Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Saturday, 23 December 2017

Pregnancy Journal II : Prenatal Check Up dan Pakej Bersalin di DEMC, Shah Alam

Assalamualaikum...

Aku dan suami dah hampir setahun pindah ke Telok Panglima Garang. Alhamdulillah rumah sendiri dan tak payah nak menyewa lagi. Oleh yang demikian aku kena lah survey hospital yang berdekatan dengan rumah baru kami ni. Kalau nak ke Al-Islam Specialist Hospital (tempat bersalin anak sulung) memang dah tersangat jauh lah. Karang terbersalin tengah-tengah jalan pulak. Hahaha...

Antara rumah kami dengan Shah Alam memang dah agak dekat la. Tak jauh pun. So aku buat survey hospital-hospital yang ada di Shah Alam dengan bertanyakan kat kawan-kawan yang duduk di sana. Ramai yang suggest DEMC. Husband aku pun berkenan dengan DEMC ni sebab Restoren Me'nate Steak House dengan Nasi Lemak Royale dekat gile sebelah bangunan jer dengan hospital. Hahaha apa yang penting bagi dia dapat makan sedap setiap kali teman aku pergi check up. T_T

Ok la bila dah husband pun suka, aku google pula info pasal pakar-pakar O&G yang ada di hospital tu. Banyak jugak blogger-blogger yang pernah bersalin disitu. Artis pun ramai youuuu! Banyak positive feedback. Masuk jer website DEMC boleh dapat banyak info yang lengkap. Nak set appoinment melalui website pun boleh. Bila aku dah decide nak doctor yang mana aku terus set appoinment. Bagi info sikit, pilih tarikh appoinment yang available dan submit. Mudah jer. Esoknya aku terus dapat call untuk confirmkan appoinment. Terbaiklah... 

Kalau nak tengok pakej bersalin DEMC boleh ke website diorg. Delivery Pakej DEMC.

-chieda

Friday, 22 December 2017

Pregnancy Journal II : Am I Pregnant?

Assalamualaikum...

Aku dan husband memang merancang untuk jarakkan anak sekurang-kurangnya 2 tahun lebih. Aku tak ambil pil perancang pun cuma kami husband & wife kena pandai-pandai la sendiri. Hehe... Masa awal awal dulu lepas habis pantang anak pertama, bulan pertama dan kedua memang aku makan pil. Tapi hasilnya berat naik mendadak. Trus stop ambil and decide merancang sendiri sampaila Helena dah masuk dua tahun lebih dan dah pandai berdikari makan sendiri semua baru terfikir nak bagi dia adik. Husband pula nak tarikh lahir anak-anak dalam bulan yang sama so aku pun mula la start menelek tarikh period dan subur. Hujung bulan May lepas masa bercuti di Korea aku period. Balik jer Malaysia dalam 2 minggu selepas tu kami cuba buat pertama kalinya...

Hasilnya lepas 2 minggu bila tiba tarikh aku sepatutnya period... 

Jeng Jeng Jeng



Result positif... banyak kali aku buat test semua positif. Lepastu beli test clear blue pulak sebab tak yakin sangat..


Alhamdulillah.. memang happy la. aku pun tak sangka sebenarnya rezeki secepat ini. Sebab aku saja-saja gatal tangan buat test pada hari yang sepatutnya period dan tak lewat pun lagi. keluar line terang jugak tu. 

Terus download apps pregnancy kat phone dan kira dari hari last period, due aku jatuh pada 5 March 2018. Maksudnya beza sehari jer dari birthday kakaknya Helena 4 March. Hehehe... tapi aku ni tak semestinya lahir tepat tarikh due. Helena dulu pun lahir 39 weeks. Kira okay lah tu..

Chieda

Thursday, 30 July 2015

Masuk Wad Angkara Bisul

Assalamualaikum...

Minggu pertama Ramadhan yang lepas 4 hari 3 malam berkampung kat wad hospital. Baby takde la sakit teruk cuma kelenjar di ketiak baby naik biji macam bisul. Hampir 3 minggu sebelum tu aku perasan ada biji kat ketiak dia cuma bila dibelek belek takde mata macam bisul. Baby pun rileks jer aktif dan tak menangis sakit lansung. Masa bawak dia pergi jab untuk umur 3 bulan 2 minggu lepas aku dah tunjuk kat PAED (pakar kanak-kanak) tu. Dia belek-belek picit-picit baby tak bagi tindak balas macam sakit pun so dia bagi antibiotik je la dan buat follow up lagi seminggu. Kebetulan seminggu lepas tu aku nak bawa baby datang untuk sunat pula.

Seminggu lepas appoinment 1st tu, kami datang untuk sunatkan baby pulak. Lepas sunat dengan bidan, bawak jumpa PAED untuk follow up kes bisul ni. Doc kata biji ni tak ada perubahan pun saiz still sama so dia suggest kat kitorang buat ultrasound untuk pastikan bukan nanah kat dalam tu. Kalau nanah memang merbahaya kat baby. Takut kuman merebak. So buat appoinment pulak hari Isnin untuk buat ultrasound.

On Monday datang la lagi buat ultrasound (banyak kali datang hospital naik cemuih aku.. hahaha). Hasilnya, dalam biji tu nampak kosong jer. Bulat jer kosong. Doc bagi kesimpulan mungkin ada air jer kat dalam tu. Tak merbahayakan baby dan dia akan hilang slow-slow but if biji tu membesar datang terus jumpa Paed. Ok lega la sikit rasa. Aku bajet tak payah dah la datang lagi ke hospital. Phew, tengok bil ultrasound saja dah RM200++ .  Result dia tak ada apa-apa.


Hari Rabu, lepas ambil baby dari rumah pengasuh aku perasan kat ketiak baju dia kuning-kuning. Takkan muntah susu sampai kuning macam tu. Balik rumah terus aku tukarkan baju dia dan belek-belek ketiak. Hmm.. biji tu dah pecah dan keluar nanah. Warna pun dah bertukar merah macam dah kena jangkitan. So kami decide esoknya amik emergency leave halfday bawak baby pergi hospital. Baby pun macam merengek sikit malam tu. Sakit agaknya.

Esoknya hari Khamis pergi hospital balik. Aku bajet kejap je la datang untuk check, amik ubat dan balik. Kami datang melenggang je bawak susu dah bancuh siap sebotol je letak dalam handbeg. Diapers, baju spare, susu fm yang selalu aku usung dalam beg baby tu sengaja tinggal. Hahaha! Lepas Paed check ketiak baby, memang baby kene admitted lah sebab nanah dah keluar. Nak kene buat minor operation untuk cuci nanah tu. Sementara nak tunggu nak masuk wad tu aku macam dah nak melompat dah. Baby pulak berak! dalam hati dok doa jangan la dia lapar mintak susu pulak. Susu spare tadi dah abis dah dia minum dalam kete ondaway datang hospital. Aku pulak gatai pergi pakai dress labuh sebab nak cepat pagi tadi main capai je baju yang tak payah iron. Camano nak bagi nenen. Hahaha.

Lepas masuk wad dan katil terus suh laki balik amik baju and susu baby. Baju dan barang-barang keperluan aku pasrah je la laki amik yang mana. Siap bagi list suh dia amik itu ini takut tertinggal. Rumah kitorang dengan Al Islam Specialist ni boleh tahan gak jauhnye.

Sementara nak tunggu abahnye datang bawak barang keperluan, mintak kat nurse dulu pampers satu sebab baby dah berak. Huhu.. lepas tu letak-lepak atas katil jer berdua. Sempat la dua kali baby menjerit mintak susu. So apalagi, tarik tirai rapat-rapat. Naik atas katil selak kain tutup kaki ngan selimut sumbat nenen. Petang sikit abahnye datang bawak macam-macam beg. Malas nak komen banyak pasrah je la apa yang laki bawak. Pakai je la. Hahahahahaah!


Baby dijadualkan masuk wad bedah kul 10 pagi hari Jumaat. So start jam 4 pagi dah kene puasa. Hmmm baby pun kene puasa. Cian dia... pukul 3.50 pagi aku terjaga so buat susu cepat-cepat dan paksa baby minum kenyang-kenyang. Mata pejam mulut nyonyot susu sampai habis sebotol. Then diorang hantar makanan sahur kat aku.

