Showing posts with label Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Hantaran. Show all posts

Thursday, 6 November 2014

The Wedding : Hantaran

Assalamualaikum...

Today nak review pasal hantaran pulak. Selepas bertunang aku dah siap-siap buat list hantaran untuk kedua belah pihak aku dan suami dan beli satu-satu lepas dapat gaji. Asal jumpa yang berkenan terus beli. Ada diskaun beli. Sama macam hantaran ketika bertunang dulu, hantaran kahwin pihak aku mestilah SIL aku yang buatkan. Hehe... cantik sangat! sukeee! 


Hantaran dari sebelah aku bertemakan warna Purple. 

1. Dimulakan dengan sirih junjung. Ini memang wajib ada tau, dari bertunang ada sampai kahwin pun ada. Adat melayu jangan dilupa cuma zaman sekarang orang jarang dah pakai tepak sirih. Aku suka sirih junjung sebab cantik je bila digubah macam ni.

2. Baju kemeja Bonia dan cufflink untuk suami. Beli baju masa Sogo tengah buat sale. Cufflink batu swarowzki(x reti eja) tu pulak beli online jer.



3. Coklat Godiva. Suami suka dark choc dia yang pahit tu... urghh aku tak suka... Tapi masa nak beli kene pilih betul-betul dan baca ingredient dia sebab sesetengah choc Godiva mengandungi alcohol. Baik tanya kat salesgirl masa nak pilih-pilih tu. Beli kat Godiva outlet di KLCC. 


4. Jam tangan Tissot idaman suami. Berpinau mata tengok harga. Yang ni takda diskaun oi... lepas dapat bonus terus beli kat Tissot outlet Mid Valley.


5. Buku Zikir-Zikir Cinta by Ustaz Abdul Wafi dan Autobiography Sir Alex Ferguson. Saja bagi buku sebab aku dan suami memang suka baca buku. Dah macam ada library kecik dah kat umah. Bil beli buku tu nanti tahun depan leh claim tax. Ekekeke... Beli kat MPH jer.





6. Set tali pinggang dan wallet jenama Renoma. Beli masa Sogo sale. Siap dah berkotak dan dibalut plastik.


7. Kasut Jenama Lacoste. Ni husband beli sendiri masa dia jalan-jalan kat KLCC


8. Set minyak wangi dan cream muka Versace Eros bau die sedap. Beli kat Sogo.


9. Set mandian Body Shop. Beli kat outlet Body Shop di Nu Sentral. Masa beli kedai baru je bukak so dapat la diskaun.


10. Ni cincin kahwin suasa untuk suami masa acara membatalkan air sembahyang. Beli kat Kedai Emas Tomei.


Hantaran dari sebelah suami bertemakan warna biru putih. Semua ibu mertua yang uruskan. Suami aku tahu beli dan bagi jer kat ibu dia.


1. Hantaran yang wajib dimulakan dengan tepak sirih. Ibu mertua aku cakap set tepak sirih dan dulang ni pusaka turun temurun dari arwah nenek. wahhh... nampak classic!


2. Jam tangan Tissot. Aku pun nak jugak jam Tissot.. hikhikhik. Beli sekali dengan jam Tissot suami.


3. Set mandian Body Shop. Beli di Nu Sentral jugak.


4. Chocolate jenama Patchi. Agak mahal sikit dari Godiva. Tapi Patchi insyaAllah semua coklat dia tak mengandungi sebarang alkohol. Beli kat outlet Patchi di dalam Parkson KLCC Level 2.


5. Kasut jenama Charles & Keith. Beli kat Johor Premium Outlet masa tengah sale. Beli sebelum merisik dan bertunang lagi. Alang-alang dah murah baik beli terus.


6. Tab Samsung Galaxy Note 8.  Asalnya suami nak belikan ipad tapi disebabkan aku pengguna tegar Samsung aku mintak tab ni. Skang rasa menyesal pun ada tab ni asyik hangggg jer masa nak main game clash of clan.. hahahahah!!! 


7. Handbag dan Purse jenama Coach. Beli kat Butik Coach di Johor Premium Outlet... Aiii bile lagi nak merasa pakai handbag dan purse mahal suami belikan. hekhekhek... harga jangan tanya. Suami kata nak bagi tu amik je.. wahahahaha!!


8. Set perfume dan cream muka Versace. Beli kat Sogo. Suka sebab wangi.


9. Rantai tangan untuk acara membatalkan air sembahyang. Beli kat outlet Habib Jewel di Bangunan Tabung Haji. Kebetulan suami pergi ke Tabung Haji tengok diorang tengah buat sale nak tutup kedai. Harga emas diturunkan,.. so apalagi beli je la.. dah jimat beratus ringgit.

Itu sahaja cerita pasal hantaran. Kot-kot boleh membantu memberikan idea buat bakal-bakal pengantin yang lain. Nak tiru pun boleh. Hakhakhak... Tapi yang penting beli barang hantaran yang korang bebetul suka dan akan pakai lepas kahwin nanti bukan takat beli untuk tunjuk menunjuk ok! Yang penting beli dengan harga yang kita mampu. Nanti lepas kahwin lagi banyak belanja. 

ok daa...


Friday, 27 December 2013

My Engagement : Hantaran

Assalamualaikum...

Hai... Aku sibuk sikit kebelakangan ni. Training 2 weeks luar dari office memang tak bukak lansung lah pc apetah lagi laptop kat rumah pun dah rosak. Nak update dari Sambung note tu memang berpinau lah mata nak baca font yang kecik-kecik. Hehe...

Kali ni nak fokus kat hantaran bertunang aku pulak sebab aku suke sangat kakak ipar aku buatkan. Memang cantik dan simple jer. Kos semua kakak ipar dan abang aku sponsor. Aku cuma bagi barang jer. Hehe...

::Sirih junjung::

:::Kain baju melayu::

::Cupcake::

::Buah-buahan::

::Sejadah::

::Biskut Famous Amos::

::Samping::

::Kesemua hantaran diletak di tepi mini pelamin. hihi::

::Hantaran tambahan saudara mara bagi.::

::Hantaran buat pihak lelaki.::
Hantaran aku buat encik tunang daripada 7 dah menjadi 12. Hehe.. Sudah menjadi kebiasaan saudara mara akan datang bawak buah tangan ni. Best tau duduk kampung! Ada kawan aku time tunang berbelas-belas hantaran jadinye!

Ini pula hantaran dari pihak tunang saya. Hehe... tema Hijau.

::Coklat::

::Kain baju kurung::

::Telekung - aku beli di Bella Ammara::

::Tepak sirih::

::Bekas cincin. Dah kosong sebab dah tersarung di jari. hikhik::


Ok. Itu saja kali ni. Sekarang pun dah agak busy dengan persiapan kahwin. Berapa bulan jer lagi ni. Dah readykah aku?!