Sunday, 25 December 2011

Laksa Utara Kak Limah..

Ohh haii.. I'm back...lega sikit la cuti 3 hari ni baru lah lapang sket. Tak tahu nak buat apa so duduk kat rumah je lah sorang-sorang. Petang tadi sambil layan hindustan aku sempat masak laksa seperiuk. Sedap ooo kuah die.. (puji diri sendiri.. hinsss hinsss..) sampai 3 mangkuk aku hentam. Dah la cerita hindustan tadi sedih bebenor sambil layan laksa pedas sambil air mata meleleh tengok kajol sakit nak mati. Aahahahahhaha...


Pape je lah...


So sekarang ni aku nak letak resepi laksa utara kak limah..
kenapa nama dia laksa utara kak limah? Sebab nama mak aku Kak Limah! ahahahhaa.. Aku belajar masak jugak dari mak aku kan... so hentam sajalah bubuh nama mak aku jadi la Laksa Utara Kak Limah. Hehe..


Laksa Utara Kak Limah
Bahan-bahannya
- 4 atau 5 ekor ikan sardin, 2 ekor ikan kembong (siyes aku campur jadi sedap!)
- 10 tangkai cili kering (sukati aku la nak letak berapa sbb aku ske pedas)
- 2 tangkai bunga kantan
- daun kesum sikit
- 5 biji bawang merah
- belacan
- 5 keping asam keping
- garam secukup rasa
- laksa kering beli kat kedai bawah umah.. :p


Cara-cara nak masak.
1. Aku rebus dulu cili kering tu lepas tu tapis and blend dengan bawang dan belacan. Aku letak jugak sikit cili padi bagi kaw sket. hahak!
2. Rebus ikan dan kemudian blend isi ikan. 
3. Tulang ikan jangan buang lagi boleh di blend dengan air rebusan ikan tadi.
4. Masukkan je semua bahan-bahan yang dah diblend dalam periuk. Lepas tu letak la garam secukup rasa, asam keping, bunga kantan dan daun kesum.
5. Sambil tunggu kuah masak boleh la rebus laksa kering tadi tu. Sebelum rebus jangan lupa rendam dalam masa sejam... rendam lama pun takpe nak bagi lembut.
6. lepas kuah dah masak biarkan sebentar bagi rata semua asam garam dia.. pehh sedapp!
7. sediakan la bawang besar, cili padi, limau nipis, timun, salad, daun seylon dan pape je lah yang korang suke! hahahah.. sedapnyeeee...


Aku nak gi makan laksa buat kali keempat! Yummmm


Gini le ropenye Laksa Kak Limah aku...




Tata...




Saturday, 10 December 2011

Jadi Orang Jepun Kejap...

Ohaiyoo gozaimasu...


Annual Dinner UEM Group of Companies dah pun setel malam Isnin lepas tapi hari ni aku baru nak cerita. Agak-agak macam dah basi la kan. Pedulik ahh.. yang penting aku nak post pic aku malam tu! hahaha...


Aku bertukar menjadik perempuan Jepun lah kejap!


Tadaaaa...







Ok tak? Mekap sendiri jer nih...


Malas nak cerite pape... Nak tunjuk gambar jer...
Ok babai!


P/S : Dinner malam tu dihadiri seramai 4500 orang.. pehhh.. penuh dewan! Macam tak terkawal...


Sunday, 4 December 2011

CIMB Year End Party... Mistique Red...

Semalam aku pergi CIMB Party kat Euphoria, Ministry Of Sound, PJ... Theme die Mistique Red.


Well, tak nak cakap banyak la. The party ok la.. Cabutan bertuah punye hadiah sangat-sangat best! Ada ipad2, blackberry, iphone 4, Gold deposits account, RM5000, Tv Plasma and so on lah... sobs... satu pun tak sangkut kat aku.. waaaaaaa.... tak nak cakap banyak la... aku tepek je la satu pic. Aku lupa bawak kamera so tumpang kawan satu. :p


Jangan jeles yawwww... Dayang Nurfaizah in da houseeeeeeee!!!! Sore die best!