Jam 7.15 pagi baby dah sedar dari tidur. Agaknya sebab rasa kenyang lagi dia diam jer... Bangun tidur terus senyum-senyum kat aku. Hehe.. nak masuk je jam 7.30 pagi dia dah mula ehek ehek mintak susu.. Alamak!! Anak aku ni kalau lapar dia meraung kuat hooooo... dan yes lepas tu dia start meraung kau! dekat 3 jam aku pujuk dia tak jalan.. jenuh peluk, dukung, tepuk tepuk sampai rasa cam nak meraung sekali. Kesian dengan baby. Kecik-kecik dah kena puasa pulak. Sampai dia cakar muka sendiri sebab lapar sangat. sob sob sob..


Jam 10.30 pagi baru nurse panggil nak bawa ke operation room. Kejap jer pun dalam setengah jam dah siap. Jam 11.15 nurse pnaggil suh amik anak. Dari jauh dah dengar dia meraung. Aikk.. ingat dia tidur lagi sebab kene bius. Dah sedar dah budak ni. Nangis sebab lapar. Aiyooo...

Naik jer ke wad aku terus buat susu penuh satu botol. Selalu bagi 4oz kali ni aku buat 6oz. Tak sempat dah nak selak-selak baju. Tak tahan tengok dia nangis bagi botol lagi cepat. Terus dia minum laju-laju. Alahai anakku! Sambil nangis sambil minum. Habis satu botol tu! Lepas tu diam jap then nangis balik. Trauma kot kene puasa tambah-tambah pulak sakit kat ketiak. Cian dia. Then tepuk-tepuk terus tidur.


Hari Sabtu lepak-lepak je kat wad tak buat apa-apa. Tak dapat balik lagi sebab doc nak bagi nanah tu betul-betul kering. Petang tu baby duduk dengan abah dia kat wad, aku turun ke bazar Ramadhan kat seberang jalan. Meriah sungguh bazar kat Kampung Baru ni. Macam-macam ada. Seronoknya!

Hari ahad petang lepas doc check baru lah dapat balik.


Seronok tido kat hospital. Hahahaahaha! 
Terima kasih Doc & Nurse di Hospital Pakar Al-Islam Kpg Baru atas layanan yang mesra dan baik kami berdua.

-chieda

Saturday, 6 June 2015

Pregnancy Journey : List Keperluan Baby Baru Lahir

Assalamualaikum... Alhamdulillah anak aku dah nak masuk 3 bulan dah next week. So kat sini aku listkan barang-barang keperluan baby baru lahir mengikut apa yang aku rasakan perlu. Sebelum bersalin aku google dan hampir semuanya aku nak beli sebab tak tahu kan pakai ke idokk... ni dh 3 bulan lahir so dah tau la yang mana penting.


List keperluan bayi

Pakaian
1. Bakul/rak/almari pakaian bayi. (aku berpantang kat rumah mertua so aku beli rak dari Lazada untuk letak di rumah mertua. Kat rumah sendiri beli drawers dari Ikea.)2. Baju lengan panjang dan seluar panjang @ baju malam
3. Baju lengan pendek dan seluar pjg/pendek @ baju siang
4. Baju jalan-jalan (beli selai dua dulu ke pakai time nak pergi cocok)
5. Rompers dan jumpsuit
6. Mittens & Booties (anak aku skang suka hisap mittens dia so aku bli byk2 slalu tukar)
7. Stoking
8. Topi
9. Barut (beli la dalam 10 helai ker)
10. Baby bib (aku beli 3 tapi sampai sekarang tak pakai lg... nnt dah umo 6 bulan bru pakai kot. Takat minum susu jer nak pakai wat pe)
11. Bedung
12. Sapu tangan (aku bli punye byk last2 lap pakai kain napkin je. Membazir.)

Diapering
1. Napkin (aku beli je tapi guna utk lap2 mulut dan muntah je)
2. Baby pin (tak pakai pun)
3. Diapers (saiz newborn aku beli 2 pack jenama pet pet & mamypoko lps habis terus tukar saiz S)
4. Wet tissue (Beli byk2 takpe mmg sentiasa pakai)
5. Changing mat (lapik kat tilam baby masa nak tukar baju dan pampers supaya tilam tak kotor bile baby berak atau tetibe terkencing)
6. Nappy liner (Baby yang baru lahir sampai umur 1 bulan akan selalu u'uk, u'uknya pun bukan banyak, sikit je. Jadinya kalau guna nappy liner ni, bila baby u'uk buangkan je nappy liner ni, tak perlu tukar pampers baru. Aku beli tapi tak pakai lansung. Rugi je)
7. Baldi dan Bakul Untuk Lampin / Baju Kotor
8. Detergent Khas Pencuci Baju Baby

Baby Care & Grooming
1. Bakul barang mandian
2. Baby bath
3. Baby shampoo
4. Baby powder
5. Baby lotion
6. Baby oil
7. Tab mandian baby
8. Tuala mandi
9. Bakul barangan grooming & health care
10. Minyak telon
11. Nappy rush cream ( jenama Drapolene or Bepathen)
12. Methylated Spirit - Alcohol 70% : cuci pusat sampai tertanggal. Ini dibekalkan oleh hospital)
13. Gripe water/colic water (utk kembung perut bayi)
14. Set mani pedi - gunting kecil, pemotong kuku. (Wajib ada coz kuku bayi cpt pjg)
15. Nasal Aspirator - Yang ini untuk baby ketika baby kena selsema. 
16. Thermometer
17. Sikat / Berus Rambut (baby aku rambut halus so x pakai pun)
18. Toothbrush
19. Cotton Bud : Cotton bud untuk baby dan yang biasa kita guna adalah berbeza
20. Cotton Ball 

Barangan Breastfeeding
1. Botol susu
2. Puting
3. Berus pembersih botol
4. Penyepit botol
5. Sterilising tablet (aku rendam air panas je)
6. Cecair pencuci botol
7. Breast pump set (wajib ada. Lps direct feed trus pump dan simpan kalau tak breast bengkak. Sakit oi)
8. Cooler bag set - storage bottle & ice gel
9. Warmer : Tempat menyimpan botol susu yang dah bancuh (aku beli tak pakai pun sebab bg fresh2 kat baby)
10. Bottle Sterilizer (aku guna air panas jer)
11. Nursing Cover
12. Nursing Bra
13. Nursing Pad Washable/Disposal (nanti bocor basah baju)
14. Thermos
15. Nipple Cream

Nursering - Keperluan Tidur Baby
1. Set Tilam
2. Comforter baby
3. Kelambu @ Mosquito Net
4. Baby Cot @ Play Pen
5. Nursing pillow (aku beli tapi tak pakai pun)

Barangan Asas Untuk Mama & Keperluan Berpantang
1. Set selepas bersalin : Jenama NR, Grandma Secret, Tanamera.. mcm2 ada
2. Bengkung (beli bengkung moden je senang)
3. Sweater
4. Tungku
5. Tuam/tungku baby : Untuk baby kalau kembung perut
6. Selipar
7. Kain batik
8. Maternity Pad
9. Stoking
10. Minyak urut : minyak mestika
11. Tuala mandi
12. Tukat urut
13. Air zam-zam/selusuh (aku tak sempat pun minum before beranak)

Kelengkapan Lain & Travel
1. Stroller
2. Car Seat 
3. Baby Carrier
4. Diapers Bag
5. Bouncer / rocker (tak beli pun tapi orang bagi)
6. Baby Warmer For Bottle : Ini untuk cairkan storage susu yang sejuk beku baru keluar dari peti ais. Ada orang suka rendam pakai air suam jer.

