Friday, 15 April 2011

Kadang-kadang... Sometimes... понекогаш... uaireanta...

Kadang-kadang...
Tak selalu...
Jarang-jarang sangat...
Yang tak perlu diambil kisah...
Orang lain pun tak kisah...
Diorang tak nampak...
Aku pun tak perlu ambil peduli...
Arghhhhh....

Kadang-kadang ajer...
Kadang-kadang aku terasa hati.
(T_T)

::Kucing serius Obefiend. Pinjam sat!::

Thursday, 14 April 2011

Umur Yang Sesuai Bagi Lelaki Untuk Berkahwin?

Assalamualaikum... Kome buat ape tu?

Haihh mengantuknye petang-petang gini. Hari ni kat opis keje makan jer. Breakfast, lunch, dinner semua orang belanja. Rezeki jangan ditolak. Heheeheheh... tak tau la kenapa kebelakangan ni nafsu makan aku mencanak-canak naik. Bf aku suka la tu kalau aku gemuk. Dulu masa mula-mula bercinta aku gemuk. Lepas tu aku kurang sihat pastu busy dengan thesis berat aku turun mendadak jadi la kurus kering macam sekarang ni. Dia bising suruh aku gemuk balik. Pelik betul. Sesetengah orang suka perempuan kurus badan selim melim. Aku dah kurus dia suruh gemuk pulak. Ehhh sori... melalut dari tajuk asal. :)

Ok. Aku cuma nak tahu jer. Agak-agaknya la kan, umur berapa yang sesuai bagi lelaki untuk mendirikan perkahwinan?

16 -  20 tahun?
Jarang la aku dengar lelaki kawen masa umur belasan tahun. Kalau zaman dulu ada la kot. Kerja pun tak ada lagi harap parents tanggung jer. Tapi aku ada rakan sekelas masa sekolah dulu. Dia kawen betul-betul lepas dapat result SPM. Lelaki beb! Kalau perempuan aku tak heran sangat. Memang mengejutkan semua orang la sebab kelas kami (5 Sains 1) adalah antara kelas yang terbaik di sekolah dimana para pelajarnya sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi tapi dia sorang jer tak. (Ehh.. bukan nak kate yang aku nih pandai.. tak tak.. cume nak kuatkan cerita jer :P). Dengar-dengar cerita sekarang dia dah ada anak dua. Besar dah.

21 - 24 tahun?
Adalah sikit kot yang berkahwin dalam lingkungan umur ni. Tapi aku rasa lelaki yang baru yang berumur awal 20-an macam ni tak matang sangat. Kawen pun kalau tak kuat iman bercerai berai jer buat apa. Macam bf aku, baru jer habis degree. Baru nak mulakan karier. Baru nak simpan duit. Baru nak mulakan segala-galanya. Mana sempat nak fikir kawen? Ok. Mungkin bagi sesetengah orang lain pulak ceritanya kan.

25 - 29 tahun?
Aku rasa dalam lingkungan umur 25 keatas adalah sesuai bagi lelaki untuk mulakan tanggungjawab baru. Bagi yang dah berkemampuan tu kalau dah ada calon buat nak tunggu lama-lama kan. Kalau dah cecah ke angka 29 tahun tu aku rasa mesti parents masing-masing dah panas punggung mintak menantu. Kalau tak ada calon tapi duit dah ada suruh jer parents carikan. Apa susah! Tapi kalau hati lelaki tu rasa tak suka perempuan itu cerita lain lah kan. Sepatutnya pada umur ni lelaki tu patut dah ada sedikit simpanan atau aset. Kalau tak ada lansung tu aku rasa dia memang loser la.

30 - 34 tahun?
Kalau umur yang macam ni kebanyakannya terdiri dari lelaki yang berkerjaya dan tak sempat nak cari gf kot. Hehehehehe.. ker tak hensem?

35 tahun ke atas?
Duda kot? ker perkahwinan untuk kali ke 2 atau ke 3? ehehehe

Semua diatas ni cuma pendapat aku yang aku ambil dari pengalaman orang-orang di sekeliling aku jer. Kalau salah harap maaf. Bagi perempuan pulak lain. Start umur awal 20-an pun parents dah sibuk-sibuk nak kawenkan anak dara diorang. Sekarang ni pun aku pekakkan telinga jer bila mak aku bukak mulut bab kawen. Aku bukan tak nak kawen lagi cuma hati aku belum terbuka nak kawen. Banyak lagi benda yang aku nak capai. Ok la itu jer yang aku nak bebel dalam entry ni.

