Sunday, 18 September 2011

Day 25 ~ Your dream wedding

Ohh yeah.. suka tajuk yang ni. My dream wedding! Hihihihi... Target nak kawen lagi 3 tahun pada umur aku 28 tahun nanti. So start dari sekarang aku dah mula menyimpan duit untuk majlis perkahwinan idaman aku tu. Hihihi...




Theme dream wedding aku tu nanti Red Roses in the Garden. Chewaaahhh! Nak buat kat rumah jer dimana kawasan rumah aku akan dihiasi bunga-bunga ros segar (my favourite flower ever!) macam dalam taman la. Banyak bajet tu kalo ros segar. Perghhh... Theme colour for my family lak mesti warna merah hati or maroon camtu. Me and hubby laks of course la putih kan. Masa nikah nak pakai baju selain dari putih maybe nak pilih color baby blue or grey dan hari bersanding baru nak pakai putih. Ahaks! Rekaan baju pun dah dok fikir-fikir dah ni tinggal nak realisasikan jer lagi 3 tahun. Hikhik...


My bff sendiri akan bukak kedai pengantin tak lama lagi. So kat situ dah jimat dah hal-hal makeup, pelamin dan lain-lain. Ehhh tak sabarnyer nak kawen. Hahahaha... (berangan...).




Okeh tu jer konsep dream wedding kat rumah aku. Untuk side sidia lak tak terfikir lagik! Hak hak hak..






::My fav! awwwwww::
Okeh tu jer..

(edited 17 july 2013 )


Friday, 16 September 2011

Day 24 ~ Things that you usually do when you are alone

When i'm alone...


Kalau kat rumah sensorang dan aku rasa malas sangat-sangat aku akan baring dan tido sepuas-puasnya sampai kepala sakit sebab terlebih tido. Hihihi... Selalunya weekends je la boleh tido sampai petang pun. Baring-baring depan TV sambil tengok kartun. Ohh heaven!

Tapi kalo terlebih rajin pulak, aku tak kira masa akan kemas rumah, memasak, sental jamban, cuci bilik air dan macam-macam lagi lah. Kadang-kadang kalo tak boleh tidur pukul 2 pagi pun aku leh pegi sental dan berus dinding bilik air. Hihihi...

Kalau dah bosan sangat-sangat kat rumah aku suke keluar sorang-sorang pegi MidValley. Mid kan paling dekat dengan rumah aku. Shopping ngan tengok wayang sorang-sorang memang dah biasa dah. Kadang-kadang aku lepak dekat MPH Bookstore baca novel free. Hihihihi... 

Okeh tu jer..

Thursday, 15 September 2011

Wednesday, 14 September 2011

Day 22 ~ 5 things that irritate you about opposite sex

  1. Ego terlalu kuat! Kalau bergaduh die jer yang nak menang. Die ajer yang rasa diri die betul. Kalau kita dah defense diri kita habis-habisan, bila die sedar dia yang salah. Die senyap macam tu jer buat tak peduli. Haihhh geram!
  2. Lelaki ni jenis tak ambil kisah sangat penampilan diri. Baju dia boleh ulang pakai 4,5 kali baru basuh sampai kadang-kadang bau kepam. Pemalas betul. 
  3. Lebihkan kawan-kawan dari awek/bini sendiri. Sanggup keluar dengan kawan-kawan melepak sampai pagi. Kalo yang dah lama bercinta tu, keluar kejap jer. Kalau dengan kawan... perghhhh sampai pukul 4 pagi pun sanggup! Kawan sehidup semati lah tu yer..
  4. Bagi yang merokok tu pulak, merokok merata-rata sampai tak peduli dah orang kat sebelah. Sedap sangat sedut lepas tu hembus. Lepas tu buang pulak puntung rokok merata-rata. Kan dah berlaku pencemaran tu? Mencemar udara dan alam sekitar sambil menyebarkan kanser dekat orang sekeliling. Kalo aku jumpe orang macam ni kat mane-mane memang aku tutup hidung lepas tu pandang slack kat dia sampai dia rasa serba salah. Hahaha...
  5. Jenis spesies buaya darat. Dia bukan kira awek orang ka, bini orang ka... dia main ngorat ja. Huhh! lagi satu buaya tembaga tak sedar diri, masa susah harung sama-sama dengan sidia bekas kekasih yang setia. Bila dah senang dengan mudahnya cari yang lain yang hanya muncul ketika dia dah senang. Bagi aku orang lupa daratan macam tu baik buang dalam laut ja bagi ikan yu makan!
Okeh tu jer 5 perkara yang aku meluat tentang lelaki.