Beg Hospital Mama
1. Buku Rawatan Merah/kad pink
2. Kad Pengenalan
3. Guarantee Letter (if company ko cover la)
4. Handphone
5. Baju / T-Shirt
6. Kain Batik 
7. Tudung / Skaf
8. Stoking
9. Baju Dalam / Seluar Dalam / Disposable panties (1set)
10.Peralatan Mandi
11. Tuala Mandi
12. Maternity Pad
13. Sweater
14. Selipar
15. Beg plastik baju kotor
16. Minyak angin

Bakul Hospital Mama
1. Air Selusuh 
2. Air Zam-Zam
3. Makanan / Minuman : ( Biskut/Roti/Milo 3in1)
4. Termos Panas
5. Majalah / Buku / Al-Quran
6. Tisu

Beg Hospital Baby 
1. Pampers New Born
2. Baju Siang / Malam (Panjang)
3. Seluar Siang / Malam (Panjang)
4. Mitten & Booties
5. Bedung
6. Barut
7. Topi 
8. Selimut
9. Tuala Mandi Baby 
10. Tuala Muka 
11. Baby Wipes 
12. Baby Bath, shampoo, lotion, oil
13. Minyak Telon

** kalo beranak kat private, xyah bwk pape pun xpe.. ko melenggang je bwk kad pink, ic, baju ko selai, baju baby dua lai... yang lain sume diorang bagi. Kuikuikui... aku dulu bwk macam2 2, 3 beg membazir je. Hahahah! Laki aku yang berat dok usung beg byk2. Kesian dia!

Aku copy info dari blog ni. Masheh awak! Tapi edit2 sikit ikut apa yang aku pakai la.. http://rabiasensei.blogspot.com/2013/11/senarai-barang-keperluan-bayi-dan-ibu.html

Wednesday, 3 June 2015

Helena dan Baby Cotnya

Assalamualaikum...

Sejak dari 1st day Helena lahir aku dah ajar dia tidur asing. Aku berpantang dekat rumah mertua sebulan. Di rumah mertua aku beli playpen dari Lazada RM 150 je. Lepas tu tempah set tilam kekabu dari ig baby_umyra_pillow RM450 satu set ada tilam kekabu, bantal 4 segi 2, bantal karipap 1, bantal peluk 2, comforter dan nursing pillow. Tempah 3 bulan sebelum deliver baby.

:: inilah set tilam yang aku tempah kat ig baby_umyra_pillow ::
Tapi last-last nursing pillow tu tak pakai pun. Tilam pun jarang pakai so tinggal kat rumah mertua sampai hari ni. Bila balik sana je baru pakai. Rugi la jugak.. hewhewhew


:: anak aku tido x suka bantal::

Dirumah kitorang lak, aku beli baby cot dari Ikea dengan harga RM299 sekali mattress RM100. Boleh tahan la harga dia. Then aku beli bumper set tu takut dia terhantuk ke kayu cot tu. Bumper set beli kat Aeon Mid Valley harga RM70 lebih kurang. Kat rumah aku pulak banyak nyamuk so beli la kelambu tu. Order online jer kat website ape tah.. lupe.. sorry. Lebih kurang RM150 sekali ngan besi stand tu.

Punye la banyak bantal aku beli kat dia. Ada lebih kurang 5 bijik bantal. Bila letak je dia merengek marah suh buang. Bila biar je baring takde bantal elok jer lena. Adoyai anak... hahaha!

Tiap-tiap malam lepas susu aku tidurkan dia dalam baby cot ni. Dah lena, tutup kelambu tutup lampu. Laki kat luar tengok TV. Aku tidur dulu. Pagi esoknya tetibe bunyi suara baby jerit-jerit kat sebelah telinga mintak susu (Ahahaa.. anak aku jenis kurang sabar. Asal bangun tido jer takde merengek terus jerit jer kalo lapar). Magic! Tetiba je dah ade sebelah kat atas katil tido sekali kitorang. Hmmm... Abah dia ler ni. Abah masuk tido angkat dia join sekali kitorang tido atas katil.. hahahaha

Anak baru sorang boleh la... k bai!

Thursday, 28 May 2015

Life lepas ada anak...

Assalamualaikum...

Hai lama tak update lepas ada baby ni. Memang kalut sikit hidup aku sekarang. Hihihi... nak buat apa pun kadang kadang semua tak sempat. Kekadang skip makan, skip mandi.. kekekeke.. Dah hampir 3 minggu lebih aku dah start kerja. Yela swasta cuti 2 bulan je. Sedihnya anak aku 2 bulan dah kena hantar ke pengasuh. Nak buat macamana. Mama dan abah kena kerja cari duit.

Bercakap mengenai pengasuh. Alhamdulillah dapat pengasuh yang baik dan jaga baby elok elok. Jiran tingkat bawah rumah kitorang je. Upah untuk baby sebulan RM300. Kira murah lah tu kan. Pagi-pagi pukul 8 dah hantar dia. Aku tukar diaper dan susukan siap-siap sampai kenyang. Hantar dia tak mandi huhu.. bushuk masham. Petang bila balik kerja dah wangi dah. Mandi bersih siap pakai baju tidur dah. Mood pun baik. Kadang-kadang time ambik dia tidur tapi kebelakangan ni dah jarang tidur. Asyik nak bersembang dah kata pengasuh dia. Hehe.. mood dia pun baik je asyik senyum je.

Anak aku Helena Aishah memang rupanya copy paste muka abahnya. Sebijik! Kulit pun ikut abah... tak cerah sangat macam aku pastu kulit sensitif dan kuat berpeluh macam husband aku. Hahaha! Rambut pulak lepas cukur masa usia dia 2 minggu sampai sekarang tak lebat lebat. Ibu mertua ada cerita yang husband aku masa baby memang rambut takdak. Memang anak abah la ni kan. Masa first time pergi rumah pengasuh, husband tak ikut. Dia boleh tanya " ni muka ikut abah dia ye?" Haaaa.. nampak sangat takdak lansung ikut muka aku. Hahahaha!

:: belanja sikit gambar Helena ::

Masa aku preggy perut aku memang besar so before aku scan jantina aku bajet baby boy tapi lepas scan doc kata girl. Yeayyy!! Petang tu jugak terus gi shopping baju babygirl pinky pinky!

Seronok weh ada anak. Rasa macam dah lengkap hidup walaupun tak cukup tidur. Tak sempat makan. Tak sempat mandi. Tengah-tengah berak baby nangis nak susu. Tambah tambah bila suami tak balik lagi semua aku kene handle sorang-sorang. Lepas balik kerja kene tidurkan dia dulu baru dapat pergi masak dinner. Kalo tak dia menjerit panggil. Hahahaha!

Ok lah bye!



Tuesday, 17 March 2015

Pengalaman Bersalinkan Baby Sulung

Assalamualaikum...


Alhamdulillah aku dah selamat melahirkan puteri sulung aku pada 4 March 2015 yang lepas pada jam 10.52 mlm di Al-islam Specialist Hospital Kampung Baru, KL. Baby seberat 3.59kg selamat dilahirkan secara normal.. fuhhh!

Aku tak ada turun sebarang tanda nak bersalin pun contohnya macam keluar darah, air ketuban or contraction tu. Cuma rasa nak terberak je sejak dua tiga hari sebelum tu. Rasa nak berak tapi bila pergi ke toilet duduk berjam-jam tak keluar apa-apa pun. Pada hari Selasa, 3 March aku still pergi ke office lagi tapi dalam hati dah terdetik dah mungkin ni last day kerja. Ada kakak kat office pun dah tegur 'ko ni macam dah tunggu masa je ni anytime baby nak keluar dah ni'... huhuhuhu

Pada pagi 4 March tu aku ada appoinment untuk 39 weeks check up. Masa appoinment tu doc seluk untuk tengok bukaan. Rupa-rupanya dah terbuka 3 ke 4cm dah so terus kene tahan di wad bersalin. Huhu.. nasib baiklah barang-barang semua dah ready dalam kereta.

Aku start masuk wad bersalin lebih kurang jam 11 pagi. Nurse pasang CTG untuk monitor jantung baby dan contraction. Dua tiga kali nurse dan doc datang untuk check bukaan. Aku dan husband berkampung lah kejap kat wad bersalin tu sementara nak masuk labour room. Lepas jer berbaring kat katil wad aku dah mula start rasa contraction dia. Makin lama makin kuat. Dalam jam 5 petang nurse datang masukkan ubat berak. Fuuu.. tak sampai seminit aku dah gelabah turun katil cari toilet. Elok pulak la toilet kat wad tu orang tengah guna. Ciss! Keluar dari wad cari toilet lain. Lega.....