Damn... serius aku rasa ngantuk gila. rasa cam nak golek-golek bawah meja (T_T") Uhukkk!!!!

Monday, 11 April 2011

Ujian Pap Smear

Salam kepagian Isnin semue.. hihihi...

Last week agak busy dengan kerja. Tak sempat lansung nak berjalan-jalan ke blog orang. Ehh... tak! ada jugak la curi-curi masa baca belog orang. Lagi pun last week mood tak berapa baik. PMS kot [(-_-") ehhe.. tak perlu kot cerita kat sini?]. Tapi aku tetap benda nak kongsi ni. 

Last week ada la dalam dua tiga hari tu aku diserang sakit bahagian ari-ari. Pedihnya menyucuk-nyucuk. Macam ada jarum jer kat dalam rahim dok cucuk-cucuk (T_T) Pastu aku tak boleh nak bangun. Boleh baring mengiring jer. Sakitnya datang lebih kurang beberapa jam jer pastu hilang. Pastu selang sehari kene balik. Lepas tu tak sakit dah sampai sekarang. Tapi aku selalu jugak la kena sakit ari-ari menyucuk-nyucuk macam ni. Period bulan ni pun dah lewat seminggu lebih. Selalunya normal on time jer. Aku risau dah ni. Aku belom kawen dan tak mengamalkan gaya hidup bebas. Wuwuwuwu... 

Risau la. Takut sakit apa-apa. Nak tanya kat orang, aku tak tau nak rujuk pada siapa. My bf dah suruh pegi check doktor takut jadi sakit apa-apa. Aiyooo... aku ni takut nak gi jumpa doktor. Mula la fikir bukan-bukan. Taknak la sebut penyakit berbahaya yang serang orang perempuan tu... Apa tah nama dia Kanser Servik  ker Kanser Rahim ? Ehh dah tersebut! Kalau demam pun aku telan panadol jer. Tu pun panadol tu aku tenung dulu lebih kurang setengah jam sambil fikir nak makan ker taknak. Heee... Penakut makan ubat.

So aku gugel jer kat internet. Hmm.. patut ker aku jumpe gynecologist buat pemeriksaan? Aku jumpa satu info ni pasal Ujian Pap Smear. Tapi perlu ker aku buat? Mai kita tengok sat...

 

Apa itu ujian Pap Smear?

Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Apa itu serviks?

Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.

Siapakah yang perlukan ujian Pap ?

Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun (Oh tak!)
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang. (Oii.. lagi la tidak!)
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks. (Uik.. lom kawen lagi.)
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser). (Nak berjangkit dari mana? Takde la kan.)
  5. Perokok (Lagi la tidak)
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear. (Lansung tak pernah buat)

Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?

Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?

Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehknya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.


(o_o") Ohhh... Ujian Pap Smear untuk orang yang dah kawen dah pernah melakukan seks ajer ek? So aku ni tak payah la kan :p Tapi aku masih risau sebab selalu kene sakit macam ni.  Perlukan bantuan tapi tak tau nak rujuk pada siapa. Ohh... nak kawen! nak baby! (-_-") Parah budak Cida nih...

Sumber info :  Ujian Pap Smear

Friday, 8 April 2011

Termakan Telur Tiruan?! Yeks!

Baru-baru ni kecoh betul pasal telur tiruan yang dikatakan diimport dari China. Hebat betulla orang-orang China ni kan. Semua bende kat sana tiruan. Tapi tak sangka la kan telur pun ada pun boleh cipta. Paling hebat dah sampai terjual kat Malaysia pulak.

So semalam aku pun google la gambar telur tiruan tu lepas terbaca berita yang keluar kat paper.
Telur tiruan dikatakan lebih besar dari telur biasa. Kulitnya kelihatan lebih berkilat dan licin tapi apabila dipegang terasa kasar.
Telur tiruan apabila dimasak kuning telurnya kelihatan sangat pelik. Aku tengok kat gambar ni macam bola plastik pulak.
 Ini pulak cara-cara membuat telur tiruan tu. Bahan-bahan yang digunakan pulak sangat berbahaya kepada manusia kalau dimakan.

