Sunday, 14 August 2011

Day 08 ~ What's in your make up bag?

What's in my make up bag?


Hmmm... Marila tengok!


::My makeup bag::
 Barang-barang yang wajib ada dalam beg makeup setiap gadis!

::The things! hwahwahwa::

::Firstly, kita mesti ada bedak. Aku pakai bedak L'Oreal true match, pastu Ronasutra. Kadang-kadang aku pakai Maybelline Clear smooth ikut suka ati la bile nak pakai. Pastu bedak compact Silky girl tu aku suke sebab cermin kat dalam die besar. huhuhu::

::Eye shadow hitam dan putih aku paling suke pakai. Eyebrow shadow pun aku ske pakai. Aku suke kening tebal ala-ala zaman 60 an. huhu::

::Ini eyeliner wajib ada. Liquid punye tahan lama dan senang nak tanggal bile kene air. Nak semayang senang sebab tak comot.::

::Mascara Maybelline kegemaran aku untuk menimbulkan bulu mata yang giler lentiks!::

::Lipstik aku ade satu jer tu pun kakak yang bagi. Aku kurang gemar pakai lipstick. Tu lipstick Estee Lauder kaler Pinkberry. Aku selalu pakai lipgloss Silkygirl tu jer pastu lipice pelembap bibir::

::Kalo nak effect pipi kau merah-merah gitu natang ni wajib ada!::

::Nih pun ade gak. Bila aku malas basuh muka mula la jerawat mancanak canak naik cam cendawan lepas hujan.::

Okeh tu jer...







Saturday, 13 August 2011

Day 07 ~ Nicknames you have; why do you have them

Aku takde la nicknames yang havoc-havoc sangat pun. Biasa-biasa jer.


~Spyder~
Camana aku boleh dapat nick ni? Ntah la aku pun tak berapa ingat. Bermula pada awal tahun 2000 atau 2001 kot masa aku kat sekolah menengah. Masa tu zaman hiphop... huhuhuhuhu... Rasa macam tak boleh belah masa tu. Tiap-tiap hujung minggu aku macam remaja lain lepas balik tuisyen suka melepak kat McD Taiping. Haha.. masa tu zaman hiphop memang tengah top la. Melepak dengan kawan-kawan lelaki yang dressup dengan seluar baggy shiny-shiny dan tshirt besar. Kahkahkah... Kelakar betul kalo nak diingatkan balik zaman 10 tahun yang lepas. :P Lepas tu nickname setiap seorang kene ada. Pehh macam-macam la diorang reka termasuk la nama aku. Kebetulan kan perangai aku macam kasar-kasar sikit dan aku masa tu suka sangat dengan labah-labah. (Teringin nak bela kot). Kawan aku masa tu nama dia Eja la bagitau diorang semua suruh panggil aku Spyder (ejaan sengaja ditukar macam ni yer baru nampak hype!)
::Aku dulu teringin nak bela labah-labah as a pet! Gilaa::


Lepas tu, aku pun lebih dikenali dengan nick Shieda Spyder. Sampai sekarang ni jugak la kalo terserempak dengan kawan-kawan lepak yang lama mesti diorang panggil aku dengan nickname ni. Kuikuikui... mengenang kisah-kisah lama ni buat aku tersenyum jer...




~Sikucenghitam a.k.a blackcat~
Nick si kucing hitam ni bermula semasa aku mula-mula nak masuk UiTM Shah Alam. Masa tu sekadar suka-suka jer aku nak buat email baru (sha_blackcat). Kebetulan sangat-sangat pada tahun tu band-band indie tengah meningkat naik dan band indie dari Ipoh Bittersweet tengah hot dengan lagu Kucing Hitam.


::Saye hemsemm..::


Aku masa tu pulak guna nick kucing hitam @ blackcat untuk myspace, facebook dan lain-lain. So aku lebih dikenali dengan nick sikucenghitam ni lah. Huhu... masa tu ada jugak sesetengah kawan-kawan dengan tak semena-mena akan nyanyi lirik "kuceng hitamm" bila terjumpa dengan aku. Huhuhu... Melekat jugak la sampai sekarang.


~Cida~
Bagaimana nama aku yang panjang boleh jadi sependek ini? Kawan-kawan aku punye keje lah ni. Masa sekolah kawan-kawan panggil aku full name. Hahahaha! Nurul Shahida! Naik sekolah menengah panggil Shahida jer. Sampaila satu hari tu bff aku kate "Wehh... nama hang panjang sangat la aku pendekkan jadi Shida je lah!" Suke-suke ati die je kann.. tapi melekat la nama Shida tu sampai masuk U. Masuk pulak U, jumpa kawan-kawan baru. Bile nak tanya pasal assignment jer mesti nak kene sms sebab masing-masing hostel jauh malas nak berjalan, depa pi pendekkan lagi nama aku jadi Cida. Pastu lagi pendek jadi Cda terus. Pehhhh... Shieda, Cida, Cyda, Cda... boleh pendek lagi tak? Kehkehkeh... Suka ati korang la nak panggil aku apa!

Friday, 12 August 2011

Abah...

Aku kat kampung sekarang ni. Alhamdulillah abah aku dah keluar dari hospital. Dah nampak sihat sikit dah. Lega rasanya tengok abah dah berselera nak makan dan dah boleh tidur. Tapi kaki abah still bengkak lagi tak surut-surut kene jalan pakai topang. Huhuhu...