Selesai jer membuang, aku disuruh terus masuk ke labour room. Fuhh... macam tak percaya jer aku dah nak bersalin. Dup dap dup dap.. first experience ni. Bilik bersalin ni memang ada satu katil je so aku sorang je la kat dalam tu. Lega sikit sebab aku tak payah nak dengar orang sebelah jerit-jerit sakit. Biar aku sorang je jerit.. hehehe.. takde la stress sangat masa sakit nanti kan! First time aku berbaring di katil bersalin.. fuhuhuhu... rasa semacam je. Dalam hati asik dok cakap "betul ke aku dah nak bersalin ni? Betul ke ni? " Tak lama selepas aku masuk, husband aku pun masuk sekali temankan aku.

Tak lama lepas tu bidan datang check bukaan. Still 4cm tapi sakit contraction semakin kuat dan kerap. Tak lama lepas tu air ketuban aku dipecahkan. Aku dengar macam 'tap' bunyi dia pastu rasa air suam-suam keluar habis basah dah kat bawah tu. Huhuhu... lepastu saluran kencing dimasukkan tiub untuk keluarkan air kencing. Uwaaa.. tak selesanya! Dah la sakit contraction ni. Then mesin CTG dipasangkan balik untuk monitor baby dan contraction. Aku disuruh mengiring ke kanan dan ke kiri setiap 10 minit. Uih... terseksa rasa dengan perut besar... dengan wayar berselirat... dengan sakit contraction yang semakin berganda-ganda tu nak kena pusing pusing mengiring. Bidan yang monitor aku tu cakap ni untuk mengelakkan baby kat dalam perut tertidur so bacaan kat CTG elok sikit.

Masa aku di wad bersalin sebelum tu ada nurse datang offer aku untuk ambil epidural. Katanya selalu pesakit bersalin sulung diorang akan tawarkan epidural sebab takut si ibu tak tahan. Aku sebelum tu dah berbincang dengan husband aku tak nak ambil epidural sebab nak rasa 'nikmat' sakit bersalin tu. Hahahah! Lagi satu aku ada terbaca effect akibat epidural tu menyebabkan ibu mengalami sakit kepala berpanjangan, sakit belakang dan lain lain lagi lah. Entah betul ke tidak aku tak sure lah kan sebab baca pengalaman orang yang dah pernah ambil. Aku decide ambil ubat tahan sakit yang paling murah jer. Lebih kurang RM30+ tak ingat nama ubat tu apa. Kalau epidural lebih kurang RM800+. Haa harga berganda-ganda berbeza so effectnya pun berbeza lah. Sakitnye ya Allah! Fuhhhhhhhhhhh nikmat!

Aku dan husband menunggu di labour room lebih kurang 5 jam sebelum bukaan betul-betul terbuka sepenuhnya. Sakit contraction masa tu tuhan saja yang tahu. Mujur husband ada temankan aku. Tiap-tiap kali sakit tu datang aku peluk pinggang husband yang mok mok tu. Ehhe... bidan ajar aku cara penafasan masa sakit tu datang. Tarik nafas ikut hidung dan hembus sekaligus guna mulut. Elok masuk jam 10 malam Dr Norlida yang nak sambut baby aku pun masuk dalam labour room dan bersiap nak sambut baby.

Aku ni dah la first time nak bersalin, memang jakun dah tak tahu apa-apa lansung. Nak meneran pun tak reti. Hahahaha! Masa mengandung dulu kelas antenatal tak pernah terfikir pun nak pergi. Bertuah betul! Bidan dan doc dok suruh aku teran macam nak teran berak sembelit. Aiyo.. aku jarang berak sembelit. Boleh lupa camne nak teran berak. Kihkihkih... Kaki aku dua-dua diletakkan di besi tepi katil. Tangan aku pulak menarik semacam tali kt besi tu tiap-tiap nak meneran. Perghhh.. sakit gile. Banyak kali cubaan meneran gagal. Aku dah semacam putus asa sebab tenaga dah banyak guna. Dah semakin lemah. Husband kat sebelah tak putus asa suruh 'teran teran keluarkan anak aku cepat!' Huhuhu...

Hampir nak masuk setengah jam aku meneran tapi tak keluar-keluar juga Doc, bidan,nurse dan husband aku dok pujuk-pujuk bagi semangat untuk teran. Doc suruh husband basahkan muka aku sebab aku dah kepenatan teramat sangat macam dah hilang semangat. Husband aku pergi curah air kat muka aku sampai lencun. Hampeh.. doc suruh renjis jer! Husband dah bising-bising suruh teran cepat! adoiyai! Tak sabar dah nak tengok anak dia keluar. Lepas tu aku pun semangat la balik sebab tak tahan dah sakit. Rasa macam nak keluarkan baby cepat-cepat. Setiap kali contraction datang aku teran kuat-kuat. Lepas beberapa kali cubaan, keluar la kepala baby... menjerit semua orang termasuk husband aku. Meriah betul labour room malam tu! Push push teran lagi! Teran lagi! Husband aku dah macam bagi sorakan kat pasukan bola pulak dah! Aku teran lagi sekali sekuat tenaga, then rasa macam meluncur jer baby keluar... Alhamdulillah lega rasa semua kesakitan hilang. Baby aku diambil untuk dibersihkan di luar labour room, husband aku pun hilang sekali pergi tengok baby dia. Hahaha! Kemudian dengar bunyi tangisan kuat. Happynya rasa hati. Sementara aku di dalam labour room lagi doc keluarkan uri dan menjahit luka perineum. Aku tak tahulah berapa jarum kena sebab masa tu dah letih sangat-sangat. Jadi khayal jer.

Lebih kurang pukul 12.45 malam aku disorong masuk ke wad bersalin. Kemudian husband aku mintakkan nurse hantar baby. Barulah aku dapat tatap buat pertama kali wajah puteri aku ni. Hihi... geram betul tengok baby sendiri. Aku pun tak expect baby aku 3.59kg. Semangat betul baby aku. Alhamdulillah syukur...

Thursday, 26 February 2015

Pregnancy Journey : 38 Weeks... Sakit Oi Kene Seluk! ahaaaa

Assalamualaikum...

Aku sekarang dah 38 minggu. Segala persiapan nak sambut orang baru semua dah lengkap dah. Lega rasa.... yang tinggal cuma stroller dan beberapa barang yang aku rasa tak penting sangat. Selasa lepas pergi checkup baby macam biasa. Cuma kali ni first time la kene seluk dengan doc sebab dah 38 minggu kan. Memula doc scan baby, hihi.. berat baby dah cecah 3.38kg... huiii besar kata husband aku. Dia pulak yang risau katanya nanti bersalin anak dia keluar besar. Then nurse tarik langsir, doc cakap nak seluk nak tengok bukaan. Aku pasrah je la memula sebab first time dan tak pernah kena seluk lagi.. hahahaha

Doc suruh tanggalkan panties, aku nak bangun la nak bukak tapi nurse tahan sambil cakap "takpe baring je saya buatkan.." ahaaaa.. segan mek! Nurse tolong tanggalkan panties.. (seblum ni husband yang buatkan.... ehhhhhh! Ihik malu saya!) Then doc cakap jangan stress stress relax jer... kalau relax tak sakit... then dia seluk.. ohoiii sampai kedalam aku rasa.. sakit oii.. aku angkat punggung. Doc lembut je cakap jangan angkat punggung relax-relax... maaf yer ni memang tak selesa sikit. Huhu.. memang ngilu aku rasa sepanjang hari tu... huwaaaa... sakit!! (Laki seniri buat tak sakit pulak... ehhh itu lainnnn!! 😜)

Doc cakap belum ada bukaan, so appoinment next week 4 March pula. Ape-ape pun aku selesa buat check up di Al islam Specialist Kpg Baru ni. Memang dah niat nak bersalin kat sini pun kan... Gynae kat sini pun perempuan je so rasa senang hati la sikit nak bagi seluk ker terkangkang ker... huahuahua... Semua orang kat sini baik-baik jer so tiap-tiap kali datang checkup rasa seronok dan excited!

