Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Friday, 25 November 2016

Jalan-jalan ke Sabah

Assalamualaikum...

Kali ni kali kedua aku ke Sabah. Dulu datang sorang-sorang jer nak release tension membawa hati yang tengah duka. Sekarang datang dengan suami dan anak. Hehe... Hati aku memang terpikat sungguh dengan Sabah. Tambah-tambah dekat Kundasang. Sejuknyaaaaa... udara nyaman tak tercemar lagi. Best!

First day bertolak dari rumah jam 9 pagi. Flight bertolak dari klia2 jam 11.05 pagi dan sampai ke Airport Kota Kinabalu tepat jam 1.40 ptg. Sesampai jer di airport terus pickup kereta sewa yang kami dah siap-siap booking dari semenanjung lagi. Ownernya Encik Faizul dah menunggu kedatangan kami sekeluarga. Untuk family kecik macam kami ambik kereta Viva manual jer pun cukup. Dari panjat bukit-bukit di Kundasang sampai la membawak ke penghujung Tip of Borneo pun lepas beb!

:: Bertolak dari Bandar Tasik Selatan ke klia 2 naik erl jer::

Kami terus check-in ke Tune Hotel 1Borneo. Biasalah percutian bajet. Hihi... Tune Hotel 1Borneo ni betul-betul kat shopping mall 1Borneo tu. Turun hotel jer terus jalan-jalan cari makan dalam mall. Malamnye jalan-jalan kat dalam mall tu jer cuci mata.

Hari Kedua, pagi-pagi lagi kami bertolak ke Kundasang. Sambil-sambil singgah tempat-tempat tumpuan pelancong di sepanjang perjalanan.

Rumah Terbalik di Tamparuli. Dapat ambik gambar-gambar kat luar rumah jer. Kat dalam tak dibenarkan.




Kemudian terus ke Poring Hot Spring di Ranau. Sewa bilik private berendamlah kami 3 beranak satu family. Sejam RM15 jer.

Dan kemudian semestinya singgah ke Desa Dairy Cattle Farm. Tengok lembu dan beli susu fresh!


::Tidur... taknak tengok lembu::


Malamnya pulak kami menginap di Homestay Kiram's Village, Kpg Mesilao. Dalam 15 minit jer dari Desa Dairy Cattle Farm.





Masa packing baju sebelum datang ke Sabah, suami aku cam pelik lak kenapa aku suruh bawah sekali sweater tebal... hahaha dia tak tau.. kat Kundasang malam-malam fuhhh sejukkkkk!! syok tau! Suhu malam tu mencecah 15 darjah celcius tau! Kaki Gunung Kinabalu lah katekan. Malam tu kami dinner di cafe Kiram's Village. Order Mee Goreng Basah Special. Sedapnyaaa!! Teringat-ingat tambah pulak hot chocolate dia.



Hari Ketiga, pagi-pagi lagi kami dah bangun lepak dekat kerusi depan bilik tengok matahari terbit. Cantiknya...

Lepas breakfast dan check out, suami ajak pergi ke Desa Cattle Farm lagi sekali sebab nak beli susu lagi. Hantu susu betul!

Then kitorang ke Fish Spa Kampung Luanti. Besar-besar ikan die dok cagut kaki orang. Haha geli geli.


Sempat jugak la lepastu singgah kat Sabah Tea Garden beli Teh nak bawak balik. Sebelah jer ngan Kampung Luanti Fish Spa ni.

Kemudian terus bergerak balik ke bandar KK. Sampai hotel salin-salin baju dan terus ke Jetty Jesselton untuk ke Pulau Manukan. Mandi laut pulak kite! Sewa satu bot terus dan mandi manda sampai jam 6 ptg. Hahaha.. Orang lain semua dah balik dah tinggal kitorang jer tak reti-reti nak balik.

::Tidur lagi..::




Malamnya pulak terus dinner di Pasar Malam Philipphine dan shopping ole-ole macam ikan masin, ikan bilis, mutiara dan macam-macam lagi.


::Dapnyaaaaa!!!::

Hari Keempat, kami keluar agak awal untuk ke Tip of Borneo iaitu tempat paling hujung sekali di Sabah. Kalau dalam peta boleh tengok kat atas sekali ada rupa tanduk. Haa kat situlah!

