Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Friday, 15 July 2011

Floria 2011 : Roses are Forever

Roses are forever... forever.. forever.. (lirik asal diamond are forever.. keh keh keh)


Korang dah pergi dah Putrajaya Flower & Garden Festival 2011? atau lebih senang nak ingat Floria 2011. Aku dah dua tahun berturut-turut pergi. Aku ni... walaupun hati kental. Agak ganas macam gengster tapi dalam hati ada taman. Aku suke bunga. Paling suke red rose la. Hehehe.. tiap-tiap tahun tiap kali birthday aku, Encek bf mesti kasi red rose! suke suke sukee!!!

Eheh... Floria 2011 ni bermula dari 9-17 July 2011. Maknanye ahad ni last day. Kalo korang suke kan bunge boleh la pergi. Ada jualan pokok-pokok bunga dan macam-macam lagi lah. Venue nya adalah di Waterfront, Precint 2 Putrajaya.

Kali ni tak banyak pulak gambar yang diambil macam tahun lepas. Tahun lepas aku first time pergi Floria memang jakun habis lah. Semua gambar pokok nak snap. Tapi tahun ni aku rasa ada kekurangan sket la. Tema tahun ni kan Roses are forever but roses yang aku tengok takde la banyak mana. Bunga tahun lepas lagi banyak kot. Tahun lepas lagi meriah. Ape-ape pun. Aku tetap suke!










Nak tahu dengan lebih lanjut? Kelik kelik lah SINI

Thursday, 2 June 2011

Perhimpunan Hari Belia Negara...

Haaa... korang pegi tak?

Bermula dari hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ada beratus-ratus aktiviti yang dianjurkan. Aku ngan bf sempat la singgah jap dalam sejam lebih kat Putrajaya tu. Meriah betul. Ramai betul orang sampai nak cari parking pun susah. 


Actually aku tak terfikir pun nak pergi Putrajaya ahad lepas. Kebetulan jer bf aku ajak temankan dia pergi Seri Kembangan jap. Alang-alang dah dekat pergi jelah tengok-tengok sat.




Sampai-sampai jer dah dekat pukul 6 petang. Sempat la snap gambar sepam dua dengan kete kebal. 




::Ok serius.. aku ngaku aku dah tak kurus sangat dah. Berat aku dah naik wohh.. nak kena tukar dah ayat kat header atas nu.::
Then pergi makan kat stall berdekatan Jom Heboh TV3. Aku order bihun sup bf aku lak order nasi ayam. Pehhh.. sup dia cair macam air semata-mata jer. Potong betulla. Dah la mahal semangkuk kecik bihun sup tu sampai RM5 tapi tak sedap lansung. Chehhh!!! Meniaga tak ikhlas! Huh... Mahal sangat ker sewa tapak tu sampai garam pun tak mampu nak beli.


Bf aku lak sibuk-sibuk nak cari venue pertandingan apa tah yang macam Japanese warrior tu aku pun tak tau. Last-last tak jumpe pun. Bukannya semua ada kat Presint 2 je kan. Maybe kat presint 4 kot. Ntah la. Nampak macam best jer kan. Agak rugi lak aku rasa sebab pergi lambat. Harap-harap tahun depan ada buat lagi macam ni. 

Teringat dulu masa tingkatan 3 aku pernah buat persembahan Silat sempena Hari Belia peringkat kebangsaan. Masa tu zaman PM Mahathir Mohamad. Dia ada datang dan aku tengok dia depan-depan mata buat kali pertama. Perghhh kagum. Putih gila kulit dia. Ahaks!

Lepas tu kitorang terus gerak ke Midvalley tengok wayang citer Pirates of The Carribean. Baru nak tengok sebab gaji baru masuk. Hehehehehe... Tu pun ondaway balik dari Putrajaya nak terus ke Mid bf aku boleh sesat plak dah. Haihhh.. da banyak kali kitorang pergi Putrajaya bleh plak kali ni tak jumpa jalan. Kwang kwang kwang kelakar betul. Last-last kitorang masuk wayang dah terlewat 20 minit. Cerita dah start dah pun. Jack sparrow pun dah kena tangkap ngan pihak istana dan dihadapkan kehadapan Raja diorang yang gemuk tu. Hahahaha!


Ape-ape jelah...