Wednesday, 20 March 2013

Singapore lagi?

Assalamualaikum...
Maaf sebab lama menghilang. Mood untuk menulis dan mengarang pudar beberapa bulan ni. Mungkin effect dari kehilangan arwah abah masih buat aku bersedih dan hilang minat untuk ber-blog. Well kehidupan perlu diteruskan... betul tak? Dan dengan bermulanya tahun 2013 dah banyak perancangan telah dirangka. 3 kali ke oversea dan beberapa kali ke tempat-tempat menarik di dalam Malaysia. Hehe... dan kalau sempat akan aku abadikan dalam blog burukku ini. Okay!

Holiday pertama pada January yang lepas sememangnya tak dirancang lansung. Semuanya last minutes. Idea bff aku si Wanie Bewak (camana bleh dapat nama bewak ni lain kali la aku cite eh). Asalnya si Wanie ni tengah frust dan aku nak temankan die je pergi Singapore. Then aku ajak Liya dan adiknya join sekali jadi la 4 orang so tak boring sangat. Punya la Wanie plan macam-macam siap book hotel, beli tiket USS, plan tu plan ni last last dia tak jadi pergi sebab ada emergency. Her mum masuk ICU. OMG!

Hmm... Memandangkan semua dah book and beli maka kami pergi bertiga je. Aku kali ni dah 3 kali datang USS. Orang kedah kata dah naik cemuih dah la. Tapi Liya dan adik die Opie tak pernah datang lagi so aku guide je la diorang kat dalam tu.

Tak banyak gambar yang aku snap dan tak payah la aku cite panjang lebar pasal trip ke USS kali ni eh sebab sama je boleh tengok balik kat entry yang lepas.

::kaki kaki yang kepenatan::

::yummy Candylicious depan USS::

::Tengok Crane Dance::
Nak tau cara-cara nak dapatkan tiket USS dan macamana nak ke sana?
boleh usha-usha post aku yang sebelum ini.
Singapore 1
Singapore 2
Singapore 3 Budget


Ok bai!

Friday, 12 October 2012

Sabar

Aku..
Aku seorang yang pemarah
Aku seorang yang cepat panas
Aku sensitif, pendendam, psycho...

Mengapa aku tidak mewarisi sikap abahku?

Abah...
Abahku sabar bila dihina sewaktu miskin dahulu
Abahku sabar bila dikutuk kerana kekurangannya
Abahku sabar bila ditipu wangnya oleh orang yang dipercayai
Abahku sabar bila ditimpa kesusahan
Abahku sabar bila diduga pelbagai penyakit kini

Abahku sabar je
Tak pernah tunjukkan kemarahannya

Itulah kelebihannya yang aku tak miliki


Sayang Abah!

Semoga abah panjang umur dan bahagia selalu, jangan lupa makan ubat!!
Selamat hari lahir yang ke 70.

Wednesday, 8 August 2012

Hijrah

Salam Ramadhan,

Lagi seminggu lebih jer nak raye! yey yey!

Lama menghilang sebab..... takde sebab. Cuma malas nak berkongsi kat sini. keh keh keh! 

Mengenai topik hijrah tu... Aku dah berhijrah melakukan sesuatu. semoga ianya bersifat kekal. InsyaAllah! mudah-mudahan Allah tetapkan hati aku ni supaya tak ulang lagi kekhilafan lama. Dulu muda sekarang dah tua dah boleh fikir sendiri kan.

Singgah kejap jer ni. Rindu. Nanti aku citer lagi panjang-panjang. Aku busy lah! maklum lah retiss!! (phuiii!)

bye!



Wednesday, 11 July 2012

Faizal Tahir Concert!

On 1st July 2012. 

Aku berkejar balik dari wedding bff aku Noin terus ke KL hanya sebab Faizal Tahir. Kalo tak memang aku stay kat kampung lagi 1 malam. Dah la tak sempat nak balik tidur rumah mak bapak sendiri! kuikuikui.

 Tadaaaaaa!! Abang Faizal tahir in da houseeee!!!


Me and my friend Liya pergi berdua je. Penat and enjoy! weeeee... sebelum tu berkejar ke Melaka kejap antar adik Liya then balik KL balik siap-siap terus pergi konsert kat KL Live.

Balik dari Konsert dah pukul 12 midnite. Tidur jap dalam dua jam lebih bangun balik tengok bola EURO Final Spain vs Italy!

