cukup tidur. Tak sempat makan. Tak sempat mandi. Tengah-tengah berak baby nangis nak susu. Tambah tambah bila suami tak balik lagi semua aku kene handle sorang-sorang. Lepas balik kerja kene tidurkan dia dulu baru dapat pergi masak dinner. Kalo tak dia menjerit panggil. Hahahaha!

Ok lah bye!



Tuesday, 17 March 2015

Pengalaman Bersalinkan Baby Sulung

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri sulung aku pada 4 March 2015 yang lepas pada jam 10.52 mlm di Al-islam Specialist Hospital Kampung Baru, KL. Baby seberat 3.59kg selamat dilahirkan secara normal.. fuhhh!

Aku tak ada turun sebarang tanda nak bersalin pun contohnya macam keluar darah, air ketuban or contraction tu. Cuma rasa nak terberak je sejak dua tiga hari sebelum tu. Rasa nak berak tapi bila pergi ke toilet duduk berjam-jam tak keluar apa-apa pun. Pada hari Selasa, 3 March aku still pergi ke office lagi tapi dalam hati dah terdetik dah mungkin ni last day kerja. Ada kakak kat office pun dah tegur 'ko ni macam dah tunggu masa je ni anytime baby nak keluar dah ni'... huhuhuhu

Pada pagi 4 March tu aku ada appoinment untuk 39 weeks check up. Masa appoinment tu doc seluk untuk tengok bukaan. Rupa-rupanya dah terbuka 3 ke 4cm dah so terus kene tahan di wad bersalin. Huhu.. nasib baiklah barang-barang semua dah ready dalam kereta.

Aku start masuk wad bersalin lebih kurang jam 11 pagi. Nurse pasang CTG untuk monitor jantung baby dan contraction. Dua tiga kali nurse dan doc datang untuk check bukaan. Aku dan husband berkampung lah kejap kat wad bersalin tu sementara nak masuk labour room. Lepas jer berbaring kat katil wad aku dah mula start rasa contraction dia. Makin lama makin kuat. Dalam jam 5 petang nurse datang masukkan ubat berak. Fuuu.. tak sampai seminit aku dah gelabah turun katil cari toilet. Elok pulak la toilet kat wad tu orang tengah guna. Ciss! Keluar dari wad cari toilet lain. Lega.....

Selesai jer membuang, aku disuruh terus masuk ke labour room. Fuhh... macam tak percaya jer aku dah nak bersalin. Dup dap dup dap.. first experience ni. Bilik bersalin ni memang ada satu katil je so aku sorang je la kat dalam tu. Lega sikit sebab aku tak payah nak dengar orang sebelah jerit-jerit sakit. Biar aku sorang je jerit.. hehehe.. takde la stress sangat masa sakit nanti kan! First time aku berbaring di katil bersalin.. fuhuhuhu... rasa semacam je. Dalam hati asik dok cakap "betul ke aku dah nak bersalin ni? Betul ke ni? " Tak lama selepas aku masuk, husband aku pun masuk sekali temankan aku.

Tak lama lepas tu bidan datang check bukaan. Still 4cm tapi sakit contraction semakin kuat dan kerap. Tak lama lepas tu air ketuban aku dipecahkan. Aku dengar macam 'tap' bunyi dia pastu rasa air suam-suam keluar habis basah dah kat bawah tu. Huhuhu... lepastu saluran kencing dimasukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Uwaaa.. tak selesanya! Dah la sakit contraction ni. Then mesin CTG dipasangkan balik untuk monitor baby dan contraction. Aku disuruh mengiring ke kanan dan ke kiri setiap 10 minit. Uih... terseksa rasa dengan perut besar... dengan wayar berselirat... dengan sakit contraction yang semakin berganda-ganda tu nak kena pusing pusing mengiring. Bidan yang monitor aku tu cakap ni untuk mengelakkan baby kat dalam perut tertidur so bacaan kat CTG elok sikit.