Aku dapat MC sehari manakala husband kene bekejar balik ke office. Memandangkan aku masih belum nak bersalin, esoknye masuk office balik. Buat kerja pun light-light jer sebab kebanyakan kerja dah pass kat trainee yang akan gantikan aku selama maternity leave 2 bulan nanti. Kalau ambil cuti awal dan duduk saja-saja kat rumah pun bosan jugak. Kalaulah tiba-tiba sakit nak bersalin jenuh kena tunggu husband balik rumah. If datang office dah sah-sah laki aku kat depan mata... hihi (kami laki bini kerja satu company department lain lain).

Petang-petang camni kerja dah settle so google je la cari resepi berpantang... kuikuikui.. ok lah bye!

Pregnancy Journey : Sakit Gigi Ketika Hamil

Assalamualaikum...

Last few weeks (agak-agak tengah preggy dalam 36-37 weeks gitu) aku menanggung azab sakit gigi geraham sebelah kiri. Atas bawah pulak tu. Huwaaaa... sakit dekat bekas tampalan. Bila dibelek belek dekat cermin elok jer ditampal lubang tu takde pun lubang baru. Tapi sakitnya ya Allah!! Berdenyut-denyut sampai menangis nak menahan. Aku pun macam biasa sambil menahan sakit google info pasal sakit gigi ketika hamil ni, hmmm.. tak boleh nak buat apa selain tahan jer sakit ni sampai bersalin. Dari info yang aku jumpa kalau pergi jumpa dentist pun sia-sia jer lah kot.

Menurut pakar pergigian, bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kerana janin sedang berkembang. Justeru sebarang rawatan membabitkan suntikan terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan x. (Aku copy paste jer dari blog orang).

Husband aku dok risau tengok aku nangis-nangis sebab sakit gigi ni. Dia ajak pergi klinik aku berdegil taknak.. kehkehkeh sebab percaya sangat dekat mr google yang doc tak dapat buat apa-apa sebab tengah preggy. Aku stress sangat sampai baby tengah aktif bergerak gerak dalam perut pun aku marah-marah suruh duduk diam... amende la mama nih kan baby! Kuikuikui...

Untuk mengurangkan rasa sakit, husband aku bancuhkan air garam dan letak bunga cengkih then suruh aku kumur. Dia siap beli koyok sekotak untuk aku tampal kat pipi. Kurang le kejap sakitnya lepas tu sakit balik. Koyok tu pulak aku pakai sampai kulit pipi aku merengsa sebab gam koyok tu kuat sangat. Adoiii!! Lebih kurang seminggu jugakla aku menahan sakit gigi... punya la degil sampai taknak pergi klinik. Haihhh...

Then masa pergi checkup baby tepat 37 weeks, aku ngadu kat obgyn aku yang gigi sakit sangat... hahaha! Dia bebel la bila aku cakap aku tak pergi jumpa dentist pun. Hahahaha! Dia siap cerita yang dia pun pernah sakit gigi masa preggy dulu siap suruh doc gigi cabut dan cakap "jangan risau tak ada efek kat baby pun sebenarnya saya sendiri pun gynae.. takpe cabut je!". Husband aku yang ada sekali masa tu trus bebel kat aku depan-depan gynea... " haaa tulah saya dah nak bawak gi klinik dia tak nak... bla bla bla..." hambik ko!

So aku decide la esoknye nak gi dentist tapi last-last bila tiba hari esok.. hilang pulak sakit gigi. Tinggal sengal-sengal je.. hahahaha!

Alkisahnye, jangan buat andaian sendiri. Jangan percaya sangat kat google tu. Sepatutnya awal-awal lagi pergi jer jumpa dentist walaupun tengah preggy. Mungkin kalo dentist taknak cabut, dia boleh bagi ubat kumur or antibiotik yang dos rendah sesuai untuk ibu mengandung.

😆 padan muka aku...

Wednesday, 21 January 2015

Pregnancy Journey : Selesema dan Batuk

Assalamualaikum...


Ehemm... semalam birthday aku yang ke 29 tahun... iye.. dah 29 tahun dah. Tahun ni last berada dalam lingkungan umur 20-an. Hikhik!
Semalam jugak aku terlantar seharian kat rumah kerana tak sihat. Selesema plus sakit kepala dan batuk sikit. Pagi-pagi bersiap macam nak ke office last-last lepas husband parking nak pergi naik komuter, elok je kaki aku melencong ke klinik. Hihi.. dapat la MC sehari. Rasa tak sihat sangat. Allah! Dugaan kecil. Dulu selalu jugak selesema tapi tak seberat yang aku rasa ketika tengah mengandung ni. Kepala jadi berat. Badan pun of course lah berat jugak. Hehe... dalam dok terbaring sebab sakit kepala tu, baby aktif pulak la bergerak gerak kat dalam perut goyang-goyang buntut, tendang tendang... aiyoo.. memang takde mood lah pulak nak layan baby. Cian budak kecik ni. Tepuk tepuk perut sambil cakap " baby, mama cakit ni, duduk diam-diam jap ye... " lepas tu elok jer die diam.

Dari apa yang aku baca dalam blog, ibu ibu hamil tidak digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan tertentu bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Tapi aku makan je ubat selsema sebab dah tak tahan sangat cuma paracetamol untuk demam dan sakit kepala jer aku tak makan. Antara cara semulajadi yang aku baca ialah :-

1. Minum air sekurang-kurangnya 1.5L sehari. Air yang banyak boleh mengelakkan dehidrasi dan mencairkan lendir-lendir akibat selsema.
2. Makan makanan seimbang yang ada sayur dan buah. Pilih sayur yang kaya dengan vitamin c.
3. Banyakkan berehat
4. Bersenam
5. Makan madu

Aku sekarang dah mengandung 33 minggu. Lebih kurang 8 bulan dah. Tak lama lagi dah. Last check up Sabtu lepas 17 January, doc kata kepala baby dah engage. Dah ada kt bawah dah. Pandai dia cari pintu nak keluar. Hehehehe... so yang timbul-timbul kt perut aku tu buntut dia la agaknya. Suka betul dia tonggek-tonggek ye! Hihihi aku sekarang kerap betul berulang ke toilet nak buang air. Kadang-kadang rasa ngilu kat ari-ari sebab kepala baby dah menghimpit pundi kencing. Allah... penat tau berulang alik ke toilet. Tapi takpe, kejap je ni. Baby pun macam tak sabar nak jumpa mama ngan abah dia kot.

Barang-barang baby semua dah aku siapkan. Beg ke hospital pun dah siap. Letak semua barang siap-siap kt tepi so nanti bila aku start sakit husband dah tau kat mana nak ambil. Cuma set bersalin, bengkung dan tungku jer tak cari lagi ni. Tukang urut pun aku tak booking lagi. Takpe ada lagi berapa minggu ni.

Next checkup sepatutnya lagi 2 minggu. Bila dah masuk 8 bulan ni checkup akan jadi lebih kerap kerana doc nak monitor baby. Bila bila masa je dari sekarang kita boleh bersalin. Tapi next weekend aku nak balik kampung. Last balik la time tu. So jadinya checkup 8 Feb pulak. Huhu...

Itu saja la cerita minggu ni. Daaa...

Wednesday, 24 December 2014

Pregnancy Journey : Detail Scan

Assalamualaikum...

Dalam keadaan badan aku yang semakin memberat dan membesar ni, aku jadi cepat sangat letih. Nak buat kerja rumah pun dah tak larat apetah lagi nak update blog. He he... Masuk hari ni aku dah 29 minggu dah. Cepatnya masa berlalu tau-tau je dah 7 bulan dah. Masuk trimester ketiga ni memang rasa berdebar-debar dah. Barang baby pun banyak tak beli lagi ni.