Yeahhhh! Viva La Roja. 4-0 kene! yeahhooo!

Esoknya Isnin pegi office dengan mata bengkak berjalan mamai macam zombie. Ekekekkeek!!!

What a great weekend!


My Best Friend's Wedding : Noin

Salam,

Pada 30 June yang lepas berlansunglah majlis pernikahan bff aku Noin. Wahhh.. dah dua orang dah member baik aku kawen. Turn aku? tak tahulah biler.. hukhukhuk.. So aku hari Jumaat tu 29 hb dah chow dah dari KL gerak balik ke kampung. Seronok tengok orang kawen ni tau. Hihihi.. Semoga Ain dan hasben Hilmi kekal bahagia hingga ke Jannah!

Ni nak cerita pasal bas pulak. Almaklumlah aku ni takde lesen so kereta pun takde la kan. Balik Taiping naik bas ekspress je la kan. Sebelum balik untuk kenduri ni dah dua kali dah aku balik kampung naik bas rosak Transnasional. Berturut-turut. So kali ni balik aku tukar beli tiket Konsortium pulak dengan harapan bas tak rosak dan aku sampai on time. Elok-elok dah sampai Ipoh bas berenti tengah-tengah highway.. iskkkk rosakkkk lagi!!! 3 kali berturut-turut dah asal balk kampung jer bas rosak. Sakitnyer hati! Memang confirm la nak kena mandi bunga bawah jambatan. Hantu perosak ape tah la yang melekat kat aku ni. Nak dikaitkan dengan hal rosak-rosak ni lagi, bf aku punye kereta, motor, hp semua rosak dalam masa yang sama.. adussssss! tension. habis duit!

Huh! Then bus tu memang dah tak boleh jalan dah aku tumpang bas ekspress lain yang lalu kat situ. Cik pengantin pick up aku kat r&r Bukit Gantang. Kitorang terus pergi buat inai.

 Ini inai aku, simple jer.

Ini inai cik pengantin. Padat sikit.


 Masa tengah bersiap-siap dengan pengantin.

 Malamnya masa tengah menunggu rombongan pengantin lelaki.

 Bang bang! Kenapa ko kawen dulu dari aku! chewahhh!!


 Dah halal!



 Tumpang la kejap pelamin orang... hehehe..

Jodohku yang tak sampai-sampai lagi. Uhuuuuuuu....


Selamat Pengantin Baru my BFF! Lebiuuuuuuu <3

Thursday, 7 June 2012

I'm Melting...


Can't wait to have a date wif ya this 1st July!!!
my fav singer ever.. Faizal Tahir!
hikhikhik

with love,

Sunday, 29 April 2012

Universal Studios Singapore : Pierre Andre

Salam!

Sambung dari entry USS pertama.

Ok dah kenyang perut kitorang gerak pergi ke Jurassic Park pulak. Main game yang dalam air tu. Kat sini kene pakai poncho sebab memang confirm baju akan basah punye lah! hihi.. seronok..




::ngaaappp::
 Lepas tu tengok Waterworld show pulak kat sini. Best wohh.. 




Banyak jugak game yang kitorang main. Habis satu USS ni pusing dua tiga kali. Penat tapi seronok. Bday boy pun seronok jer! hihihi Bertuah tau dapat gf cam kite! Hahahahah! adoiyaiii (puji diri sendiri la pulak)





 Dannnnnn masa tengah jalan-jalan tu dengan tak disangka-sangka kitorang terserempak dengan Pierre Andre tengah berjalan sorang-sorang. Weeeeee... ambik gambar!!!


::saye minat abam Pierre ahaks ahaks::
Pierre Andre sporting and gentleman taw! Ade makcik potong line aku masa nak amik gambar dengan dia, dia pulak yang say sorry kat aku. Ahaks! After bergambar die pulak yang cakap terima kasih.. aikkk. patutnye aku yang cakap. hihihi.. Tenkiu Pierre! Saya Suka awaklahhh!!! ehhh bf aku kat depan.. lupe pulak!

Cukuplah aku cerite pasal USS yer. Sikit jer gambar tepek kat sini. Tepek banyak-banyak karang orang meluat pulak! hahahah.. Ahaaa... next entry aku cerita pulak jumlah kos yang aku keluarkan untuk trip kali ni.

tata..
 Update (17 July 2013): Atas sebab-sebab tertentu few pics telah aku remove untuk menjaga hati sendiri dan pihak tertentu. :)