Showing posts with label Kentut. Show all posts
Showing posts with label Kentut. Show all posts

Sunday, 15 May 2011

Kentut Berapi...

Hyep! Beberapa hari ni aku agak sibuk. Banyak kerja perlu disettle, banyak majlis perlu dihadiri. Hujung bulan ni pulak banyak kenduri kahwin kawan-kawan. Ada yang nampaknya tak dapat aku hadiri sebab jadual dah pun penuh dengan aktiviti lain. Sekarang ni pulak musim panas melanda KL. Tekak aku dah mula rasa sakit macam nak kene selesema pulak. Hari-hari pergi kerja balik kerja bersesak dengan orang ramai dah tentulah ada yang batuk-batuk ada yang bersin. Haihhh! Aku hangin betul kalau ada orang yang bersin dekat aku. Kalau dah tau tak sihat boleh tak pergi pakai mask tu. Bukan mahal pun beli jer kat Watson ker Guardian ker. Murah jer tak sampai RM2.00 pun ade la. Okla dah lari tajuk pulak. Hari ni doktor Cida nak cerita tentang kentut. Hari-hari kita kentut dan kita tak tahu macamana proses kentut berlaku kan. Nak tau ker taknak? Nakk? Sila bace! Aku share artikel ni kat sini.

::Kentut berapi... Perghhh!!::


Kerap Kentut


Pakar Perubatan Greek, Hippocrates pernah menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut. Setiap orang kentut. Tanpa kentut, anda sebenarnya mungkin berhadapan dengan masalah kesihatan.

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan 'dilepaskan' dengan bunyi yang kuat memang memalukan. Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu 'disimpan' dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus.

Definisi Kentut

Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa.

Kentut tidak membahayakan nyawa, mungkin ia hanya akan membuatkan anda malu jika 'terlepaskannya' di khalayak ramai dan berbau kurang menyenangkan. Bagaimanpun, jika anda kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, anda memerlukan rawatan perubatan.


Komponen

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah 5 gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen.

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang.

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon

Penghasilan Gas

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet anda dan bagaimana saluran gastro usus anda berfungsi.

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu.

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut.

Sumber Gas

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada 2 sumber :

a) Udara yang anda telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok)

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus

Komposisi

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen.

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan anda bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa anda menahan kentut.

Makanan Berangin

Sesuatu yang anda perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain.

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi 'berangin' kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut.

Info : Makanan Penyebab Kentut

* Kacang
* Sayur-sayuran seperti brokoli, kubis, tauge, asparagus
* Buah-buahan seperti pear, epal dan pic
* Minuman bergas dan ada kalanya jus buah-buahan
* Produk tenusu seperti keju, ais krim, bijirin

Sumber : oleh Hafizah Iszahanid, Berita Harian


Monday, 7 March 2011

Fakta Tentang Kentut (T_T")

Korang Suka Kentut? Hahahaha... 

Tapi itu bukan satu kesalahan tau. Bahkn kalo korang tahan kentut boleh bawa penyakit. Lebih baik jangan tahan. Lebih afdal dilepaskan saja gas sulfur tu... Tak payah la nak malu-malu... huhuhu.. nanti hilang la baunya dibawa angin. Kihkihkihkih...

::Tahan bau kentut::
Teringat pulak dekat abah & abang aku. Diorang berdua memang suka kentut kuat-kuat. Takde nak cover-cover dah. Kalau kawan-kawan aku datang rumah, diorang berdua main kentut jer kuat-kuat. Segan pulak aku dekat kawan-kawan aku. Hahahaha!

Tadi aku tengah tengok-tengok email lama yang di hantar oleh kawan-kawan. Terjumpa satu email fakta-fakta sains tentang kentut. Aku kongsikan sikit dekat sini. Sumbernya takde pulak dicatat kat dalam email tu.

Analisis kimia tentang kentut . Jangan cuma tahu baunya saja, tapi harus tahu juga proses ilmiahnya.

1. Dari mana asal kentut?
Dari gas dalam usus. Gas dalam usus berasal dari udara yang kita hirup, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia & gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda hirup, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara terserap oleh tubuh sebelum sampai ke usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asid perut & cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana & hidrogen.
Kandungan setiap gas bergantung dari apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar jumlah nitrogen, kerana gas-gas lain diserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makan dengan tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan (apa nih? aku tak tau). Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteria dalam perut, dan makin busuklah kentut anda. Telur & daging punyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang berperanan dalam memproduksi bunyi kentut, bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya getaran lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi tergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak bersuara?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi (tak faham jugak!) bakteria & proses pencernaan menghasilkan haba, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil, hangat & penuh dengan hasil metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudian menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?
Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang menjadi bertekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak kekawasan yg bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar anus. Dalam perjalanan ke arah anus,gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar.Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi,tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Tergantung kondisi udara, seperti kelembapan, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya
berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, berarti mengalami pengenceran di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan tinggal dalam waktu lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggal pun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah laki-laki kentut lebih sering daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender.. Kalau benar, berarti perempuan menahan kentutnya & apabila mereka kentut akan banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau berkeadaan sunyi, boleh kedengaran di seluruh penjuru rumah. (hahahaha!!)

12. Mengapa memakan kacang menyebabkan banyak kentut?
Kacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tsb (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus langsung berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa saja penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum soft drink,naik kapal terbang (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas didalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sedawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandungi udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan diserap darah, bukan hilang kerana bocor. Tapi berpindah ke bahagian atas menuju usus & apabila sampai gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?
Memang boleh. Kentut mengandungi metana, hidrogen yg combustible (gas lama mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkan menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulai pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya akan protein. Protein mengandungi banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak,lebih lama, lebih keras bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandungi sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna. Kalau warnanya kelihatan seperti gas nitrogen oksida, akan ketahuan siapa yang kentut.

21. Apakah kentut itu asid, bes atau neutral?
Asid, kerana mengandungi karbon dioksida (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandung sulfur (belerang) di lapisan udaranya,jadi kentut di sana pun tidak ada pengaruhnya.

Ahaks... dah tau dah? Hihihi... actually ni artikel indonesia aku rasa la.. jenuh jugak aku tukar perkataan-perkataan Indonesia tu ke perkataan yang kita faham.Tapi ada juga beberapa perkataan yang aku tak tau maksud dia. Asalkan kita faham sendiri-sendiri sudah la.. huhuhu...

::Jangan kentut merata-rata tauuu::