Pedulikan lah pompuan gemuk sebelah Dayang tu.. yang penting dapat pic ngan Dayang!




Monday, 31 October 2011

Melantak Dengan Girang di Arabic Restaurant!

Semalam aku lepak kat Shah Alam jer. Lama sungguh tak pergi Shah Alam sampaikan sekarang Seksyen 7 area rumah sewa aku dulu berubah dengan mendadak sekali. Fuhhh... kenapa la zaman aku belajar kat sana dulu tak hebat macam ni. Kau cakap je la nak makan apa, western, arab, indon semua ada weh! Nak beli kain nuu seberang jalan je ada Jakel. Nak beli barang rumah jalan kaki jer pergi Giant (masa aku duduk situ dulu tu Pasaraya Bintang). Memula sampai terus pergi buat treatment rambut kat saloon peberet aku masa study dulu Max Point Hair Studio dengan harapan yang besar dapat la jumpe hairstylist hensem aku dulu si Joness Tan. Sekali tunjuk kad die diorang cakap Si Joness dah berenti keje pindah kat Banting setahun yang lepas. Arghhhhh!!! Sedihnye! Tak dapat lagi tatap muka kacak die ala-ala artis Hong Kong tuh. Kuciwa... Rasa nak nangis. T_T  Heh.. sudah la. Jom cerita pasal makanan.


Akibat kelaparan melampau semalam kerana rambut siap pukul 6.30 petang sedangkan aku belum lunch lagi (tarik nafas jap... ok sambung..) bf aku bawak pergi makan dekat restoren arab sebab kata dier portion makanan arab sepinggan memang banyak dan muka aku memang nampak macam orang kebuluran. Heh! Kitorang pergi lunch + dinner kat Zam Zam Arabic Restaurant kat Oasis 9 Section 9. Belakang Plaza Masalam ngan Mekdi Sec 9 tu jer.


Restoren baru jer bukak. Parking space memang banyak dan menyenangkan orang ramai nak datang sini. Pekerjanya pulak semua arab. Takde sorang pun melayu. Aku tengok bf aku pun terkial-kial nak order. Hahahahhaa!! Kitorang bukak menu lepas tu tak tau nak pilih apa. Aku yang tak pernah makan makanan arab ni lagi lah. Aku tanya dia "Chicken Mandy ni apa? macam Ayam mandi ja bunyi. Hehe" "kabsa ni natang pa. Pelik ja.." "lamb Madghut? Hahahha!" last-last kitorang order berdasarkan gambar kat menu tu. Chicken Mandy ni nampak macam sedap. Nasi die warna warni so aku order je la yang tu dan bf aku order Lamb Kabsa. Minuman Watermelon Juice dengan Honeydew Shake jer.



Environment restaurant tu memang best. Perabot semua nampak mewah. Customer pula memang penuh la malam semalam dan order pun cepat jer sampai.


Aku punya makanan Chicken Mandy. Memang sedap la rasa dia superb! Aku dan bf memang sengaja amik lain-lain so kitorang boleh rasa dua-dua. Masa nak bahagikan ayam dan kambing tu aku ingatkan mesti susah dan liat. Sekali aku cocok dengan sudu jer.. Alahaiii... lembutnye isi! Senang sangat nak potong. Ayam pun sangat juicy dan fresh. Tetiba rasa happy gila! Hahaha!