Last month masa pergi checkup, gynea aku ada tanya nak buat detail scan tak? Aku pun blur-blur tak tau kebenda detail scan tu untuk ape tapi aku angguk je la bila doc menambah nanti dapat cd rakam pergerakan baby. Huhu... so sabtu lepas ada pre-natal appoinment dan seterusnya terus buat detail scan dengan sonographer.

Selalunya appoinment aku pagi-pagi dalam pukul 9.30 camtu tapi sebab nak buat detail scan aku kene datang petang jam 2.15. Nak pergi Kampung Baru kalu waktu pagi jalan tak de la jem sangat sekali sabtu lepas hambik ko... jalan jem.. appoinment jumpa gynea kul 2.15 aku sampai kat kaunter registration dah pukul 3 petang.. aisehhh!! Orang dah la ramai time weekend. Lepas jumpa gynea aku kene tunggu pulak turn buat detail scan. Sadis betul rasa sebab dapat nombor 3 paling last. Nurse-nurse dan doc semua dah balik, kaunter semua dah tutup tinggal sonographer ngn assistant sorang je nak abiskan lagi 3 orang ibu mengandung ni.. husband aku muka dah toya dah.. naik cemuih dah main game kat hp sampai habis betri. hahahaha... sampai je turn aku rasa girang tak terkata.

Ok ni antara info yang sempat aku google.

Detail scan atau anomaly scan ni tujuannya untuk memastikan baby membesar secara normal atau tidak. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal baby dan tumbesaran. Kebanyakan ibu ditawarkan buat detail scan ni pada usia kandungan 20-24 minggu. (Tapi aku buat time baby dah masuk 28 minggu)

Detail scan selalunya dibuat oleh Pakar Sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 minit. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur (kandungan aku jadi 30 minggu pulak -_-') . Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang, degup aliran jantung, lengan, jari, tulang belakang, perut, tali pusat dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan baik.

Detail scan jugak dapat mengesan kecacatan bayi seperti kecacatan muka contohnya sumbing, struktur kecacatan jantung, organ-organ bayi seperti kaki dan sebagainya. Namun scan ini hanya boleh mengesan 70-80% kecacatan fizikal bayi tetapi bukan kecacatan otak bayi seperti sindrom down.

Pakar sonografi jugak akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan. Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk memastikan ia dalam kedudukan normal.

So, semasa buat detail scan ni baby aku tak duduk diam. Asyik bergerak je tendang-tendang. Aduih!  Masa nak scan muka pulak, mula-mula elok je pandang ke arah kita lepas terus pusing nak menyorok disebalik uri dia. Aiyo... pemalu sungguh anak aku ni. Tiap-tiap bulan scan dia suka sangat sorok muka tu. Overall sonographer kata ok jer cantik jer semua ukuran. Kali ni nampak betul pipi baby dah tembam. Hihi.. usia kandungan pulak cepat dua minggu.. aiyooo... Dari apa yang aku google pada usia 28 minggu sepatutnya baby aku baru 1.1kg macam tu tapi budak kecik dalam perut ni dah cecah 1.55kg... hahahah! Pipi dah macam kuih pau!


Tengok tu... yang kanan tu uri. Masa ni tengah nak gerak-gerak pergi sorokkan muka sebalik uri dia tu... hikhik..

Apa-apa pun aku harap baby aku lahir dengan sempurna dan sihat. Alhamdulillah setakat ni semuanya ok. Next appoinment bulan depan 24 January 2015. Fuhhh... time tu dah 8 bulan. Berdebar-debar dah ni..

Ok lah.. tu jer... daaaaa

Wednesday, 26 November 2014

Pregnancy Journey : Boy or Girl?

Assalamualaikum...

La la la la la laa... well last month kan.. masa check up baby aku dah tanya kat doc, baby dah 5 bulan dah boleh nampak ker gender die? Doc say yes, tu pun kalau dia nak tunjuk la.. hikhik...

Masa nak scan tu jenuh jugak la doc nak cari posisi yang boleh nampak. Aiyaaa... anak aku ni suka bebenor kepit kaki tau... tiap-tiap bulan scan dia kepit kaki. Malu bebenau lah sayang mama ni!

Pusing punya pusing akhirnya... nampak jugak... hikhik! Alah comel-comel!

::Cuba teka jantina saya!!!::

Gambar buntut dan punggung babyku... doc padamkan sikit kaki sebab menghalang yang tengah-tengah tu.. hikhik!

So apakah jantina baby aku? teka lah tekalah! Teehehehe...

Pregnancy Journey : MGTT Test

Assalamualaikum...

Sabtu lepas aku pergi check-up baby dan buat MGTT Test (Meal Glucose Tolerance Test) or dalam erti kata lain minum air gula untuk mengenalpasti ibu hamil mengidap kencing manis atau tak.

Last month check-up Dr Ros dah pesan siap-siap suruh aku puasa dari malam sebelumnya. So dalam jam 10 mlm tu aku dah stop makan. Kalau menurut kawan-kawan aku if check up kat klinik kerajaan, memang diwajibkan ambil test ni sewaktu usia kandungan 4 dan 7 bulan dan kalau di private hospital adakalanya tak kena ambil lansung. Dalam kes aku, doktor suruh aku ambil test ni sebab berat naik mendadak sangat. Hehe.. Berat sebelum mengandung aku 62 kg dan sekarang dah 6 bulan mengandung berat dah naik sampai 76 kg. Naik 14 kg wooo... Doktor risau if ada diabetis.

Appointment aku jam 8.15 pg. Sampai-sampai jer kat Al-Islam Specialist Hospital tu ada ceramah/tazkirah agama so delay jap la segala aktiviti. Semua staff dan orang yang berurusan disitu duduk ramai-ramai dengar ceramah pagi tu. Huhu... Elok jam 8.55 a.m. ceramah pun habis. Jam 9.10 pagi nombor aku dipanggil untuk ambil darah, urine dan minum air gula. Masa darah aku diambil aku dah nampak beberapa gelas kaca berisi air gula warna purple. Hehehe.. perisa anggur nasib baik sedap! Masa nak telan rasa macam minum kordial anggur yang sangat-sangat pekat! Perit tekak nak telan sebab masih dalam keadaan berpuasa. Perut pun lapar giler. Hukhuk... Then, aku kene tunggu lagi sejam untuk diambil darah dan urine sekali lagi. Nurse siap pesan tak boleh muntah, kalau muntah kena ulang balik test. Huhuhu...

Tepat jam 10.15 pagi darah dan urine aku diambil sekali lagi. Then kene tunggu lagi sejam. Memang bosan nak kena menunggu dalam keadaan lapar. Nasib baik lah husband sentiasa menemani sambil main game Clash Of Clan -__-'. Aku suruh pergi breakfast dulu tak nak. Nak tunggu aku jugak so dia pun join puasa makan jugak! Hahaha...

Jam 11.15 pagi kali ketiga urine dan darah aku diambil. So total 3 kali ambil darah dan 3 kali urine sampai pelipat lengan aku dah macam kene gigit vampire dah haa... lebam-lebam! hahahaha! Lepas selesai diorang suruh aku pergi makan dulu sebab result keluar dalam setengah jam. Tapi disebabkan aku malas nak bergerak keluar. Aku tunggu je sampai siap.

Tepat pukul 11.45 pagi baru dapat jumpa dengan doktor untuk check baby. Bila scan baby dalam keadaan bersujud. Tangan pula tutup separuh muka. Nampak mata pejam dengan hidung cute dia tu je! Hikhik... last month scan pun tutup muka jugak.. haihh la baby ni! mama ngan abah nak tengok muka dia la sayang... Berat baby aku 737 gram. normal lah tu untuk baby 6 bulan. Lepas scan doc cucuk aku suntikan kancing gigi. So total hari ini 4 kali kene cucuk.. huwaaaa.....

Then, result MGTT pun keluar. Result normal. Aku tak ada diabetis. Alhamdulillah! Berat baby pun normal jer so maknanya disini, aku yang kuat makan sampai naik 14 kg... ok! Hehe... kene gelak dengan husband sebab kuat makan sampai overweight padahal dia pun sama jer membuncit sejak aku preggy ni. Cheh! Hmm tepat jam 12 tengahari baru la dapat makan. Terus lunch jer kat Restoren Padang seberang jalan tu. 

