Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Kentut Berapi...

Hyep! Beberapa hari ni aku agak sibuk. Banyak kerja perlu disettle, banyak majlis perlu dihadiri. Hujung bulan ni pulak banyak kenduri kahwin kawan-kawan. Ada yang nampaknya tak dapat aku hadiri sebab jadual dah pun penuh dengan aktiviti lain. Sekarang ni pulak musim panas melanda KL. Tekak aku dah mula rasa sakit macam nak kene selesema pulak. Hari-hari pergi kerja balik kerja bersesak dengan orang ramai dah tentulah ada yang batuk-batuk ada yang bersin. Haihhh! Aku hangin betul kalau ada orang yang bersin dekat aku. Kalau dah tau tak sihat boleh tak pergi pakai mask tu. Bukan mahal pun beli jer kat Watson ker Guardian ker. Murah jer tak sampai RM2.00 pun ade la. Okla dah lari tajuk pulak. Hari ni doktor Cida nak cerita tentang kentut. Hari-hari kita kentut dan kita tak tahu macamana proses kentut berlaku kan. Nak tau ker taknak? Nakk? Sila bace! Aku share artikel ni kat sini.

::Kentut berapi... Perghhh!!::


Kerap Kentut


Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan 'dilepaskan' dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu 'disimpan' dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Definisi Kentut

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika 'terlepaskannya' di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.


Komponen

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah 5 gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon

Penghasilan Gas

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Sumber Gas

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada 2 sumber :

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus

Komposisi

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.

Makanan Berangin

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi 'berangin' kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

Info : Makanan Penyebab Kentut

* Kacang
* Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus
* Buah-buahan seperti pear, epal dan pic
* Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
* Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin

Sumber : oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian


Monday, 11 April 2011

Ujian Pap Smear

Salam kepagian Isnin semue.. hihihi...

Last week agak busy dengan kerja. Tak sempat lansung nak berjalan-jalan ke blog orang. Ehh... tak! ada jugak la curi-curi masa baca belog orang. Lagi pun last week mood tak berapa baik. PMS kot [(-_-") ehhe.. tak perlu kot cerita kat sini?]. Tapi aku tetap benda nak kongsi ni. 

Last week ada la dalam dua tiga hari tu aku diserang sakit bahagian ari-ari. Pedihnya menyucuk-nyucuk. Macam ada jarum jer kat dalam rahim dok cucuk-cucuk (T_T) Pastu aku tak boleh nak bangun. Boleh baring mengiring jer. Sakitnya datang lebih kurang beberapa jam jer pastu hilang. Pastu selang sehari kene balik. Lepas tu tak sakit dah sampai sekarang. Tapi aku selalu jugak la kena sakit ari-ari menyucuk-nyucuk macam ni. Period bulan ni pun dah lewat seminggu lebih. Selalunya normal on time jer. Aku risau dah ni. Aku belom kawen dan tak mengamalkan gaya hidup bebas. Wuwuwuwu... 

Risau la. Takut sakit apa-apa. Nak tanya kat orang, aku tak tau nak rujuk pada siapa. My bf dah suruh pegi check doktor takut jadi sakit apa-apa. Aiyooo... aku ni takut nak gi jumpa doktor. Mula la fikir bukan-bukan. Taknak la sebut penyakit berbahaya yang serang orang perempuan tu... Apa tah nama dia Kanser Servik  ker Kanser Rahim ? Ehh dah tersebut! Kalau demam pun aku telan panadol jer. Tu pun panadol tu aku tenung dulu lebih kurang setengah jam sambil fikir nak makan ker taknak. Heee... Penakut makan ubat.

So aku gugel jer kat internet. Hmm.. patut ker aku jumpe gynecologist buat pemeriksaan? Aku jumpa satu info ni pasal Ujian Pap Smear. Tapi perlu ker aku buat? Mai kita tengok sat...

 

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun (Oh tak!)
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang. (Oii.. lagi la tidak!)
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks. (Uik.. lom kawen lagi.)
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser). (Nak berjangkit dari mana? Takde la kan.)
  5. Perokok (Lagi la tidak)
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (Lansung tak pernah buat)

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.


(o_o") Ohhh... Ujian Pap Smear untuk orang yang dah kawen dah pernah melakukan seks ajer ek? So aku ni tak payah la kan :p Tapi aku masih risau sebab selalu kene sakit macam ni.  Perlukan bantuan tapi tak tau nak rujuk pada siapa. Ohh... nak kawen! nak baby! (-_-") Parah budak Cida nih...

Sumber info :  Ujian Pap Smear