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam dari KK menuju ke Tanjung Simpang Mengayau. Sepanjang perjalanan ke sana agak membosankan kerana tepi-tepi jalan semua hutan dan kampung-kampung orang. Sangat berbeza dengan perjalanan ke Kundasang kelmarin. Pemandangan ke Kundasang memang best dan cantik dengan bukit bukau dan gunung kinabalu berbanding perjalanan ke Tip of Borneo yang nampak rata dengan cuaca yang agak panas.

Tapi... Bila sampai jer ke tempat yang dituju... Fuhh cantiknya... Memang cantik! Kami habiskan masa disitu mengambil gambar dan lepak-lepak hingga hilang penat. Kemudian teruskan perjalanan melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kudat.

::Panas weiii!::

::Suami sempat turun dan pergi sampai kehujung sana::

::Kami tengok dari atas jer::

::Helena was here!::

Singgah di Honey Bee farm, Kampung Gombizau. Beli madu.





Last sekali singgah di kampung pembuatan gong, Kampung Sumangkap. Setiap rumah ada bengkel buat gong masing-masing.






Kemudian kami bertolak pulang ke bandar KK. Rehat-rehat jap kat bilik dan keluar dinner steambot dengan kawan aku Nurul & husband. Esoknya bertolak pulang kembali ke KL. Sekian sahaja percutian simple kami. hehehe

-Chieda-





Tuesday, 23 July 2013

Sabah... Negeri Di Bawah Bayu

Assalamualaikum

Wow.. lama giler tak hapdet! Maaf lah busy! Tak busy pun aku buat-buat busy. Banyak hal yang berlaku yang menyentuh sensitiviti dan perasaan diri sendiri. Heheh.. nanti kita cerita lain lah yew..  Sekarang aku nak hapdet entri kepam dari bulan February yang lepas. Fuuuuuu... sekarang dah July kot! Sori sori sori.. jiwa tak tenteram beberapa bulan ni. Sekarang aku dah tak gila lagi.. ehek! Bila dah happy baru boleh update entry.

Pemergian aku ke Sabah seorang diri pada 21 Februari yang lepas adalah disebabkan masalah jiwa yang tidak dapat ditahan-tahan (kikiki). Lepas balik dari Singapore still rasa tak tenang then contact member aku kat Kota Kinabalu bli tiket dan terus fly ke sana. Lagi pun memang dah rindu nak jumpa kawan aku si Nurul ni. 

Holiday kali ni pun bajet ciput jer. Aku cuma keluarkan duit tambang flight dan duit shopping masa kat sana. Penginapan 4 hari 3 malam adalah free sebab menumpang rumah family Nurul kat Tuaran. 


Khamis, 21 Februari 2013, Flight aku pukul 3 petang. First time aku naik ERL ke LCCT sorang-sorang. Hehe... pukul 12.30 tengahari aku dah gerak dah dari rumah. Sampai-sampai je LCCT, check in dan fly ke KK. Seronok pulak rasa travel sorang-sorang ni. Sampai di KK lebih kurang pukul 5.40 ptg. Nurul dah terpacak tunggu kat arrival hall. Hehhehe... 1st night cuma rehat jer kat rumah Nurul tak pergi mana-mana lagi.

Jumaat, 22 Februari 2013, Nurul bawak aku bersnorkelling. Memandangkan Nurul memang orang Sabah so aku ikut jer. Die la driver a.k.a pemandu pelancong a.k.a peneman sepanjang aku kat sana. Hehe!

Naik bot ke pulau-pulau sekitar Sabah kt Jesselton Point ni la. Kitorang pergi satu pulau jer iaitu Pulau Sapi. Tak sempat nak pergi pulau-pulau lain sebab lepas mandi laut nak bershopping pulak! Sebelum tu beli dulu tiket ferinyer (bot kecik jer la.. dipanggilnye feri). Anggaran harga tiket seorang dalam RM30 lebih kurang (aku dah tak ingat the exact amount. Fee ke setiap pulau lain lain harga rasanya) termasuk cukai dan entrance fee. Selain Pulau Sapi, pelancong boleh jugak pergi ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Suluq dari Jesselton Point tu. Ferry ke Labuan pun ada jugak.



::Me and my friend Nurul::



::Cantik giler pantai kat Sabah. Rasa nak pergi lagi!!::

Lepas dah balik dari snorkelling ape lagi.... shopping la!!!