Itu sajalah cerita aku Sabtu lepas...


Wednesday, 19 November 2014

Pregnancy Journey : Awal Kehamilan dan Morning Sickness

Assalamualaikum...

Awal-awal kehamilan aku mengalami perut berangin. 24 jam asyik kentut aje. Hahaha... hasil dari carian google tu rupa-rupanya adalah perkara biasa bagi ibu yang baru hamil disebabkan tindak balas hormon dalam badan. Tapi sekejap aje sekarang dah tak ada dah kentut-kentut. Kemudian badan rasa letih yang teramat sangat. Selalu rasa nak baring jer. Lagi satu asyik ulang alik ke toilet nak membuang air aje.

Morning sickness bagi setiap ibu yang hamil memang tak sama. Alhamdulillah aku alami morning sickness sekejap aja. Bermula dalam minggu ke 7 hinggalah nak masuk minggu ke 12. Setiap pagi selepas mandi dah siap pakai baju kerja semua mula lah uwekkkk uwekkkkkkkk! tambah-tambah kalau time tu suami sembur perfume dia... Allah! Aku betul-betul tak suka bau husband aku time awal-awal preggy tu. Bau semua jenis perfume pun aku tak suka lah! Sejak aku muntah-muntah tu semua jenis body spray, spray ketiak dan perfume lansung tak berusik. Lantak le badan aku tak wangi pun. Tak tahan la kalau asyik nak termuntah je bila bau.

Then aku tak boleh masuk dapur. Memang rasa loya bila terbau minyak dan bau dapur. So aku stop masak semasa awal-awal 2nd trimester dulu. Aku siap ajar husband aku macamana nak goreng sayur kacang simple. Hikhik... masuk je usia kandungan 3 bulan lebih aku start memasak balik. Kesian laki asik makan kat kedai jer.

Haaa.. habit terbaru sejak preggy ni aku jadi malas sangat nak bermekap or bersiap lawa-lawa kalau nak pergi kerja atau keluar. Kalau dulu aku pantang kalau keluar rumah tak pakai eyeliner, lukis eyebrow dan tenyeh lipstick sikit. Sekarang... Allah! muka pucat, baju serabai. Hahaha! Tak kisah dah. Orang cakap aku preggy anak perempuan sebab kalau babygirl dia amik seri ibunya. Haha! Macam-macamlah... ada juga yang teka baby boy.

Elok saja kandungan masuk 12 minggu aku dan suami fly ke Langkawi untuk honeymoon kali ke 3 (plan dah lama sebelum kahwin lagi dah beli tiket). Aku cukup risau time tu sebab banyak dengar cerita ramai yang keguguran kalau naik flight masa 1st trimester. Aku juga cukup risau kalau-kalau termuntah atas firefly tu. Nasib baik la tak ada apa-apa. Time tu dah rasa kuat sikit. Boleh mandi laut, jalan-jalan, nak duckboat dan siap naik kereta kabel Gunung Macincang lagi tu. Haa.. yang paling best masa kat sana automatik aku dah stop muntah. Pelik kan... Sebelum ke airport Subang nak ke Langkawi tu siap muntah dulu kat rumah. Elok je dah sampai chalet di Langkawi dah tak muntah dah sampai sekarang...

Hobi baru selepas habis episod muntah-muntah pulak ialah memasak. Kalau memasak pulak kalau lauk pauk tak sah kalau tak cukup 3 atau 4 jenis. Bakar kek la. Buat puding la. Ais krim malaysia la.. yang nak makannye dua orang je (plus baby kecik lam perut).  Last-last tak habis makan buang je. Lepas tu terlebih rajin pulak bila baju-baju kerja husband habis aku iron cukup untuk sebulan. Hahaha! Dulu cukup tak suka iron baju.. sekarang terlebih rajin. Hmm.. macam-macam.

Apabila kandungan aku masuk bulan keempat, aku terkena tekanan darah tinggi. Lebih kurang dua minggu jugalah aku sakit kepala dan ada muntah-muntah sikit. Mungkin aku tak jaga makan. Alhamdulillah sekarang dah ok.


Tak sabar nak tunggu baby keluar... Sekarang dah mula gerak-gerak... hikhik!

ok bai!

p/s: Ibu mertua aku pesan pada suami supaya tak bagi aku tengok benda pelik-pelik. Even Darth Vader dalam movie Star Wars pun tak boleh... hmmm hmmm.. hehe tapi biasalah aku tengok jugak. :P



Friday, 14 November 2014

Pregnancy Journey : Pemilihan Hospital Untuk Pre-Natal Checkup Dan Bersalin

Assalamualaikum...

Alkisahnya lepas dah confirm aku pregnant, aku pun mula la start mencari-cari info mengenai hospital dan klinik untuk buat monthly check up dan bersalin. 

Mula-mula aku terfikirkan HUKM (sekarang dikenali sebagai PPUKM) sebab jarak antara HUKM dengan rumah aku duduk sekarang sangat dekat. Tak sampai 10 minit dah sampai tu pun kalau tak jem la. Huhu... Aku google-google info pun kata bersalin kat situ bagus. Half government dan deposit kemasukan ke wad RM750 je.  HUKM cuma ada wad bersalin biasa dan wad specialist. Tak ada kelas macam hospital penuh kerajaan. Untuk wad specialist kosnya lagi tinggi dan biasanya orang panggil wad  'private wing'. Lepas tu husband boleh temankan semasa dalam labour room tapi tak boleh tunggu dalam wad isteri sama macam wad hospital kerajaan yang lain. Hmm... akan difikirkan.

Then aku google lagi. Jumpa pulak PPUM. Half Government juga. Macam-macam pengalaman bersalin aku baca di blog-blog. Ada yang puji bersalin kat PPUM bagus sebab ramai pakar dan kelengkapan yang cukup. Cuma yang ini aku reject lah sebab suami tak boleh enter labour room... Aku nak husband aku nanti temankan masa bersalin. Huhu... Takpe kita survey lagi.

Last-last aku tanya kakak aku. Kakak aku dah dua kali bersalin di Hospital Pakar Al Islam Kampung Baru. Memang yang ini dia puji habis. Aku pon google info pasal hospital ni. Al-Islam Specialist ni adalah private hospital. Deposit kemasukan ke wad RM1500. Cost tiap kali check up anggaran dalam RM250+ dan yang paling best doc pakar O&G (perbidanan dan sakit puan) semua perempuan. Yeahh suka!! Aku memang nakkan doctor perempuan yang sentuh aku. Tapi jaraknya dari rumah agak jauh sikit lah. Tapi nak buat macamana bila hati dah tekad nak kesitu. Hospital ni juga menitik beratkan ciri-ciri keislaman. Dari review yang aku baca di blog-blog, sepanjang berada di wad ada dipasang bacaan ayat-ayat Al Quran dan ada diberikan Al-mathurat sementara menunggu nak bersalin khas untuk pembacaan ibu-ibu supaya lebih tenang ketika nak melahirkan. Kakak aku pun ada bercerita ketika dia menunggu untuk bersalin, nurse tolong ambilkan wudhu untuk tunaikan solat tiap kali masuk waktu walaupun sakit nak bersalin tu kian kuat. Baguskan!

Then aku terus call Al Islam Hospital untuk buat temujanji dengan O&G. Temujanji boleh dibuat setiap hari Sabtu so aku tak payah la nak mintak half day cuti. Yeah! 

1st temujanji adalah pada 16 August 2014. Masa tu aku preggy dah masuk 10 weeks. First time jumpa doc yang sangat ceria, Dr Ros. Peramah pulak tu. Sukanya aku... Menurut doc kandungan aku baru lagi so tak payah buka buku merah lagi. Doc scan baby dan kira due date aku. Excited sangat bila nampak jantung baby dah berdegup kencang siap bunyi kuat macam guruh.. whoaaa!! Dah nampak ada tangan, kaki semua.. hikhik then doc print bagi kat aku gambar scan baby. Seronok sangat.