Umur abah dah menginjak ke 69 tahun. Aku pulak anak bongsu. Memang agak terasa lah hati ni bila tengok abah sakit teruk macam ni. Sejak dari kecik sampai la umur aku 18 tahun aku tak pernah berenggang dengan abah. Aku memang rapat dengan abah. Sepanjang aku membesar kebanyakan masa aku dihabiskan dengan abah. Masa aku kecik mak kerja kilang. Kerja ikut shift manakala abah kontraktor dan berkebun kat rumah jer. Memang abah sentiasa ada je la kat rumah. Pergi sekolah balik sekolah abah hantar dan ambil sampai aku tamat SPM. :)

Masa aku membesar aku tengok abah sentiasa sihat, tegap dan rajin sangat berkebun. Bila dah jatuh sakit macam ni berat susut abah kurus jer, berjalan dalam rumah sikit dah penat. Nafas tercungap-cungap. Makan pun tak lalu. Doktor cakap paru-paru dan jantung abah lemah. Darah pulak kadang-kadang pekat kadang-kadang cair. Haihhhhh... macam-macam penyakit dah mula datang. Kami adik beradik semuanya dah tinggal dan bekerja kat KL Tinggal lah abah ngan mak berdua jer kat kampung. Makin la aku risau. :(


Harap-harap abah cepat sembuh macam biasa. Semoga dipanjangkan umur dan dapatlah aku balas jasa-jasa abah dan mak sepanjang membesarkan aku. Dapat mewalikan penikahan aku lagi tiga tahun. Huhuhu...


Sayangggggggg abah!


::Ohh ini bukan pic abah dan aku. Hehe.. ni Edward Cullen dengan anak die Reneesme Cullen::

Day 06 ~ Your favorite song


Fuckin' Perfect by PINK...

Bf aku dedicated lagu ni untuk aku dan aku akan dengar lagu ni disaat aku tengah down. Lirik lagu ni sesuai unruk membangkitkan semangat diri sendiri. Huhuhu...



Thursday, 11 August 2011

Day 05 ~ Things that you usually do before you go to sleep

Ape aku buat tiap-tiap malam sebelum tidur?
Tak ade ape-ape yang menarik pun... nak selesaikan challenge ni punye pasal aku citer jugak la...

Weekdays
Balik keje
Masak
Dinner
Online
Chatting dengan encek bf
Tengok TV
Kunci jam
Peluk-peluk Bobo sambil baring (Hehe..)
Cium-cium bau busuk Bobo sampai tertido
Huhuhuhu...

Weekends
Keluar dengan encek bf sure balik lambat sikit.
Lepas balik tengok TV.
Online.
Lepak-lepak
Sembang dengan Bobo..
Cerita kat Bobo tadi kuar dengan papa buat apa.
Peluk-peluk Bobo..
Cium-cium bau Bobo sampai tertidoooo...

Hahahhahahha.. giler bosan hidup aku!

Sape Bobo?
Ni haaa...
 .
 .
 .
 .
 .
 .
::Bobo lagi besar dari Adelia::
Err.. yang kanan tu anak buah aku. Bobo yang sebelah kiri ok. Huhu.. bau die beshhhhh....

Ok. Serius mesti korang kata aku umur dah 25 tahun tak sedar diri main teddy bear. Hakhakhak.. ada aku kesah?

Wednesday, 10 August 2011

Day 04 ~ Your favorite movie

HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH!




hahahaha...
ate.. kite bakor ajer...




Tuesday, 9 August 2011

Day 03 ~ What your friends think of you

Busy... busy... busy... Ni pun terpaksa curi-curi masa jugak nak buat challenge ni!
What my friends think of me?
pffffttt.... Tak sempat ahh nak tanya diorang. Buat analysis sendiri buleh dakk?? Ahakk..

Kawan-kawan yang tak berapa nak rapat or tak berapa nak kenal sangat mungkin fikir aku nih...


 Pendiam... 
Tak pun...

Sombong... Ye ker?
Tapi sebenarnye aku nih...

Penyegan sikit... Hehehe...



Kawan-kawan biasa mungkin fikir aku nih...


Sebab aku suke menyebok! Hahahaha... Biasa la dah kenal lepastu tak berapa rapat tapi kadang-kadang aku suke mencelah tibe-tibe. Pada aku kadang-kadang aku rasa aku nih menyibuk jer. Sometimes satu benda tu aku taktau tibe-tibe nak mencelah tak ke rasa annoying aku nih?

Kawan-kawan rapat a.k.a BFF! Diorang mungkin fikir aku nih...


Baik hati dan...

Chomellll!!! Hahahahahaha!!!

Boleh muntah hijo kalo diorang bace!



Monday, 8 August 2011

Day 02 ~ A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself

My recent photo... yesterday.

Me... 1st time keluar buat sanggul macam makcik tapi encek bf suke sebab rambut tak serabut macam hantu Kak Limah dah.

15 Interesting facts about myself (err.. interesting ker?)
1. Family call me adik or acu, friends call me Cida, sedare mara kat kampung call me Nurul, laki mase depan call me 'Mok' (Gemok) (T_T)
2. I'm 25 years old.
3. I'm from Taiping, Perak.
4. I was born on my mum's 32 birthday. So we shared the same birth date! 20 Jan.
5. I did not have driving license. But motorcycle yes.
6. I'm the youngest from 3 siblings.
7. My blood type is O+.
8. I'm an active blood donor.
9. I don't have a car. (Perlu ker bagitahu?)
10. My height is 162 cm.
11. My weight is 52 kg (okay tipu jer... aku da lama tak timbang. Skang da rasa gemuk sure dah naik)
12. I love to read novels. I have a few collection of novel written by Ramlee Awang Murshid, Twilight Saga by Stephenie Meyers (Twilight novels gave me more satisfaction than the film itself) and many more.
13. Me and my bf loves to watch movie almost every weekends!
14. Luv Luv Luvvvv Catssssssssss!!!! tapi sekoq pun tak bela. Huhuhu...
15. Lastly..... Target nak kawen lagi 3 tahun! Hahahaha... Ok dah!