::Pls ignore my fat tummy.. sobs sobs! gemok::

::ini sebahagian dari hasil tangkapan untuk mak, kakak dan sedare mare::
Ok malamnya pulak kami ke Pasar Philippine. Makan seafood!! yes yes yes! sangat sangat sedap sampai nak nangis!


::sengaja dibesarkan gambar ni sebab nampak semuanya menyelerakan! yumm::

::nampak sikit jer tapi tak habis pun.::

Lepas tu borong lagi! Borong brooch pearl pulak. lupe nak snap gambar. Hehe..

Sabtu, 23 Februari 2013, kami ke Ranau pulak. agak jauh dari Tuaran lebih kurang 2 jam lebih perjalanan menaiki kereta. Kami pergi beramai-ramai dengan parents dan adik-adik Nurul.

Tempat pertama yang dituju ialah kolam Air Panas Poring.

::Family Nurul dah jalan kat depan nu..::
::Gini le rupenye kolam-kolam air panas.::

Kat Kolam Air Panas Poring ni Bukan saja ada kolam air panas semata-mata. Kat situ ada jugak Taman Kupu-kupu, Canopy Walkway, Kipungit dan Langanan Waterfall dan Gua Kelawar.

::Muka pucat naik canopy walkway::
Memang rugi la aku tak dapat mandi air panas sebab tengah peot pulak hari tu. Dapat rendam kaki pun jadilah. Lepas tu kitorang pergi panjat bukit pulak nak naik canopy walkway. Nak naik canopy tu memang perlukan keberanian tahap maksimum lah! Tinggi gila! Memang gayat! Nak sampai ke atas tu memang kena daki bukit sikit. Penat fuhh!!

Selepas tu kitorang singgah ke Ladang Teh Sabah pulak. Kat sini tak sejuk macam Cameron Highlands la. Suasana pun tak secantik Cameron. Biasa-biasa je. Lepas ke ladang teh singgah jap kat tempat ikan kelah yang gigit kaki tu. Tapi alamak.. gambar ikan xde la pulak! haihh!! Syok bila rasa gigi gigi ikan dok gigit kaki aku.. rasa macam kucing gigit gigit manja gitu la.. tapi ni ikan.. heee!


On the way balik singgah ke ladang lembu di Kundasang! Mooooooooo.... cantiknya tempat ni! Rasa macam kt New Zealand dah!
 
::rasa cam kat New Zealand woo::






::Nurul Bergambo ngan lembu. sehat lembunye::
::Mooooooooooooo::
Selepas puas tengok lembu dan minum susu lembu di Desa Cattle Farm kitorang bergerak ke Kaki Gunung Kinabalu pula! Yeah!


::Puncak gunung di kejauhan::
::Verangan jer lebih::

::sejuk jer kat atas ni::
Memang penat seharian berjalan tapi best sebab suasana kat Sabah sejuk jer. Cantik dan memang takde pencemaran macam kt KL ni. Memang teringin sangat-sangat nak pergi lagi. 

Ahad, 24 Februari 2013. Hari terakhir di Sabah. Kejap jer cuti haa.. rasa tak puas. Flight aku pulang ke KL pukul 4.30 ptg so sempat lagi jalan-jalan di sekitar bandar KK plus sambung shopping sikit lagi. hihihihihihi!!

::perkampungan atas air::

::Ni kat Sutera Harbour Resort::

The Damage!
ERL (dari Bandar Tasik Selatan ke LCCT pergi dan balik) RM10.80 x 2-------------------= RM21.60
Flight Air Asia ke Kota Kinabalu, Sabah (beli time promo)-------------------= RM260+ (anggaran sebab itinerary hilang)
Penginapan 4 hari 3 malam-------------------------------------------= Free (rumah Nurul)
Makan------------------------------------------------------------------= RM100++
Transport di KK---------------------------------------------------------= Free (kete Nurul)
Shopping (sourvenir ikan masin, ikan bilis, rumpai laut dll)-------------------------= RM300++                         

Sekian saja percutian di KK. Ohh kebetulan seminggu selepas aku balik dari KK kecoh satu Malaysia tentang pengganas Sulu di Lahad Datu tu. Mak aihhh.. seram! Semoga Sabah sentiasa dilindungi, aman dan tenteram selalu. Next time kita jumpa lagi!