Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, 23 March 2011

Kepingin Baby Kembar...

Kan best kalau ada anak kembar...


Aku selalu jenguk-jenguk blog AMRAFAHAN sebab kat blog tu ada baby kembar tiga yang comellll!!! Boleh dikatakan selalu jugak la aku masuk sebab nak tengok gambar-gambar diorang. Buat aku makin teringin jer. Hihihi... teringin giler nak baby kembar tak tau kenapa. Tapi... tapi.. tapi... kalau nak dapat baby kembar ni orang cakap kena ada gen kembar dalam family kan.. Tapi dalam family aku takde keturunan kembar... wuwuwuwu.. cousin aku ada la tapi diorang bukan kembar seiras. Diorang kembar sorang laki sorang perempuan dan bukan sebab gen kembar... Family bf (laki mase depan bak kate Yuyu Zulaikha) aku pun takde gen kembar & bf aku lak anak tunggal... punah sudah harapanku nak baby kembar... :'( 

Tapi kuasa Tuhan sapa yang tahu kan... 

Orang tua-tua ada kata, kalo kita makan sesuatu yang berkembar, nanti kita dapat anak kembar. Betul ker? Hmmm.. Orang tua-tua kata ja... Tapi ni aku nak cerita sesuatu ni. Hari sabtu yang lepas aku temankan bff aku cari barang-barang hantaran dia kat Sogo. Then kitorang makan dekat fourtcourt kat situ dan aku order Sizzling noodle. Masa abang tu tengah masak sizzling noodle aku, kitorang nampak la die amik sebijik telur ayam dan lepas dipecahkan terkeluar dua biji kuning telur... Abang yang masak tu pun terkejut. Aku yang baru first time tengok ni ape lagi. Rasa macam nak muntah pulak sebab rasa macam pelik je. Member aku terus tegur "Ehh telur kembar! Nanti mu makan dapat anak kembar". Aku tiba-tiba rasa happy sebab dapat telur tu. Haha... macam-macam... Tapi aku takdela mengharap sangat. Kawen pun belum... huhu... Haihhh.. bile la encek bf nak masuk meminang yea... (T_T")


::Sizzling noodle aku dengan telur kembar::

Ntah hape-hape la Chieda neh...


Friday, 11 February 2011

Petua Merawat Selesema... haaashummm!!

Haihhh.. hidung ni still lagi tersumbat dari semalam... amat tidak selesa... aku datang office hari ni pun dengan semangat yang kurang. Nasib baikla kerja tak banyak sangat hari ni... tapi kejap lagi taktau la kot tiba-tiba dapat task baru.. uhuukk...

Haihh.. Cida ni kata nak kongsi petua! Ok2! Petua-petua yang aku dapat ni sebenarnye aku godek-godek dari internet jer.. hehehe.. cuma aku buat macam kompilasi la kat sini sebab ada macam-macam petua yang aku jumpa. Ok... sape-sape yang tengah selesema tu jom tengok dan cuba!

Petua Merawat Selesema:
1. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selesema tak melarat adalah banyakkan minum air suam dan kurangkan makanan yang berminyak.

2. Ambil beberapa batang sirih, hancurkan batang sirih tadi sehingga mengeluarkan lendir. Lepas itu sapukan lendir tu kat hidung. Ia bertindak melegakan selesema dan hidung yang tersumbat.

3. Ambil kunyit hidup. Asah kunyit pada belakang pasu. Kemudian sapu hasil asahan pada batang hidung. (haa.. yang ni sesuai untuk bayi ok! Anda bayi ker?)

4. Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa ke bahagian kerongkong dan batang hidung. Ia baik untuk mengatasi batuk dan selsema.

5. Tadah air contohnya macam ambil wuduk, masukkan air tersebut dalam hidung dan biarkan dalam 3 ke 5 saat. Kemudian hembus keluar air tersebut. Ulang sebanyak 3 kali dan dilakukan selepas bangun tidur.

6. Buah limau nipis diperah dalam air teh (tanpa gula atau susu) yang panas atau suam lalu diminum terus.

7. Minum air rebusan daun kaduk.

8. Telan seulas bawang putih setiap kali selepas makan sebanyak 3 kali sehari dan minum air perahan bawang putih dan limau serta berkumur air wap bawang putih. (bawang putih jer?? Err…)

9. Satu sudu makan madu lebah dicampur dengan ¼ sudu teh serbuk kayu manis dan amalkan dua kali sehari sehingga sembuh.

Hurmmm... nak try yang mana satu ek? Kalau yang guna daun sirih dan daun kaduk tu memang tak dapat la kot. Mana nak cari kat KL ni.. huhuhu.. Tesco ada jual ker? tak tau la.. aku jarang pergi.. hukhuk... Ermm.. yang bawang putih tu ok kot... tapi erkk.. nak telan sebijik bawang putih... aku fikir dulu lah... :p

Sumber Petua: