Friday, 14 October 2011

Bagai Telur Dihujung Tanduk

Pemandangan yang biasa aku lalui hari-hari kat office aku. Bangunan sebelah office aku nih...

Nampak apa-apa yang peliktak kat pic nih? 

Tak nampak ker? Meh aku crop-kan sikit kasi besar...

::Perghh seriau!::

Bermacam-macam cara kita untuk cari rezeki. Salah satunya macam mereka-mereka kat pic ni yang sedang mencuci bangunan. Diorang ni cuma pakai topi keselamatan dan bergantung pada tali tu jer. Sambil mencuci diorang duduk kat box serbaguna yang isi barang tu. Heeee.. seriau aku tengok. Gayat.. heeeee... Tak macam cerita Cuci-cuci the movie pon. Tapi itula sumber rezeki diorang kan. Aku peratikan jer diorang ni mencuci bangunan sebelah dari office aku kat level 20 ni. Betapa selesanya kita bekerja dalam bangunan siap ber-ekon ni. Syukur dengan apa yang ada.


Thursday, 13 October 2011

Budu Oh Budu...

Budu cap Ketereh! Ohh yeahh! Shedappp...


Mu suko budu? Ambo suko wehhh... Sedak! hakhakhak... Nok qhoyak klate ambo dok gheti sangakk.. hakhakhak...


Aku baru jer baik dari selesema. Ada lagi sikit-sikit ni. Ubat pun dok makan lagi. Akhirnya hidung aku pun dah berfungsi semula untuk menghidu makanan! Ho yeahhh... Isnin lepas kakak aku bagi budu sebotol. Giler ahh.. best kot makan ikan goreng cicah budu dengan nasik panas-panas. Heaven... 




Balik-balik rumah jer aku terus proses budu ni. Potong bawang besar, potong cili, taruk budu sikit then perah asam limau. Perghhhh... heaven wa cakap lu! Tapi malangnye masa tu aku tengah selesema teruk. Hidung tak dapat nak hidu bau budu so pembangkit selera tu kurang skit ah. Sedey betul. Hikhik... Tapi habis gak la separuh botol budu nih aku telan.




Aku asalnya mula diperkenalkan dengan budu nih sejak disekolah menengah lagi. Sejak kakak aku kawen dengan abang ipar aku yang asalnya orang kelantan. Sejak mula-mula makan dah jadi peberet nih. Tetiap kali kakak aku balik kelantan sure order berbotol-botol budu. Dan semestinye budu cap ketereh la yang menjadi pilihan. Huhuhu.. aku penah rasa budu cap lain tapi rasa dia tak sesedap cap ketereh ni. Pebenda ketereh ni? Ketereh ni buah janggus la.


Ok lah.. Nak balik dah kul 5.30.. yeayy esok Jumaat!


Thursday, 22 September 2011

Day 29 ~ Your favorite photo of your close friend and what you think of them

Noin, Huda, Iena... my childhood friends!
::Berani mu nak tembak aku...::


 ::Picture taken during my bff Iena's wedding::

Ada, Asilah,Ina, Nisa... UiTM Seri Iskandar, Perak (2004-2007)


::During Nisa's engagement::
They're my bff! They rock my life!!
BFF 4 eva!


Wednesday, 21 September 2011

GUINNESS STOUT baik untok kita

I got one email this morning and find it interesting to shared with you my dear readers.
The email sound like this..


How it was in 1968, Guinness ad in Malay, with Malay actors...


Someone found this in the library at Ohio University. It is a program booklet of KGMMB's (Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat) AGM 1968, and this advertisement appeared on p.2, side by side with the messafe from the then Deputy Prime Minister, Tun Abdul Razak hussein. How different it was in those days.

Hoho... in 1968 the Malays (Muslim la i mean..) can also drink liquor? Where's JAKIM at this time?


Day 28 ~ A picture of something that makes you happy



Walawehhh!!! Ahad lepas aku merayap kat Pavilion BB window shopping jer... Sekali ternampak Perodua tengah buat promotion Myvi Extreme 1.5 baru kat Fahrenheit.. weeeeee... per lagi aku sempat gak la belek-belek kereta tu. Aku suka kereta ni. Tapi nak memiliki aku rasa tak payah ler kot... Aku bukan ada lesen pun dan aku tak suka drive kete. Hihihihihihihi...




Tuesday, 20 September 2011

Day 27 ~ Camping memories

Pengalaman bercamping. Masa aku sekolah rendah pernah sekali camping kat sekolah. Ikut aktiviti kelab. Yang aku paling ingat kitorang kena memasak nasi dan lauk sendiri. Bayangkan la budak-budak sekolah rendah bukannya pandai masak sangat. Hehe.. aku masa tu baru darjah 4 so aku tengok aje la kakak-kakak dan abang-abang darjah 5 dan 6 masak. Last-last lepas makan petang tu aku muntah... Huhuhu... T_T Entah apa la yang diorang masak tu. Malam pulak tak boleh tidur ingat nak balik rumah jer rindu bantal busuk. Hihihi..


Masa sekolah menengah aku join Persatuan Silat Seni Gayung. Masa tu ada upacara mengambil bengkung kot (tali pinggang putih, hijau etc.) kitorang kene tidur dalam khemah kat area rumah tok guru silat. Kawasan gelanggang silat tu faham-faham aje la keras dan berpenunggu. Kami awal-awal lagi dah dinasihatkan jangan huha-huha dan seronok sangat. Sebelum tidur ada la sorang adik seperguruan ni bersembang bergelak ketawa happy sangat-sangat. Aku dan dua-tiga orang kawan tak ambil pusing sangat la. Kami terus jer dengan aktiviti masing-masing. Lepas tu masuk tidur ke khemah masing-masing. Dalam pukul 2, 3 pagi kami semua terjaga sebab dengar suara adik seperguruan kat khemah sebelah menjerit-jerit menangis macam tak sedar diri. Seram betul. Last-last lepas lepas dibaca-baca kan ayat-ayat dia pun dah ok kami semua tidur dalam rumah tok guru. Tak berani dah nak tidur kat khemah. Huuu.. seram wehhh...


Masa zaman universiti pulak, masa sambung diploma di UiTM Seri Iskandar aku join Kesatria. Pernah la camping dalam hutan dekat air terjun di area Manong, Kuala Kangsar. Syok wooo... sejuk jer. Tapi yang tak syok... aku period so x boleh mandi sungai. T_T


Aku dulu kira aktif la jugak dengan aktiviti-aktiviti camping, daki bukit dan macam-macam lagi. Tapi sekarang dah tak buat dah. Pemalas. Lagipun takde geng. 


Okeh tu jer...


Monday, 19 September 2011

Day 26 ~ A picture of yourself (baby pic!)

Ohh my... puas aku selongkar pic aku masa berumur setahun dua bulan nih... hehe.. March 1987. Damn... my mom pakaikan aku baju yang sexy camni. Huhuhuhu...

::sudah menunjukkan ciri-ciri samseng sejak dari kecil.. ohhh::
Awww... chomel tak saya???!! Ngeeeeee.....