Wordless Wednesday

Biru Mata Hitamku... 


keh keh keh...


Tuesday, 13 September 2011

Day 21 ~ What's in your purse?

Huh.. disebabkan cuti raya yang panjang aku terlupa terus nak habiskan challenges yang berbaki lagi sepuluh. Mari habiskan balik! Ohyeahhh!!!

 Ape ade dalam purse Cida?



 Hanye ade sedikit uwang... sob sob sob.. Ni jer yang tinggal selepas raya sakan!

 Ada duit syilling dan apa benda orang panggil tu tah..

 Duit Saudi Riyal dengan RM1 lama..

 Resit-resit yang buat purse kembong!

 Gambar perempuan ni pun ada.

 Lesen memandu dan kad-kad...

 Kad ING, kad Jusco, kad Sogo.. hahaha


Kad-kad bank aku..

Okeh itu jer!

Berukben.. Berukkkkbenggggg Bengong!

Haihhh.. Broadband ni memang selalu buat aku panas hati la… Bila datang semangat dengan mood aku nak update blog dia pulak buat hal… Line slow la. Ape la… Sakit hati betul dengan broadband celcom nih. Duduk tengah-tengah KL nih pun servis macam haram!!! Bengang giler aku!

Ada jugak aku terfikir nak pakai Unifi tu. Aku tengok bf aku online happy jer. Tengok bola pun live dekat internet je. Jeles aku dengar die cerite siap boleh download movie sekejap jer. Tapi bila fikir aku sorang je yang tanggung nak bayar bil RM150 agak mahal tu. Terpaksa jugak la pakai berukben. Huh...

Bercerite pasal berukben teringat pulak berita beberapa hari lepas. Kecoh betul kan bila pihak telco umum nak kenakan tax 6% untuk setiap topup dan pek sim yang kita beli. Wahh.. 6% tu engko! Lagi mahal dari buat loan bank! Diorang ni dah cukup kaya dah takkan tak cukup duit lagi sampai nak kenakan cukai pada rakyat?! Mentang-mentang lah majoriti rakyat Malaysia ni setiap seorang ada handphone dan rajin pulak topup, boleh pulak diorang ni terfikir nak kenakan cukai pulak atas top up. Perghhhh... Lagi depa nak kikis duit kita! 

Tapi mujur lah PM kita suruh pihak Telco fikirkan balik pasal cukai tu dan dah ditangguhkan buat sementara waktu ni. Tapi aku harap bukan takat tangguh terus. Harapnya dimansuhkan terus la cukai tu. Merepek betul! Dah la servis slow macam bangang... Ada hati nak kenakan service charge 6%... Uwekkk!

Tido lagi best... Bengang aku dengan Berukben ni tak abis-abis lagi ni.. huh..


::Bengang! Bengang!::


Sunday, 11 September 2011

Raya Sebulan...

Salam pagi ahad. Hari ni baru bersemangat nak update sesuatu. Bayangkan la selepas balik dari cuti raya kerja banyak nak buat. Semalam pulak ada openhouse kat Shah Alam. Balik pun dah malam. Penatnyer. Hehehe... Sementara tunggu encek bf amik nak keluar dating jap lagi rasa macam nak upload beberapa gambar raya yang lepas. 

::Kek birthday abah::
Kitorang sempat sambut birthday abah yang ke 69 pada malam raya. hehehe.. patutnye birthday abah 27 hb tapi nak tunggu jugak semua ada.

::Abah potong kek. huhuhu::
 Di pagi hari raya...
::My niece namanyer Adelia::


::Ustazah Sarah::

::Aku nampak hijo jer...::


::Dengan semua anak-anak buah aku.::

::My Parents::

::Abang and family::

::Kakak's family::

::Budak-budak hijo::
Ok lah.. tu jer la pic family aku di pagi raya. Tak banyak gambar sangat tahun ni. aku boleh pulak malas nak bergambar. hehehhe...

Ok bye. Nak keluar.