Showing posts with label Abah. Show all posts
Showing posts with label Abah. Show all posts

Friday, 12 October 2012

Sabar

Aku..
Aku seorang yang pemarah
Aku seorang yang cepat panas
Aku sensitif, pendendam, psycho...

Mengapa aku tidak mewarisi sikap abahku?

Abah...
Abahku sabar bila dihina sewaktu miskin dahulu
Abahku sabar bila dikutuk kerana kekurangannya
Abahku sabar bila ditipu wangnya oleh orang yang dipercayai
Abahku sabar bila ditimpa kesusahan
Abahku sabar bila diduga pelbagai penyakit kini

Abahku sabar je
Tak pernah tunjukkan kemarahannya

Itulah kelebihannya yang aku tak miliki


Sayang Abah!

Semoga abah panjang umur dan bahagia selalu, jangan lupa makan ubat!!
Selamat hari lahir yang ke 70.

Sunday, 11 September 2011

Raya Sebulan...

Salam pagi ahad. Hari ni baru bersemangat nak update sesuatu. Bayangkan la selepas balik dari cuti raya kerja banyak nak buat. Semalam pulak ada openhouse kat Shah Alam. Balik pun dah malam. Penatnyer. Hehehe... Sementara tunggu encek bf amik nak keluar dating jap lagi rasa macam nak upload beberapa gambar raya yang lepas. 

::Kek birthday abah::
Kitorang sempat sambut birthday abah yang ke 69 pada malam raya. hehehe.. patutnye birthday abah 27 hb tapi nak tunggu jugak semua ada.

::Abah potong kek. huhuhu::
 Di pagi hari raya...
::My niece namanyer Adelia::


::Ustazah Sarah::

::Aku nampak hijo jer...::


::Dengan semua anak-anak buah aku.::

::My Parents::

::Abang and family::

::Kakak's family::

::Budak-budak hijo::
Ok lah.. tu jer la pic family aku di pagi raya. Tak banyak gambar sangat tahun ni. aku boleh pulak malas nak bergambar. hehehhe...

Ok bye. Nak keluar.




Friday, 26 August 2011

Ramadhan Terakhir...

Chewaahh tajuk macam drama malam tadi la.... (Aku tak sempat tengok final episod semalam sebab tertido lepas berbuke haihh!)


Sedar tak sedar hari nih dah 26 Ramadhan. Tinggal lebih kurang empat hari jer lagi kita nak sambut Syawal. Huhuhu... Tak tahula kenapa hari ni rasa panjang sangat masa. Selalu tiap-tiap hari rasa sekejap jer. Hehehehe... hari ni last kerja. Esok dah nak bertolak balik kampung. Bestnyerrrrr!!! Tak sabar nak pergi sembahyang raya. Tak sabar nak melahap lemang, ketupat dan rendang mak aku. Bestnyer...

Isnin dan Jumaat minggu depan office aku tutup. Semua bercuti. Raya tahun ni memang aku tak payah apply cuti lansung sebab company dah bagi cuti free dua hari. kami dipaksa cuti. Hehehehe...

::Bangunan opis terchenta yang akan senyap sunyi dan dipenuhi hantu hahahah::

Tahun ni jugak aku dah merasa duit sendiri. First time dapat bagi duit raya pada mak dan abah dan anak-anak buah. Terasa macam dah tua pulak. T_T

Ucapan buat mak dan abah kat kampung (Macam la parents aku pandai main internet :p) 
"Adik balik esok ngan Cik Mat Apit! Esok lak birthday abah, Happy Birthday in advanced abah!!! Lebiuuu"
 
Buat kawan-kawan aku kat kampung,
"weiii aku balik esok! Nanti kita pi sopink sama-sama taw! Raya nanti kita pi beraya umah kengkawan len sama-sama gak tau macam besa la sebab aku mana da transport!"

Buat kawan-kawan yang mengenali aku, yang tak berapa nak kenal pun termasuk la sekali...
"Selamat Hari Raya!!! Maaf kalau ada salah dan silap. Balik kampung hati-hati jangan drive laju-laju. Jangan main mercun nanti putus jari padan muka hang."

Okeh tu jer... Aku  nak kena setelkan keje-keje ni sebelum balik beraya. Dah sampai kampung nanti jangan harap la nak fikir pasal keje kt office nih.

Friday, 12 August 2011

Abah...

Aku kat kampung sekarang ni. Alhamdulillah abah aku dah keluar dari hospital. Dah nampak sihat sikit dah. Lega rasanya tengok abah dah berselera nak makan dan dah boleh tidur. Tapi kaki abah still bengkak lagi tak surut-surut kene jalan pakai topang. Huhuhu...


Umur abah dah menginjak ke 69 tahun. Aku pulak anak bongsu. Memang agak terasa lah hati ni bila tengok abah sakit teruk macam ni. Sejak dari kecik sampai la umur aku 18 tahun aku tak pernah berenggang dengan abah. Aku memang rapat dengan abah. Sepanjang aku membesar kebanyakan masa aku dihabiskan dengan abah. Masa aku kecik mak kerja kilang. Kerja ikut shift manakala abah kontraktor dan berkebun kat rumah jer. Memang abah sentiasa ada je la kat rumah. Pergi sekolah balik sekolah abah hantar dan ambil sampai aku tamat SPM. :)

Masa aku membesar aku tengok abah sentiasa sihat, tegap dan rajin sangat berkebun. Bila dah jatuh sakit macam ni berat susut abah kurus jer, berjalan dalam rumah sikit dah penat. Nafas tercungap-cungap. Makan pun tak lalu. Doktor cakap paru-paru dan jantung abah lemah. Darah pulak kadang-kadang pekat kadang-kadang cair. Haihhhhh... macam-macam penyakit dah mula datang. Kami adik beradik semuanya dah tinggal dan bekerja kat KL Tinggal lah abah ngan mak berdua jer kat kampung. Makin la aku risau. :(


Harap-harap abah cepat sembuh macam biasa. Semoga dipanjangkan umur dan dapatlah aku balas jasa-jasa abah dan mak sepanjang membesarkan aku. Dapat mewalikan penikahan aku lagi tiga tahun. Huhuhu...


Sayangggggggg abah!


::Ohh ini bukan pic abah dan aku. Hehe.. ni Edward Cullen dengan anak die Reneesme Cullen::

Sunday, 7 August 2011

Doa Untuk Ayahanda...

27 Ogos ni bersamaan dengan 27 Ramadhan adalah tarikh hari lahir abah yang ke 69 tahun.
Harap abah cepat sembuh dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna...
Adik sayang abah.
:'(
Sejak dari kecik adik hanya rapat dengan abah
Adik tak rapat dengan mak
Adik selalu mengadu dekat abah sorang je
Sampai kadang-kadang mak jeles sebab kita macam geng
Nak apa-apa pun mintak dekat abah
:(
Sekarang adik jauh dari abah
Adik diperantauan abah ngan mak kat kampung
Adik tau abah selalu rindu kat adik
Adik jarang call abah
Adik jarang balik tengok abah
Sampai abah sakit pun adik tak perasan
Adik mintak maaf
:'(
Semoga abah cepat sembuh
Adik nak abah sihat macam dulu
Adik sayang abah sangat-sangat


Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau sembuhkanlah penyakit Ayahandaku...


Anakmu,