Masa aku di wad bersalin sebelum tu ada nurse datang offer aku untuk ambil epidural. Katanya selalu pesakit bersalin sulung diorang akan tawarkan epidural sebab takut si ibu tak tahan. Aku sebelum tu dah berbincang dengan husband aku tak nak ambil epidural sebab nak rasa 'nikmat' sakit bersalin tu. Hahahah! Lagi satu aku ada terbaca effect akibat epidural tu menyebabkan ibu mengalami sakit kepala berpanjangan, sakit belakang dan lain lain lagi lah. Entah betul ke tidak aku tak sure lah kan sebab baca pengalaman orang yang dah pernah ambil. Aku decide ambil ubat tahan sakit yang paling murah jer. Lebih kurang RM30+ tak ingat nama ubat tu apa. Kalau epidural lebih kurang RM800+. Haa harga berganda-ganda berbeza so effectnya pun berbeza lah. Sakitnye ya Allah! Fuhhhhhhhhhhh nikmat!

Aku dan husband menunggu di labour room lebih kurang 5 jam sebelum bukaan betul-betul terbuka sepenuhnya. Sakit contraction masa tu tuhan saja yang tahu. Mujur husband ada temankan aku. Tiap-tiap kali sakit tu datang aku peluk pinggang husband yang mok mok tu. Ehhe... bidan ajar aku cara penafasan masa sakit tu datang. Tarik nafas ikut hidung dan hembus sekaligus guna mulut. Elok masuk jam 10 malam Dr Norlida yang nak sambut baby aku pun masuk dalam labour room dan bersiap nak sambut baby.

Aku ni dah la first time nak bersalin, memang jakun dah tak tahu apa-apa lansung. Nak meneran pun tak reti. Hahahaha! Masa mengandung dulu kelas antenatal tak pernah terfikir pun nak pergi. Bertuah betul! Bidan dan doc dok suruh aku teran macam nak teran berak sembelit. Aiyo.. aku jarang berak sembelit. Boleh lupa camne nak teran berak. Kihkihkih... Kaki aku dua-dua diletakkan di besi tepi katil. Tangan aku pulak menarik semacam tali kt besi tu tiap-tiap nak meneran. Perghhh.. sakit gile. Banyak kali cubaan meneran gagal. Aku dah semacam putus asa sebab tenaga dah banyak guna. Dah semakin lemah. Husband kat sebelah tak putus asa suruh 'teran teran keluarkan anak aku cepat!' Huhuhu...

Hampir nak masuk setengah jam aku meneran tapi tak keluar-keluar juga Doc, bidan,nurse dan husband aku dok pujuk-pujuk bagi semangat untuk teran. Doc suruh husband basahkan muka aku sebab aku dah kepenatan teramat sangat macam dah hilang semangat. Husband aku pergi curah air kat muka aku sampai lencun. Hampeh.. doc suruh renjis jer! Husband dah bising-bising suruh teran cepat! adoiyai! Tak sabar dah nak tengok anak dia keluar. Lepas tu aku pun semangat la balik sebab tak tahan dah sakit. Rasa macam nak keluarkan baby cepat-cepat. Setiap kali contraction datang aku teran kuat-kuat. Lepas beberapa kali cubaan, keluar la kepala baby... menjerit semua orang termasuk husband aku. Meriah betul labour room malam tu! Push push teran lagi! Teran lagi! Husband aku dah macam bagi sorakan kat pasukan bola pulak dah! Aku teran lagi sekali sekuat tenaga, then rasa macam meluncur jer baby keluar... Alhamdulillah lega rasa semua kesakitan hilang. Baby aku diambil untuk dibersihkan di luar labour room, husband aku pun hilang sekali pergi tengok baby dia. Hahaha! Kemudian dengar bunyi tangisan kuat. Happynya rasa hati. Sementara aku di dalam labour room lagi doc keluarkan uri dan menjahit luka perineum. Aku tak tahulah berapa jarum kena sebab masa tu dah letih sangat-sangat. Jadi khayal jer.

Lebih kurang pukul 12.45 malam aku disorong masuk ke wad bersalin. Kemudian husband aku mintakkan nurse hantar baby. Barulah aku dapat tatap buat pertama kali wajah puteri aku ni. Hihi... geram betul tengok baby sendiri. Aku pun tak expect baby aku 3.59kg. Semangat betul baby aku. Alhamdulillah syukur...