Semalam aku goreng telur sebijik. Aku punye la belek telur tu. Lepas goreng aku belek lagi. Lepas tu aku makan sket jer. Bile teringat gambar telur tiruan ni terus aku rasa nak muntah. Tak jadi makan telur tu. Kesian kat telur yang dah digoreng tu. Sia-sia jer kena buang... Nangis die sebab aku tak makan die (T_T")

So lepas ni beringat la masa nak beli telur. Biar cari yang ade tanda-tanda kotoran sket. Takpe nanti masa nak masak kita boleh cuci sebelum pecahkan. Btul tak?! Hehehehe...

Thursday, 7 April 2011

Rumah Pelik Seluruh Dunia

Your dream house perhaps?

Ngeeee... tak nak aku duduk rumah camni.Korang nak? Jom layan gambar.

Pelik... pelik... Rumah pening.. huhu

Rumah simetri? ermm...

Rumah batu... hihi

Err.. ni tak tau la bentuk aper ni..

Rumah anai-anai? hihi

Rumah Kubik

Rumah bersegi...

Rumah Kubik lagi..

UFO?

Kalo pintu rumah macam ni ade ke orang nak datang?

Rumah teko..

Eee.. gayat dowh!

Ni rumah apa pulak ni... rumah kayu..

Rumah bentuk kasut

Rumah salji... Ratu salji tinggal kat dalam tu kot.

Rumah atas pokok.

Rumah kaktus

Rumah terbalik.. huhuhu

Sumber Gambo : Gugel ajer...


Tuesday, 5 April 2011

KTM Komuter yang menyakitkan hati...

I HATE KTM KOMUTER!!


Grrr.. Marah ni.. marah... Penat! Meluat! Cemuih! benci sangat dengan KTM Komuter. Selalu sangat bermasalah. Aku tak tahu la sampai bila nak jadi macam ni. Selalu sangat delay. Kadang-kadang cancel terus. Kadang-kadang berhenti di tengah-tengah landasan tak bergerak-gerak hampir 40 minit. Haa tadi jadi lagi buat kali keberapa tah. Aku tak larat nak kira dah. Jarak antara Stesen KL Sentral dengan Stesen Bandar Tasik Selatan selalu amik masa dalam 20 minit jer. Tapi tadi amik masa sampai sejam lebih. Tension la kalau asyik jadi macam ni selalu. Boleh dikatakan terlalu kerap sangat.




Bayangkan la keadaan dalam komuter terutama sekali ladies coach. Ya Allah time orang balik kerja tak dapat dibayangkan betapa padatnyerrr... Tangan terpegang tetek orang ker bontot terhimpit ngan bontot toksah kira la. Semua buat bodoh ja la kan. Nak buat macamana ladies coach semua perempuan ja. Macam tin sardin dah. 


Tadi aku tersangkut dalam komuter dalam lebih kurang pukul 6.40 ptg (agak-agak jer... nk angkat tangan tengok jam pun susah). Komuter berhenti kat tengah-tengah landasan berhampiran dengan stesyen Salak Selatan. Setelah beberapa lama kami kat dalam tu ternanti-nanti sambil merungut- rungut baru la ada announcement dari driver komuter kata elektrik tak ada. Lepas tu boleh pulak la aircond & lampu ditutup. Hadoiii... Tension weii... Panas macam nak mati. Dah la tak boleh bergerak-gerak sebab terlalu ramai orang. Sampai ada beberapa orang pengsan. Agak-agak setengah jam lepas tu komuter jalan slow-slow menghampiri stesen Salak Selatan dan dia berhenti kat situ terus. Dari announcement yang dibuat, diorang kata komuter tergendala dan tak pasti bila boleh meneruskan perjalanan. Gila betul. Memang aku terus chow la. Berjalan kaki dekat 10 minit pergi stesen LRT Salak Selatan.




Teringat pulak bulan puasa tahun lepas. Aku naik komuter pergi Shah Alam nak berbuka dekat sana. Jadi macam ni jugak la. Stranded kat tengah landasan lepas tu dia patah balik pergi Stesen Batu Tiga. Sakit hati betul. Kesian dekat kami-kami yang berpuasa ni. Keluar awal ingat nak sampai awal la sekali komuter punya pasal jadi lambat jugak.