::My darling baby at 10 weeks old::
Overall aku happy dengan perkhidmatan staff-staff di Hospital Pakar Al Islam ni. Nurse pun baik-baik semua dan aku tak sabar nak datang check up lagi nak tengok perkembangan baby. Husband aku pulak dia suka je sebab tiap-tiap kali lepas check up dia suka ajak aku pergi makan kat Restoran Padang kat seberang jalan tu. Hahaha!!

Cost untuk check up dan bersalin disini boleh tahan juga berbanding dengan hospital private yang lain tapi tu untuk bersalin normal ajalah. Tak sampai pun RM3k. Tapi kalau bersalin ceaser or kelahiran ada komplikasi mau cecah belas-belas ribu. Kakak aku bersalin anak kelima di hospital ni bil mencecah RM11k jugak lah sebab ada complication. Harga ubat yang digunakan agak mahal. 

Tapi bukanlah aku demand sangat nak bersalin di hospital private sampai taknak hospital government cuma aku nakkan yang terbaik untuk baby.1st time experience lah katakan. Harap-harap aku bersalin normal. Pasal kos mahal, aku dan husband dua-dua bekerja, dua-dua orang dapat maternity benefit. Kalau husband aku tak pakai, rugi lah... bukannya dia boleh beranak pun. Hahaha!!


Pregnancy Journey : Pregnancy Test & The Excited Moment

Assalamualaikum...

Aku bernikah pada 31 Mei 2014. Bersanding pada 1 Jun 2014. Selang sehari lepas bersanding iaitu pada 2 Jun 2014, aku period. Mujur lah period datang lepas habis majlis. Kadang-kadang aku selalu juga diserang senggugut walaupun period datang on time tiap-tiap bulan sebab tu risau sangat kalau-kalau period time bersanding nanti habis masam muka dalam gambar kahwin sebab tahan sakit. Haha! Dan pada masa tu aku memang totally out pasal pregnancy semua ni. Tak pernah ambil tahu, bila persenyawaan akan terjadi, bila tarikh subur, bila sesuai nak bersama suami... Yang kawan-kawan aku dok bagitahu, bila abis period je kalau bersama suami confirm pregnant! Haha!

Majlis menyambut menantu pula selang 2 minggu selepas tu iaitu pada 14 Jun 2014. Selang dua hari aku dan suami fly ke Bali untuk honeymoon. Sebelum pergi tu sempat la jugak aku pergi beli pregnancy test sampai 2 kotak. Satu kotak ada dua strip so jadinya ada 4 aku bawak. Actually. dalam pada aku dok kata nak 'perut kosong' dulu sebab nak jalan-jalan aku nak jugak merasa bunting pelamin. Ekekeke! Masa kat Bali 1st day aku dah buat 1st test tapi negative. Saja gatal! Ye lah... time tu aku baru tengah subur kot! Mana lekat lagi.. membazir je. 2nd day kat Bali, masa nak keluar jalan-jalan tiba-tiba je perut aku cramp. Sakit sangat! Aku dapat agak la time tu telur baru keluar (orang pompuan paham ni). So kalo persenyawaan berlaku time tu memang sukses la. Hari keempat aku test lagi. Negative lagi. Betul-betul membazir nasib baik beli yang murah punya jer.

Bila dah balik Malaysia aku baru la nak google info macamana persenyawaan berlaku. Haha bodo piang btul rasa. Bila dah lewat period baru lah test urine yang aku pegi test time tengah subur tu buat apeee... gara-gara tak sabar la ni. 

Dan memang... 2 minggu lepas tu period aku lewat! Hahaha....

1st test lepas 2 hari period lewat (aku memang dah biasa catat tiap-tiap bulan bila tarikh datang period so senang nak tahu dan rujuk doktor). Result negative. Tak naik dua line pun... agak kuciwa...

2nd test lepas 5 hari period lewat. Naik dua line tapi samar-samar macam kat bawah ni. Dah rasa excited sikit.


::2nd test::
3rd test aku buat lepas seminggu lewat period. masa ni dah yakin sikit la ada budak kecik kat dalam perut. Hihi... dah tunjuk kat husband. Hehe sama-sama excited.



Untuk kuatkan lagi keyakinan aku pergi beli pregnancy test Clear Blue mahal sikit. RM23 satu. Jenis ni memang 100% percaya aku preggy. Siap ada tulis berapa minggu dah lekat baby. Time ni kat office rasa cam tak sedap duduk tak puas hati dengan result sebelum ni aku trus pergi beli dekat Guardian KL Sentral dan balik terus test dekat toilet office. Hehehehe



Bila dah yakin aku memang preggy, aku dan suami pergi check di Klinik Famili BTS. Just to confirm je la... Hehehe. Lepas doktor pun dah confirmkan aku preggy baru la beritahu kat family semua. Excited betul! Bakal cucu sulung sebelah family suami dan cucu yang ke 7 untuk sebelah family aku.

Hehe.. dalam pelut ada budak kicik!

Wednesday, 24 September 2014

Life after marriage...

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah nak masuk 4 bulan dah kahwin. Apakah perasaan selepas bergelar wife? wow... seronok + penat + tak sunyi lagi. Hehe... mesti lah bahagia ye tak? Majlis di kedua-dua pihak berjalan lancar. Ramai sangat kenalan yang datang. Terima Kasih!! Hehehe... aku nak buat review/post mortem majlis kawin aku pun gambar dari photographer tak dapat-dapat lagi. Lambat betulla... Video kahwin je yang siap awal. Nak upload kat blog tak boleh pulak. Nak kene convert file dulu kot. Nanti lah aku try upload yer. Cantik sangat video kahwin. Sangat-sangat puas hati!

Ramadhan tahun ni memberikan banyak kenangan manis. Aku tak sahur dan berbuka sorang-sorang macam dulu dah. Yeay! Dapat bersahur dan berbuka dengan husband. Hiks! Hari-hari masak tau (mak pesan air tangan isteri lah yang dapat tambat hati suami.. chewahh).

Lepas tu... jeng jeng jeng...




Dapat berita gumbira apabila disahkan mengandung! Double happiness.. Alhamdulillah!! Bunting pelamin katenye... hiks

Sekarang dah masuk 16 weeks. Kalau ikut perkiraan In Sha Allah due March 2015 nanti. Tak sabar rasanye nak tunggu baby keluar!


::Mama and abah to be::
Awal-awal mengandung dalam minggu ke 7 hingga ke 12 tu memang aku lembik sangat. Mual-mual dan muntah tiap-tiap pagi. Nak bukak tengok blog pun tak lalu. Nak update pasal honeymoon ape tah lagi. Semua jadi malas. Tapi alhamdulillah sekarang dah okay sikit. Mood dah baik. Dah rasa makin sihat.

Oklah... dah jam 5.48 ptg. Dah tiba time nak balik rumah. Bai!



Tuesday, 28 February 2012

My New Niece...

Presenting my new baby niece...

NIK ALISYA QAISARA

::2, 3 hari lepas dilahirkan::
Yeayyy! Baby Alisya anak kakak aku yang keempat. Lahir 30 January 2012 yang lepas (10 days after my birthday.. heee.. ). Geram sangat-sangat kat Alisya nih! beberapa jam lepas kuar dari perut aku dah gi dukung die. Kuar-kuar jer pipi dah tembam! hihi.. 

Mase aku kat China 2 minggu lepas asyik teringat-ingat jer kat budak kecik nih! Last Saturday baru la dapat pegi lepas umah my sis nak kelek-kelek budak kecik ni. Hihihihi.. dah besar sikit die dan dah botak! Hehehe.. geram geram!

::umur 26 hari dah pandai senyum sorang-sorang hehehe.::

::aummm cakk!::

::Acu dan Alisya::
Hari ni 28 Feb birthday mama Alisya. Happy Birthday my dear Sis! hehehehe

Rindu pulak kat budak kecik ni. Tunggu bebila free nak gi lepak umah my sis lagi.

P/s: Lambat lagik la aku nak ada baby sendiri. Haihhh...