Showing posts with label Kempunan. Show all posts
Showing posts with label Kempunan. Show all posts

Tuesday, 22 March 2011

Roti Seduttttt...

Roti Sedut? Tak pernah dengar pun roti dimakan dengan cara menyedut?
hehehehe.... Meh sini nk tunjuk...

::roti sedut aku punyer!::

Tadaaa... sedap giler tau!

Sebenarnye nama dia roti special. Roti canai campur kuah dan sambal die lepas tu ada dua bijik telur separuh masak. Fuhhh.. kuah dier memang sedap la. Selain dari roti sedut ni, Kuah kari kalo kat restoren ni makan dengan nasi atau roti pun sedap giler wehhh... Ada kawan tu pernah makan sampai jilat pinggan beb! Tak tahula ramuan ape diorang letak Yang pasti tiap-tiap hari restoren ni memang penuh dengan pelanggan.

Restoren mamak yang ada menu roti special ni terletak dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. Tapi kedai die tersorok sikit. Orang kene pandai cari la. Yang dapat nama roti sedut ni sebenarnye dari kawan bf aku la... Die panggil roti sedut sebab cara nak makan telur separuh masak tu kene sedut-sedut.. hahak... So kitorang pun terikut-ikut la panggil roti sedut.. :p




Friday, 4 March 2011

Aku Nak Aiskrim

Tengah sakit perut. Tapi teringin nak makan aiskrim...


Nak makan ker tidak... nak makan ker tidak... takut perut makin bertambah sakit. Pelik. Pelik.

Monday, 14 February 2011

Masak Lemak Ikan Kering Bersama Nenas... yeahh!

Hai! Selamat menonton rancangan mari memasak bersama Cheffff Cidaaaa!!! Ehhee... hari ni Chef Cida nak menunjukkan cara-cara nak masak masak lemak ikan kering bersama nenas.. ehhheeee... 

Haaa... ada gaya tak? hihihi... Aku bukan terer masak sangat pun. Tak pakar lagi. Kalau takat nak masak masakan orang bujang simple-simple macam ni boleh la... hehehehe... Sebenarnye kan... Aku nak masak masakan yang ada nenas ni bersebab... Ingat lagi tak entry aku pasal mimpi paling syiokk tu? Kalau uolls dah lupa boleh kelik kat sini. Haa.. lepas dari mimpi tu aku teringat-ingat dekat buah nenas ni. Teringin giler nak makan. Haha.. tiga hari lepas aku balik jer dari kerja terus pergi cari buah nenas kat kedai runcit. Beli sikit barang-barang nak masak and then mulakan operasi!!! Yeahhh!!!

Aku nak gunakan buah nenas ni masak dengan ikan kering yang aku bawak dari kampung lepas balik raya cina tempohari. Syiokkk nyerrrr... slurppp!

::Ini antara bahan-bahannyer. Nenas sebijik kau aku hentam sorang2! ahaks::

::Ikan kering... err ikan apa tah.. lupa nama.. ikan duri kot. lepas dibasuh dan dibersihkan::

::Ramuan dalam masakan. Aku guna cili padi, bawang, kunyit dan serai.::

::Santan jangan lupa.::

::Aku takde lesung batu so guna blender ajela::
Aku tak ada sukatan-sukatan berapa banyak bahan-bahan yang digunakan. Main belasah aje. Mak aku ajar macam tu jer. Pandai-pandai lah nak agak sendiri. Huhuhu... yang penting garam, gula berpada-pada dan masakan tetap sedap!


Ok.. selepas dah blend semua bahan tadi masukkan semua sekali dalam periuk. Yer semua bahan yer puan-puan. Daripada nenas, ikan kering, santan, serai dan bahan-bahan blend seperti cili, bawang dan kunyit tadi. Oppss.. gambar periuk atas dapur tak snap pulak... huhuhuhu :P

::Bila dah siap sedap dilantak bersama-sama nasi panas.. Fuuhhh heaven!
terlebih kuning sebab aku taruk kunyit byk! ehhe::

:::Ni nenas yang lebih. Dibuat menyicah bersama kicap, belacan, gula dan cili padi. Ohh sangat heaven juga!::

Ok.. itu saja rancangan memasak bersama Cheffff Cidaaaa... ahaks! Selamat mencuba. Semoga kita berjumpa lagi di lain hari! Mmmmuaaahhhhh!!!






Monday, 7 February 2011

Mimpi yang paling syiokkkkk!

Mimpi apa yang paling best bagi korang?

Bagi aku mimpi yang paling best ialah mimpi pasal makanan. Hahaha! Aku ni kuat makan. Pelahap Ya Rabbi! Korang bagi jer apa-apa makanan sure aku hadap punye la tolak batu, kayu dan yang haram jer.

Ok berbalik pasal mimpi. Pagi tadi aku mimpi best :D Aku bermimpi berada dalam satu majlis kenduri. Makan nasi minyak lauk ayam masak merah, pajeri nenas dan banyak lagi. Lauk yang paling sedap dan paling paling paling aku ingat sekali rasa dia yang paling sedap ialah pajeri nenas. Huhu pelik betul! Di alam nyata aku bukan la suka sangat pajeri nenas. Tapi dalam mimpi tadi aku rasa itu la lauk yang paling syiokk!!! Rasa dia dalam mimpi terbawak-bawak sampai sekarang. Hukhuk teringin pulak nak makan pajeri nenas. Hurmmm.. nak masak lauk ni sesedap macam mak aku masak aku tak pakar lagi. Tambah-tambah nak cari kelapa buat kerisik pulak. Kat kampung semua buat sendiri taw. Raw material semua belakang rumah jer. Hukhuk... pendamkan aje la... Kat KL ni makan je la apa yang ada. Jangan nak mengada-ngada!

Mimpi aku terganggu dengan satu bunyi. Bukak-bukak mata tengok dekat henpon yang dok menjerit ni dah 6.55 pagi! Aku dah terlewat! Aku kunci jam dekat henpon Nokia ni pukul 6.40 pagi.  Hampeh... berapa kali snooze dah dia. Huhu...

Teringat lagi scene dalam mimpi sebelum terjaga. Aku tengah sedap-sedap meratah pajeri nenas. Ada kawan tegur suruh aku tukar baju kurung sebab lepas ni nak ambil gambar. Dalam mimpi tadi aku pergi kenduri pakai seluar dan tshirt jer. (-_-") Masa meratah tu telinga aku ada tangkap satu bunyi kuat taw tapi aku buat tak pedulik sebab aku ingat tu bunyi henpon org sebelah. Dalam hati marah jugak la kenapa die tanak angkat phone die. Haha... Then aku pun tinggal la kejap pinggan aku beserta pajeri nenas tu nak naik rumah pegi tukar baju cepat-cepat dengan hasrat nak amik gambar lepas tu sambung meratah lauk balik.

Lepas naik tangga dan sampai kt depan pintu terjumpa laptop jiran sebelah kat depan pintu die. Aikk.. nape die tinggal laptop camtu jer... tak takut kene curik ker? pikir aku... yang peliknya laptop dier kuarkan satu bunyi pelik yang sangat nyaring dan kuat... lepas tu aku terjaga. Ahhaaa... henpon kat sebelah telinga aku yang tengah menjerit-jerit. Tengok skrin die dah pukul 6.55 a.m. OK! Aku terbabas!!! Haihhh... first day masuk kerja selepas balik cuti seminggu... hokhokhok...