Bagi aku dua-dua Chicken Mandy dan Lamb Kabsa ni sedap tapi aku lebih suka nasi Kabsa bf aku dan sememangnya walaupun orang kata beras basmathy (iklan die kate huuu panjangggggggg!) ni cepat kenyang walau makan sikit tapi dah nama kami ni buruk lantak dan kuat makan kami pun order lagi satu nasi tambah Kabsa ni. Kata nak diet tapi.... :p


Memang kenyang sangat-sangat dan sedap! Dan bil untuk tiga pinggan pun ok la berpatutan. Semua sekali berjumlah RM66. Bukan selalu leh makan mahal-mahal macam ni. Bf aku kan kedekut! hahaha (Nasib baik die tak tau pasal blog aku nih :p)


Ok lah itu sajer. Terbayang-bayang lembutnya Chicken Mandy tu.. Owhhh... terliurr. slurppp...


P/s: Apa beza Lamb, Mutton dengan Goat? Semua tu Kambing kan... 

Friday, 14 October 2011

Bagai Telur Dihujung Tanduk

Pemandangan yang biasa aku lalui hari-hari kat office aku. Bangunan sebelah office aku nih...

Nampak apa-apa yang peliktak kat pic nih? 

Tak nampak ker? Meh aku crop-kan sikit kasi besar...

::Perghh seriau!::

Bermacam-macam cara kita untuk cari rezeki. Salah satunya macam mereka-mereka kat pic ni yang sedang mencuci bangunan. Diorang ni cuma pakai topi keselamatan dan bergantung pada tali tu jer. Sambil mencuci diorang duduk kat box serbaguna yang isi barang tu. Heeee.. seriau aku tengok. Gayat.. heeeee... Tak macam cerita Cuci-cuci the movie pon. Tapi itula sumber rezeki diorang kan. Aku peratikan jer diorang ni mencuci bangunan sebelah dari office aku kat level 20 ni. Betapa selesanya kita bekerja dalam bangunan siap ber-ekon ni. Syukur dengan apa yang ada.


Thursday, 13 October 2011

Budu Oh Budu...

Budu cap Ketereh! Ohh yeahh! Shedappp...


Mu suko budu? Ambo suko wehhh... Sedak! hakhakhak... Nok qhoyak klate ambo dok gheti sangakk.. hakhakhak...


Aku baru jer baik dari selesema. Ada lagi sikit-sikit ni. Ubat pun dok makan lagi. Akhirnya hidung aku pun dah berfungsi semula untuk menghidu makanan! Ho yeahhh... Isnin lepas kakak aku bagi budu sebotol. Giler ahh.. best kot makan ikan goreng cicah budu dengan nasik panas-panas. Heaven... 




Balik-balik rumah jer aku terus proses budu ni. Potong bawang besar, potong cili, taruk budu sikit then perah asam limau. Perghhhh... heaven wa cakap lu! Tapi malangnye masa tu aku tengah selesema teruk. Hidung tak dapat nak hidu bau budu so pembangkit selera tu kurang skit ah. Sedey betul. Hikhik... Tapi habis gak la separuh botol budu nih aku telan.




Aku asalnya mula diperkenalkan dengan budu nih sejak disekolah menengah lagi. Sejak kakak aku kawen dengan abang ipar aku yang asalnya orang kelantan. Sejak mula-mula makan dah jadi peberet nih. Tetiap kali kakak aku balik kelantan sure order berbotol-botol budu. Dan semestinye budu cap ketereh la yang menjadi pilihan. Huhuhu.. aku penah rasa budu cap lain tapi rasa dia tak sesedap cap ketereh ni. Pebenda ketereh ni? Ketereh ni buah janggus la.


Ok lah.. Nak balik dah kul 5.30.. yeayy esok Jumaat!


Thursday, 22 September 2011

Day 29 ~ Your favorite photo of your close friend and what you think of them

Noin, Huda, Iena... my childhood friends!
::Berani mu nak tembak aku...::


 ::Picture taken during my bff Iena's wedding::

Ada, Asilah,Ina, Nisa... UiTM Seri Iskandar, Perak (2004-2007)


::During Nisa's engagement::
They're my bff! They rock my life!!
BFF 4 eva!