Walau berbakul-bakul KTM komuter kene sumpah dengan aku, aku tetap kene hadap bende ni tiap-tiap hari gak. Nak buat macam mana lagi. Takde pilihan lain dah. Nak naik Star LRT? Gile kau! Jauh ooo... Hurmm... tak tahu sampai bila....




Tolong la KTM Komuter. Tolong la jaga hati pelanggan sikittt!!! 


Sumber gambar: Gugel jer...


Sunday, 3 April 2011

Yeop... Yong... Meh Makan Doyan Meh!

Hyep! Aku kat kampung ni. Kampung aku kat Changkat Jering, Taiping. Tujuan aku balik sebab mak dah banyak kali call suruh balik makan buah durian yang dah mula luruh dan juga sebab aku dah lama tak hengat nak balik rumah dan kebetulan kakak aku satu family nak balik dan aku bleh tumpang free-free saja! Oh dan kebetulan anak buah aku masuk hospital so aku nak pergi tengok sikecik itu. (Sila habiskan membaca ayat-ayat ni dalam satu nafas!)

Teeheee... pagi tadi selepas subuh kami bertolak balik. Sampai-sampai jer rumah abah terus belah buah durian kat dapur. Aku dan niece aku Sarah serbu dulu. Beshhh oooo... durian free dan fresh dari pokok kat kebun berdekatan rumah saje okeh. Sila jangan jeles. Sedapnyerrr durian. Best jadi orang kampung ni sebab keliling rumah banyak pokok buah buahan. Nak makan aper cakap jer. Semua ada kecuali epal, anggur, kiwi tu takde la. Abah aku memang suka berkebun. Masa aku remaja dulu pun aku suka tanam-tanam pokok kat rumah. Aku suke tanam pokok sayur. Dapat jugak la rasa sayur tanaman tangan aku sendiri. Tapi sekarang ni dah duduk kat bandar tak dapat la nak berbakti pada tanah. Rindu la nak pegang cangkul. Huhuhu...

Balik kali ni kejap jer. Pagi esok dah nak balik KL. Wuwuwuwu... rasa cam nak cuti lama-lama sikit. Hurmm... Ok la nak tidur. Ngantuk. 

Buat orang-orang yang tak dapat makan durian dan tak ada dusun tapi teringin, sila la beli sendiri eh. Muahahahaha!!! :p

Sila enjoy lagu ni.
 Ohh kome doghoyan dah berbunge!

P/s: kenape kening kiri aku kat tgh2 ni bergerak2 dari td ni? 

Friday, 1 April 2011

Pagi Hari Jumaat Yang Indah.

Semalam. Time aku balik keje. Tengah berjalan kat KL Sentral menuju ke Komuter. Ada perempuan. Jalan lenggang lengkok depan aku dengan kawan dia. Depan dia takde orang pun. Lambat. Lembab. Ok. Aku faham. Kau pakai skirt ketat sampai tak boleh nak jalan laju-laju. Aku tension jer. Aku ni jenis jalan cepat-cepat. Nak kejar komuter ke Seremban. Adoiihh... Nak menyelit sempit la pulak kan.

Aku tengok jer belakang dia atas bawah. Dia pakai tudung hitam, tshirt putih lengan panjang tapi ketat dan singkat atas dari paras bontot dan skirt labuh ketat tang ponggong wane kelabu. Nampak garisan spender kat bontot dier. Dah la bontot besor ade ati lagi nak pakai ketat-ketat. Ngahaha.. mata aku dok tengok tang bontot jer. Ngahahaha... ehh aku bukan lesbian eh. Tengok sambil kritik dalam hati jer la. Fashion victim betul la minah ni. Dah la jalan lenggang lenggok macam nak pergi kenduri. Heh...

Kenapa la orang suka pakai ketat-ketat yer? Selesa ker pakai macam tu? aku rimas dowh... Baju aku kebanyakannya longgar-longgar. Zaman remaja dulu pernah la pakai ketat. Saja nak cuba-cuba ikut kawan. Hihi... tapi tak lama. Mak abah bising. Kikikiki... Lagipun rimas la asyik melekat kat badan jer. Masa aku study kat Shah Alam dulu aku chubby sikit. Haa.. maybe sebab tu kot baju aku kebanyakannye besor. Hahaha.. banyak baju kurung aku saiz besor. Haihhh...

Sempat lagi merapu kat sini masa buat kerja. Cida.. cida... (-_-")